WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMBUAT UJIAN KEHAMILAN

Assalamualaikum w.bt. Ain pasti sangat bila orang perempuan lambat datang haid mesti ada sedikit perasaan berdebar, takut dan teruja. Orang yang menantikan kedatangan zuriat mesti tidak sabar nak ambil pregnancy kit test untuk buat ujian kehamilan berbanding dengan orang yang sudah mempunyai anak atau bayi masih kecil lagi atau sedang merancang kehamilan. Memang menggerunkan!

ujian kehamilan kabur

Seandainya rezeki kita awal, kita perlu redha dengan ketentuan Allah. Cepat atau lambat bukan urusan kita. Ok berbalik kepada waktu yang paling sesuai untuk membuat ujian kehamilan tu bila? Kelaziman yang biasanya doktor cadangkan ialah 2 minggu selepas haid lewat dan dilakukan pada awal pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Ini kerana pada waktu pagi hormon HCG iaitu hormon kehamilan sangat tinggi. Namun bergitu terdapat sesetengah kes kehamilan dapat di kesan seminggu sebelum kedatangan haid. Ada 2 orang kawan saya dapat mengesan kehamilan sebelum haid kerana terdapat tanda-tanda kehamilan yang jelas seperti perut kejang dan loya. Keadaan ini berlaku kerana paras hormon HCG telah tinggi.

Namun tidak kurang juga ada wanita yang membuat ujian kehamilan tetapi kabur dan hampir 4 bulan baru nampak double line yang jelas pada pregnancy kit test. Bila keadaan macam ini apa yang kita perlu lakukan? Korang boleh buat ujian ultrasound atau ujian transvaginal di klinik untuk mengetahui status kehamilan terkini.

Comments

  1. Info yang berguna terutama bagi pasangan yang menantikan anak sulung..:)
    SentiasaPanas recently posted…Kenapa Kelantan Tak Diisyhtihar Darurat?My Profile

  2. boleh share dengan wife info nie..huhuhu
    blogger lelaki recently posted…Jom Aktifkan MykadMy Profile

  3. Semoga bermanafaat untuk suami isteri..
    Ain Ridzuan recently posted…TANDA-TANDA KEHAMILAN YANG MESTI KORANG TAHU BILA LEWAT DATANG BULANMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge