TIPS MEMBAWA ANAK KECIL MEMBELI-BELAH BAJU RAYA

Assalamualaikum wbt. Alhamdulliah… Hari ini genap sudah 17 hari Ramadhan telah meninggalkan kita. Tinggal 2 minggu sahaja lagi Syawal bakal menjelma. Sementara masih berbaki lagi Ramadhan yang ada ini, seharusnya kita mengejar pahala seberapa banyak yang boleh. Mana tahu ini Ramadhan yang terakhir buat kita…

anak meragam

Ok.. Bila bermula pasti ada pengakhirannya. Sudah tentu habis Ramadhan tibanya Syawal pula. Pastinya persiapan hari raya ibu-bapa untuk anak-anak tidak kurangnya. Dulu semasa bujang dulu, Ain hanya fikirkan baju raya sendiri dan nak penuhkan rak kuih raya emak tetapi sekarang apabila sudah berkeluarga sudah tentu anak-anak yang di utamakan. Pendek kata persiapan anak lebih daripada mak bapak. Semalam Ain sekeluarga berbelanja di Jaya Jusco Melaka. Sementelah balik kampung boleh la singgah sekejap. Lagipun Jaya Jusco Melaka lebih banyak pilihannya. Apabila sampai di tempat jualan pakaian kanak-kanak, orang ramai sangat tetapi tak de lah sempit sangat sampai berlaga punggung nak jalan. Bila dah ramai-ramai tu faham-faham je lah, budak menangis sana-sini. Rimas dan lemas.. Alhamdulillah sepanjang kami membeli-belah persiapan raya, anak-anak jarang buat hal. Nak kata upah gula-gula tu jarang.. Jadi Ain nak share tips serba sedikt yang korang boleh ikut.. mana tau menjadi..

tempat permainan kanak-kanak

  1. Rancang masa bila nak pergi – Seelok-eloknya pergi sebelum puasa lagi. Ini Ain buat tahun lepas. Memang lega. Orang tak ramai, pakaian pun banyak pilihan. Tahun ini tidak sempat jadi kena pergi bulan puasa juga.
  2. Beri bayi/ anak-anak makan/ minum susu dahulu. Bila perut derang kenyang selalunya derang jarang meragam. Bila perut lapar tu meragam dan menjerit macam halilintar.
  3. Tidurkan anak-anak terlebih dahulu. Bayi/anak-anak akan meragam bila tidak cukup tidur.
  4. Sediakan kudap-kudapan untuk anak-anak makan. Membeli-belahkan sesuatu yang memenatkan. Kitapun yang dah dewasa ni bila balik shopping pon boleh terbongkang atas katil inikan budak-budak tu. Bawalah bekal biskut, buah-buahan, cekodok, kek dan apa yang bersesuaian. Air masak jangan lupa. Elakkan bawa air manis sebab apabila mereka minum air manis, secara automatik derang akan jadi hyperaktif. Air maniskan ada gula. Gulakan sumber tenaga. Kang mak bapak yang pengsan nak melayan anak.
  5. Pilih pusat membeli belah yang mempunyai tempat permainan. Ada sesetengah ibu bapa yang mengelak pergi kesitu atas alasan membazir tetapi cuba fikir nak shopping dengan rengekan anak atau nak biarkan dia leka dengan mainan. Pada ketika ini, tenaga dari bapa sangat diperlukan. Macam Ain, Ain pilih dulu mana baju yang berkenan, en. suami bawa anak-anak bermain. Bila dah dapat baju yang berkenan baru lah panggil derang cuba baju tersebut. Kalau ok barulah ambil dan bayar.
  6. Jika nak membeli-belah di tempat yang tiada penghawa dingin, pakaikan anak-anak baju yang sesuai berasaskan kain cotton atau yang boleh menyerap peluh.
  7. Tetapkan berapa masa yang perlu di ambil. Contohnya 2 jam sahaja. Selalunya budak-budak cepat bosan dan paling lama boleh bertahan 2-3 jam sahaja. Lebih dari itu derang akan buat perangai.
  8. Ain akan buat pesanan penaja sebelum sampai tempat shopping. Ain ingatkan anak-anak jangan buat perangai, jangan jerit-jerit, jangan guling-guling, jangan nak minta macam-macam.. Hahahaha… nampak ganas je maknya ni tetapi percayalah buat macam ini lebih berkesan. Walaubagaimanapun Ain tetap belikan seorang satu mainan tanda menghargai usaha derang tidak buat perangai. Selalunya Ain belikan belon je.. heheehe.. Itupun derang happy sangat…

Amacam? Dah berani nak bawa anak-anak jalan shopping raya? Heeehehe… Betabahlah wahai ibu bapa sekalian… Jangan di marahkan anak jika derang meregek di pusat membeli belah cuma mereka tiada cara lain nak beritahu kita yang derang dah penat dan bosan… Peace!!!

Jom baca ni: Tempat permainan yang best!

Comments

  1. kadang2 bila anak dah pandai pilih sendiri dia taknak parents pilihkan
    nikkhazami recently posted…Kek Gulung Coklat Sedap dan MurahMy Profile

  2. Yang saya dan suami amalkan adalah,sebelum nak pergi, dah explain awal2 apa yang kita akan buat hari tu. sebagai contoh,kalau mmg plan nk bli baju, bagitau “hari ni kita nak pegi beli baju Aryan & Aqif ye”. Jadi anak-anak leh expect apa yang akan mereka lalui hari tu. Dan yang paling penting, involvekan mereka dalam memilih baju. Bagi peluang untuk mereka bagi pendapat. Walau kadang-kadang melucukan, tapi sekurang-kurangnya mereka tak bosan. Dan yang paling penting, doa dan yakin segala urusan hari tu akan berjalan lancar. Ingat ye, apa yan kita fikir, rasa, cakap dan buat, semuanya adalah doa. InsyaAllah 🙂
    Riza Afzan Asri recently posted…Resepi Puding Jagung Mudah Lagi SedapMy Profile

  3. kalau bawa anak2 saya suka bawa tempat yang saya familiar.
    Raihanah Ahmad recently posted…Apakah Resveratrol Dan Mengapa Ianya PentingMy Profile

  4. setuju bab ada tempat permainan tu, budak kecil bukan tahu bab bab membeli belah ni, mereka jadi bosan pastu bila mereka aktif terlebih ibu bapa marah, jadi adalah lebih baik kasi mereka main main kat pasaraya yg ada tempat main
    eBook Bisnes Online recently posted…Cara Mulakan Pelaburan Emas Terbaik Di MalaysiaMy Profile

  5. anak gua pun dah pandai merajuk baring-baring dah sekarang.

    ntah mana dia belajar, tak tahu la.
    titan recently posted…Manis – Universal Loyalty PointMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge