TIPS HILANGKAN PENAT KETIKA MENGANDUNG

Setiap wanita yang menunggu kehadiran cahaya mata pasti gembira rasa macam nak melompat-lompat bila lihat pergnancy kit double line macam Ain dulu seronoknya ya Allah! Hehe.. Ain menterjemahkan kegembiraan itu melalui entry Pengalaman Pertama kali di sahkan hamil.. yabedabeduuu!!

kasih sayang ibu

Bagi ibu yang berpengalaman mengandungkan bayi sebelum ini mengalami mabuk yang teruk memang rasa trauma teramat! Kawan-kawan Ain sampai cakap…

Aku tak nak mengandung lagi… serik!!

Tapi nengok setahun selepas itu ada lagi.. hehe.. Ok bagi mengurangkan tahap kegusaran korang terutamanya yang mengandung anak pertama, Ain nak kongsi tips macam mana nak kurangkan mabuk teruk ketika hamil. Eh bukan tentang mabuk aje tau yang lain-lain pun ada..

  • Korang perlu pastikan perut sentiasa berisi dengan makanan walaupun rasa tak boleh telan. Sekurang-kurangnya buatlah Milo panas bersama biskut Cracker. Bila perut kosong lagi senang angin nak masuk.
  • Banyakkan minum air masak – Ada sesetengah wanita tidak boleh telan langsung air masak! Macam Ain dulu.. hehe.. Apa yang Ain buat Ain campurkan sedikit perahan limau nipis untuk hilangkan rasa loya minum air masak. Air kosong yang di masak di atas dapur gas selalunya berbau (hidung orang mengandungkan sensetif), jadi alternatif lain korang boleh guna air RO water yang tiada bau. Bila korang kurang minum air masak hormon HCG (hormon kehamilan) semakin pekat dan akan menyebabkan rasa mabuk dan muntah makin teruk.
  • Payudara sakit teramat! – Ain cadangkan korang memakai Bra menyusu kerana rekaan bra menyusu tidak menekan payudara dan fleksibel. Ia juga boleh dibuka di bahagian depan. Elakkan memakai bra yang mempunyai dawai kerana pada waktu ini payudara anda sedang berkerja keras menghasilkan tisu-tisu baru untuk penyusuan ibu.
  • Kurangkan aktiviti yang memenatkan – Aktiviti lasak memang memenatkan dan mempengaruhi perasaan kita. Kalau boleh elakkan menyertai aktiviti lasak. Bagi mak-mak yang mempunyai anak ramai 2-6 orang sebelum ini, agihkan tugasan mengikut umur mereka. Selalunya adik-adik yang kecil akan mengikut kakak/abang yang besar. Berikan mereka tanggungjawab yang boleh di pikul. Para suami juga di galakkan membantu isteri, bukannya apa isteri korang juga yang sedang mengendong zuriat korang.
  • Elakkan duduk terlalu lama – Bila korang duduk terlalu lama menyebabkan darah terkumpul di satu tempat sahaja. Bila bangun kepala jadi pusing.
  • Elakkan makanan yang pedas, berempah dan berlemak kerana ia meningkatkan rasa mual.
  • Selalu menukar seluar dalam bagi mengelakkan keputihan – Ibu mengandung selalunya kerap kencing. Apabila seluar dalam basah ia akan menyebabkan jangkitan bakteria dan menyebabkan keputihan.
  • Makan makanan yang mengandungi Vitamin B untuk mengurangkan rasa mual seperti avokado, tembikai, lobak oren, ikan, daging telur, brokoli, aprikot, betik dan keledek.

Amacam ok tak? Semoga tips ini membantu korang yang sedang teruk mabuk hamil.. semoga membantu…

Comments

  1. Pengalaman ketika hamil dulu memang pelik. Kadang-kadang ada sahaja benda yang teringin….tapi pengalaman itu memang jarang kita jumpa kalau tak mengandung. Bwrbahagialah anda mommies mendapatkan peluang mengandung. Jangan lupa amalkan pemakanan sihat ketika hamil, kerana anda dan bayi memerlukan nutrisi.
    nila anggraini recently posted…Bantuan Untuk Mangsa Banjir Giat Dijalankan Di Serata Negeri Di MalaysiaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge