Tentang Saya

WP_20140513_003

Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Nuraini Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ain Ridzuan. Merupakan seorang isteri yang sempoi, suka menyakat suami sendiri dan obses kepada kecantikan. Di kurniakan 2 orang cahaya mata yang comel sebagai penghibur hati walaupun mereka selalu menukarkan keayuan Ain kepada raksasa gorgon.

Blog ini tertubuh kerana Ain ingin berkongsi info tentang kehamilan dan semasa berpantang. Ain teringat masa mula-mula di sahkan hamil, Ain tercari-cari blog yang boleh di jadikan panduan sepanjang kehamilan. Ain banyak join group-group di Facebook yang banyak membantu. Dengan perkongsian itu Ain harap agar blog ini menjadi pusat sehenti dan rujukan buat ibu-bapa baru atau lama yang ingin menyambut kelahiran bayi.

Ain juga seorang Shaklee Independent Distributor yang berharap dapat membantu ramai ibu, bapa dan anak-anak diluar sana samada inginkan tahap kesihatan yang baik atau menjana pendapatan sampingan. Pada asalnya Ain join Shaklee sebab menghadapi beberapa masalah ketika mengandung anak yang kedua tetapi alhamdulillah masalah itu selesai setelah mengambil set kehamilan shaklee dan seterusnya membuat keputusan untuk membantu lebih ramai orang lagi yang pernah menghadapi masalah seperti Ain dulu.

Sejujurnya Ain terjebak dengan blogging ni secara tidak sengaja. Ye lah.. sesaja nak isi masa lapang di samping memeriahkan dunia blogger tetapi lain pula jadinya apabila dapat jana pendapatan melalui blogging. Kiranya sambil berblogging sambil dapat duit. Siapa yang tak nak kan? Sambil-sambil taip entry tempahan masuk. Alhamdulillah. Nak-nak kos sara hidup ketika ini sangat menakutkan. Nak makan tengahari sekarang ni RM 3 tak cukup dah. Dan inilah sebabnya Ain betul-betul nak berbisnes. Modal tak sampai RM 100 pun.. dan yang paling penting kualiti dengan anak-anak tu penting sebab itu Ain join Shaklee.

Kenapa Kita Perlu Sungguh2 BerShaklee – Part (1) from iReach HD on Vimeo.

Kalau korang rerasa nak join saya buat duit secara online dah boring dengan kehidupan sekarang dan nak meningkatkan taraf hidup boleh la isi link borang di bawah ni. Bimbingan termasuk teknik pemasaran akan diberikan.

Peluang buat duit secara online dirumah

Wallahualam..