TANDA KEGUGURAN KANDUNGAN DI AWAL KEHAMILAN

Assalamulaikum w.b.t. Topik hari ini agak sedih sikit. Ia berkenan keguguran kandungan ketika hamil. Ain rasanya ada pengalaman tersendiri dan sampai sekarang teringat dan agak terkilan. Semasa itu Ain demam tak kebah hampir 2 minggu. Sebut je mana-mana klinik pasti diriku terjah tetapi masih belum lagi diizinkan Allah. Jadi penyelesaiannya minum air kelapa. Kami semasa kecil memang kelaziman jika demam je mesti minum air kelapa. Remedi semulajadi orang dulu-dulu.

keguguran 2

Pagi itu ok je minum siap mengemas rumah dan mengemop lantai bagai. Bila malam secara tiba-tiba perut Ain sakit menyengat. Macam kena cucuk dengan benda tajam lalu berlakulah pendarahan dengan rasminya. Sebenarnya Ain lewat datang period tetapi bila nengok keputusan pregnancy kit tu tak de pape, so ain pun balun  air kelapa bagai nak rak. Bila di fikirkan balik memang menyedihkan tetapi rezeki itu Allah yang tetapkan. Redha dan sabar adalah penyelesaiannya.

Berbalik dengan tajuk entry ini, bagaimana nak mengetahui tanda-tanda keguguran di awal kehamilan? Setiap orang ada bermacam-macam tanda tetapi ini adalah tanda paling biasa yang di alami ramai orang.

Tanda-tanda keguguran ialah:

  • Pendarahan samada sedikit atau banyak. Jika berlaku pendarahan hanya setitik dua atau sedikit, berkemungkinan ia berpunca daripada proses penempelan ovum di rahim tetapi jika pendarahan tersebut berlaku sehingga berhari-hari dan dalam kuantiti yang banyak, korang digalakkan supaya bertemu dengan doktor.
  • Perut terasa kejang dan tidak selesa – Rasa kejang seperti kita buat sit up dan ia berlarutan
  • Ari-ari terasa sakit menyengat seperti mencucuk sehingga menganggu urusan seharian
  • Demam
  • Lemah tubuh badan
  • Sakit pinggang

Sebab berlakunya keguguran ada banyak. Antaranya ialah:

  • Kromosom yang tidak normal. Kromosom inilah yang akan menentukan jantina, rambut, warna matta dan lain-lain.
  • Jangkitan seperti jangkitan kulat, jangkitan pundi kencing, jangkitan herpes dan pelbagai lagi.
  • Kerap terdedah dengan persekitaran yang merbahaya dan bertoksin. Jika korang selalu isi minyak, elakkan muka korang daripada menyedut gas minyak.
  • Masalah rahim yang tidak normal/ cacat. Ada sesetengah wanita di lahirkan rahim terbalik berisiko untuk keguguran
  • Dinding rahim yang lemah dan menyebabkan bayi keluar awal dari tarikh sepatutnya tanpa rasa sakit.
  • Hormon yang tidak stabil seperti kekurangan hormon kehamilan dan hormon Progestron berlebihan. Ini selalu dialami oleh pesakit PCOS.
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, jarang bersenam, minum arak dan dan kerap stress
  • Mengambil ubat-ubat yang tertentu tanpa preskripsi doktor
  • Sistem pertahanan badan lemah terutamanya pesakit LUPUS/SLE.

Amacam? Ok tak? Kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan… tetapi percayalah setiap kehilangan pasti akan di ganti yang terbaik oleh Allah. Ameen…