BAGAIMANA CARA PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI SELEPAS DILAHIRKAN?

Assalamualaikum wbt. Tali pusat bayi merupakan tempat saluran pelbagai nutrien dan oksigen semasa bayi di dalam kandungan ibu. Ada sesetengah ibu bapa yang gerun dan geli apabila melihat tali pusat anak. Pada peringkat permulaan kelahiran bayi memang agak mengerunkan kerana tali pusat dalam keadaan basah. Penjagaan tali pusat bayi sangat penting bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau pendarahan. Ain juga pada permulaanya geli juga melihat tali pusat tapi bila dah tanggal baru ok.. Jadi bagaimana penjagaan tali pusat yang betul? Meh kita terjah.

bersihkan tali pusat (Custom)

Selepas bayi di lahirkan,  Ain bersihkan tali pusat dengan Alcohol Swab atau Etanol supaya ia cepat tanggal. Rasanya agak berangin sedikit. Alaaa.. yang kalau injet mesti cik misi bagi kapas berisi etanol untuk hentikan darah. Pusat bayi pada ketika ini perlu betul-betul di bersihkan. Kalau boleh korek mana bahagian yang terlipat tu dengan putik kapas. Perasan tak sebelum tali pusat tanggal, mesti bayi akan merengek. Sakit rasanya..

cara bersihkan tali pusat bayi

Bayi pula tidak perlu dimandikan untuk mengelakkan luka tali pusat busuk dan bernanah. Korang hanya perlu lap badan bayi dengan air suam. Selepas tali pusat tanggal baru lah di mandikan bayi. Selalunya tali pusat bayi tertanggal paling cepat sekitar 4-5 hari dan paling lama sehingga 2 minggu. Ia berbeza bagi setiap bayi. Pastikan tali pusat bayi tidak tertutup dengan lampin supaya tidak terkena air kencing. Sekiranya dalam masa 2 minggu pusat bayi masih lagi tidak tertanggal, korang kena bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

petua tali pusat cepat tanggal

Jika petua orang tua dulu-dulu lepas pusat bayi di bersihkan dan di tuam perutnya, letak duit 50 sen di pusat dan tutup dengan daun mengkudu untuk mengelakkan pusatnya sakit. Sejauh mana keberkesannya tidak dapat di pastikan tetapi mak Ain buat macam ni dan budak-budak ni serasi. Ada juga kawan-kawan Ain letak minyak gamat kat pusat anak derang ada yang ok ada yang tak ok. Ada tu sampai sebulan tali pusat anaknya masih basah lagi. Mujurlah tidak sampai bernanah. Akhirnya doktor beri krim antibotik dan etanol untuk merawatnya.

Tanda-tanda bahaya pada bayi yang korang perlu perhatikan sekiranya tali pusat masih lagi belum tertanggal ialah perhatikan di kawasan tali pusat itu samada membengkak, bernanah, berbau dan demam yang tinggi. Ini adalah tanda jangkitan. Selamat mencuba!