PENGALAMAN KALI PERTAMA PERGI KE SALON RAMBUT

Assalamualaikum w.b.t. Beberapa bulan yang lalu, Ain mengalami keguguran rambut yang agak teruk. Habis satu bilik penuh dengan rambut kalau 2 hari tidak sapu lantai. Nak cuci rambut pun tak berani sebab takut botak. Tambahan pula diriku sungguh rajin mencabut rambut sendiri di kala duduk bersendirian.

keguguran rambut

Rambut idaman saya!!

Sebenarnya sejak kecil memang impian Ain teringin sangat nak berambut panjang macam princess tu. Tetapi ia hanya tinggal harapan palsu. Masa kecik-kecik dulu mak tak bagi simpan rambut sebab jangkitan kutu. Ye lah budak-budak sekolah dah ramai-ramai mesti seekor dua kutu tu berpindah randah mencari rumah baru.

Bila dah masuk kolej masih lagi tidak terdedah dengan saloon rambut ni. Rambut pon gunting sendiri. Jadi Ain hanya tahu Shampoo. Perapi dan kelengkapan yang seangkatan dengannya memang tak tahu. Bila dah beranak keadaan makin worst sebab tak menyempat-nyempat. Asalkan boleh je.

Bila anak-anak dah besar barulah tersedar dari lena bahawa rambut ku dah nipis tahap kronik. Tambahan pula ibu lepas bersalin memang akan ada masalah rambut gugur. Orang tua-tua kata sebab anak dah mula menyembur.

Akhirnya setelah terpesona dengan rambut cantik Nora Danish, Ain bertekad untuk mendapat rambut secantik beliau. Tapi biasalah artis mesti produk mahal dan rajin ke saloon buat rambut. Setakat ini saloon baru sebiji Ain jejak.. hehe.

Tapi kenangan pertama kali pergi ke saloon rambut memang buatkan Ain rasa nak pergi membelai rambut di saloon berkali-kali. Rasa best teramat! Siap di urut-urut sampai nak tertidur… Bila dah siap je daku memperagakan dengan menggaya rambut di hadapan cermin ala-ala video clip iklan syampu Sun Silk. Berangan jap macam artis tau!

Bagi mengekalkan tahap kejelitaan dan kelebatan rambut ku ini, Ain telah membeli perapi supaya rambut kekal licin dan terurus. Bangun tidur wajib sikat rambut supaya apabila suami bangun tak de lah dia terkejut sakan macam nampak hantu. Hehehe… sebenarnya untuk elakkan rambut jadi kusut.

Selepas Ain amalkan perkara-perkara di atas baru lah rambut Ain tumbuh dengan sihat, bersinar dan lebat. Bahagia rasanya bila rambut kita yang cantik turut di sukai oleh suami dan anak-anak tercinta.