SAKIT PERUT KETIKA MENGANDUNG PETANDA CYST

Assalamualaikum w.b.t. Korang…  nak cer cite sikit ni. Kawan Ain kan namanya Jenab (bukan nama sebenar) dia mengandung tetapi bila dia buat scan awal kehamilan dalam 8-9 minggu gitu doktor beritahu beliau ada cyst di dalam rahim dia. Seriau tau!

cyst ketika mengandung

Kesian Ain nengok dia asyik termenung je memikirkan kandungannya. Jadi selaku kawan baik beliau yang amat taking care (sambil buat muka comel kelip-kelip mata), Ain nasihatkan Jenab supaya bertanya pada doktor yang pakar tentang permasalahannya itu. Ye lah setahu Ain cyst ni boleh menganggu tahap kesuburan seseorang. Kalau cyst ada masa mengandung tidak tahu pula.

Di sebabkan Jenab terlalu sedih bersedu sedan maka Ain berusaha mencari maklumat tentang permasalah beliau dengan bertanyakan kawan-kawan lain, merujuk google dan doktor . Jenab ni kawan baik Ain. Ain tak sampai hati nengok dia sedih.

Jadi apa yang boleh di simpulkan cyst semasa mengandung memang tidak membahayakan jika ia di pantau. Camne tu?

Selalunya doktor akan pantau saiz pembesaran cyst samada semakin membesar, mengecil atau statik. Selalunya jika cyst yang besar tidak lebih 5 cm doktor akan biarkan ia mengecil sendiri jika ia tidak membahayakan ibu dan bayi.

Cyst yang berbahaya apabila ia mengandungi sel-sel kanser, saiznya melebihi 5 cm kerana di takuti akan pecah, berdarah dan berpintal. Pada saat ini pembedahan perlu di lakukan. Walaubagaimapun bukan semua cyst ketika mengandung tu bahaya ye. Jangan risau. Kandungan cyst ni terdiri daripada cecair yang terdiri daripada telur (ovum) yang tersekat di kilang telur (ovari).

Selalunya doktor akan beri kebenaran untuk membuang cyst ini apabila usia kandungan masuk trimester kedua. Jika di lakukan pada trimester yang pertama di takuti akan menyebabkan keguguran pada kandungan.

Ketidakselesaan yang selalu dikaitkan dengan cyst ini ialah rasa senak dan menekan di dalam perut. Ni Jenab rasa. Bila sakit tu sampai memang tak jadi apa. Jenab juga kerap buang air kencing rasanya seperti tidak dapat ditahan-tahan. Minum air setengah jam terus nak kencing. Kesian nengok dia. Kalau masuk meeting memang dia tak minum air lebih. Tak nak ulang alik pergi bilik air katanya.

Sekarang ini usia kandungan Jenab dah masuk usia 24 minggu dan alhamdulillah beliau dan bayi tiada apa-apa masalah. Cuma Jenab sekarang ni jadi kuat makan. Macam-macam dia mengidam. Salah satunya ulam bronok. Bronok tu spesis binatang macam ulat mulong. Ulat mulong tu ngeri nau, bronok ni cun sikit dan kulitnya warna kelabu. Kat Langkawi banyak. Ish.. ish.. ikut suka kau lah Jenab janji kau dan bayi sihat dan selamat. Layann…

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGANDUNG LUAR RAHIM?

Masa mengandungkan anak yang pertama, pada awal kehamilan Ain rasa sakit sangat di bahagian kiri perut. Rasa macam ngilu-ngilu. Lantas diriku terus berjumpa dengan doktor untuk kepastian. Doktor telah melakukan ujian ultrasound yang agak lama. Perasaan risau yang amat! Dup.. dap.. dup.. dap.. Ain pernah tulis entry tentang kenapa saya mengandung luar rahim?.

Doktor cakap “Kandungan awak ok dan berada di tempat yang sepatutnya”.. Fuh , lega! “Tapi kenapa saya sakit perut doktor?” diriku bertanya. Doktor tanya ” Awak dulu pernah buat apa-apa pembedahan tak?”. Setelah berfikir-fikir saat diriku teringat semasa berumur 20 tahun Ain pernah melakukan pembedahan Appendiks tetapi perkara itu dah lama. Mungkin cantuman-cantuman daging tu masih belum pulih lagi kot. Andaian ku… Lalu doktor berkata……

Saya lihat kandungan awak ok dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan… cuma jika ada apa-apa pendarahan terus pergi ke Hospital ye…

Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan lancar. Kawan-kawan… jangan bersedih…. Allah ada. Meh Ain kongsikan kebarangkalian mengandung luar rahim itu akan berlaku di sebabkan beberapa faktor iaitu:

  • Pernah mengidap keradangan pelvis. Jangkitan ini akan menyebabkan parut di saluran tiub fallopio dan pergerakan ovum tersekat.
  • Pernah mengidap Endometriosis.
  • mempunyai sejarah kehamilan luar rahim sebelumnya.
  • Pernah melakukan pembedahan pada rahim atau tiub fallopio
  • Kecacatan pada rahim atau tiub fallopio
  • Pernah meletakkan alat pencegahan kehamilan seperti IUD
  • Berusia lebih 35 tahun keatas

Apakah rawatan yang biasa di lakukan doktor untuk merawat kandungan luar rahim?

Jika kehamilan luar rahim korang di kesan di peringkat awal, biasanya doktor akan berikan suntikan Metrothexate bertujuan untuk memusnahkan sel-sel ovum di dalam tiub fallopio. Walaubagaimanapun terdapat juga rawatan mengandung luar rahim yang tidak perlu buat apa-apa. Embrio itu akan keluar dengan sendirinya dalam bentuk pendarahan. Pada masa ini sangat penting pemantauan daripada doktor.

Kaedah yang paling berkesan dan popular selalunya doktor akan melakukan pembedahan untuk membuang tiub fallopio yang telah rosak. Ini akan mengurangkan pendarahan, kebergantungan kepada ubat tahan sakit dan tidak perlu tinggal lama di hospital.

Namun jika kandungan luar rahim di dapati pecah selalunya doktor akan melakukan Emergency Operation untuk menyelamatkan nyawa ibu bagi mengelakkan pendarahan.

Adakah ini akan menjejaskan tahap kesuburan saya?

Ya, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan peluang kehamilan. Selalunya jika seseorang pernah mengandung luar rahim kebarangkalian untuk mengandung luar rahim sekali lagi tinggi. Namun bergitu, korang jangan risau dan susah hati. Terdapat rawatan yang membantu korang mendapat zuriat sendiri iaitu:

Rawatan IVF

Rawatan IVF – Rawatan ini sesuai untuk wanita yang mempunyai tiub fallopio rosak. Doktor akan memberikan suntikan ransangan kepada ovari supaya telur dapat keluarkan. Kemudian telur yang di keluarkan dari ovari wanita akan di senyawakan bersama sperma di dalam inkubator selama 2-5 hari. Pada hari yang ke seterusnya ia akan di masukkan kedalam uterus wanita untuk proses penempelan/kehamilan. Walaubagaimanapu peratus kejayaan rawatan ini ialah 30%-50% sahaja. Kos rawatannya juga agak mahal iaitu anggaran RM 20,000.00 hingga RM 30,000.00.

Jiran Ain mempunyai masalah mengandung luar rahim. Beliau telah beberapakali menjalani rawatan IVF tetapi tidak berjaya. Tetapi akhirnya setelah 4 kali melakukan rawatan ini baru lah beliau berjaya melahirkan 2 orang bayi perempuan yang comel. Ketika itu umur mereka suami isteri 40an -50an.

Pada pendapat Ain la kan, kita usaha sebaik yang mungkin kerana anak, jodoh, kematian adalah rahsia Allah. Ada juga rakan sepejabat yang mengandung secara normal walaupun hanya tinggal 1 tiub sahaja. Pendek kata, bertabah la atas ujian yang diberikan dan berusaha sebaik mungkin.