PETUA ORANG TUA: JANGAN HEBOHKAN BERITA KEHAMILAN PADA AWAL TRIMESTER

Apabila telah di sahkan oleh doktor yang kita mengandung, rasa macam nak beritahu satu kampung dan satu pejabat je. Nak-nak yang dah lama menunggu. Tetapi menurut petua orang tua jangan di hebohkan dulu kehamilan itu sehingga usia kandungan 3- 4 bulan ke atas. Apakah rasionalnya perkara itu?

Ok. Pada pandangan Ain la kan. Secara rasionalnya atok nenek kita tak bagi kita heboh sebab pada usia kandungan 1- 15 minggu keguguran boleh berlaku. Jadi atok nenek ni tidak mahu kita overĀ eksaited sangat dia beri kita petua macam ini. Kalau secara tiba-tiba kandungan gugur, sudah tentu ibu tersebut akan mengalami kemurungan.

Bayangkan korang tengah jalan-jalan tiba-tiba kawan lama tegur ” Eh mana baby kau?’ Walaupun sekadar pertanyaan kecil tetapi ia tetap mengguris hati ibu. Bagi bakal ibu yang berkerja, korang perlu buat kerja-kerja luar dan lasak seelok-eloknya beritahu ketua tentang keadaan kehamilan korang terkini. Sekurang-kurangnya boleh exuse.

Kita rasa pantang larang nenek moyang macam mengarut dan menyusahkan je tetapi sebenarnya ia untuk ia untuk kebaikan kita juga…