SUAMI PENGSAN TATKALA LIHAT ISTERI SAKIT BERSALIN

Assalamualaikum wbt. Pengalaman bersalin cahaya mata merupakan pengalaman yang tidak dapat di lupakan seumur hidup. Ada yang mengembirakan, ada juga yang menyedihkan. Pengalaman Ain ketika bersalinkan kedua-dua cahaya mata setakat ini Alhamdulillah sangat mengembirakan dan mengujakan. Walaupun bersalin secara pembedahan, tatkala melihat suami berada di sisi ketika menghadapi saat genting ibarat pemusnah segala kesakitan dan kerisauan.

peranan suami ketika isteri sakit bersalin

Bercerita tentang pengalaman bersalin ni, Ain ada seorang kawan lelaki yang baru mendapat cahaya mata pertama. Ketika isterinya sakit bersalin dia pun sama macam nak bersalin. Dah macam kucing nak beranak pun ada. Bila di tanya kenapa tak temankan isteri, dia cakap dia tak sanggup nak lihat isterinya kesakitan. Dia sedih. Aloooo… comelnya dapat suami macam ni.. hehehe… Nasib baik isterinya itu pandai membawa diri jadi proses kelahiran itu mudah. Bila part kena Azankan bayinya, dia tak nak sebab katanya dia menggigil dan takut nak pegang bayi yang kecil itu.

peranan suami ketika isteri sakit bersalin

Sudah! Akhirnya kawan kitaorang juga lelaki yang masih bujang azan kan. Gemuruh punya pasal macam-macam berlaku. Tetapi alhamdulillah semuanya selamat. Jadi sebagai suami apakah persediaan atau sokongan korang untuk isteri yang nak bersalin ni? Sokongan daripada suami sesungguhnya sangat berharga untuk seorang isteri.

  1. Membuat urutan di bahagian pangkal isteri ketika kontraksi sedang berlaku. Urut dalam pergerakan berputaran yang kuat dengan tumit tangan. Ketika kontraksi bahagian yang paling sakit ialah bahagian pinggang. Orang cakap rasanya macam pinggang nak patah dua.
  2. Tenangkan emosi isteri yang tidak keruan. Rata-rata isteri pada ketika ini dambakan sokongan kata-kata nasihat suami.
  3. Jangan ambil hati jika secara tiba-tiba isteri marah dan meninggikan suara. Ini kerana isteri dalam keadaan sakit, tertekan dan takut. Proses kelahiran bukan mengambil masa yang pendek. Ia mungkin memakan masa berjam-jam malah pernah sehingga  72 jam!
  4. Bacakan surah Yaseen untuk isteri semoga hati anda dan isteri juga tenang dan bersedia dengan setiap kemungkinan yang berlaku.
  5. Banyakkan berselawat
  6. Bertenang. Panik akan mengeruhkan keadaan.

Haaa… Amacam dah bersedia nak sambut bayi?