ADUH, SAKITNYA GIGIKU!

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain sakit gigi. Sakit di bahagian gigi geraham. Tuhan sahaja yang tahu betapa pedih, perit dan ngilu sakit gigi ini. Sebenarnya gigi ini dah lama sakit tapi Ain buat tidak kisah sahaja sebab takut jumpa doktor gigi. Doktor gigi itu ibarat raksasa nak makan orang bayangan saya ketika kecil dulu. Takutnya itu sampai ke tua.. Hehehe..

Kebetulan pula ada kawan Ain yang tengah mengandung juga sakit gigi. Memang kesian sebab nak makan pon tidak lalu makan. Pergi ke klinik gigi, doktor gigi cakap tidak di galakkan cabut gigi masa mengandung. Sudahnya menanggung sakit tiada kesudahan sampai nak tidur pon tidak boleh.

cabut gigi ketika mengandung

Sebenarnya cabut gigi semasa mengandung ini bahaya tak? Ia terbahagi mengikut trimester iaitu:

  • Trimester Pertama: Pada ketika ini organ dalaman bayi seperti buah pinggang, hati dan jantung sedang terbentuk. Janin akan terencat perkembangannya jika ibu mengalami stress yang teramat. Jika anda sakit gigi pada waktu ini, seeloknya-eloknya dapatkan rawatan pergigian akhir trimester 1.
  • Trimester Kedua: Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk membuat apa sahaja aktiviti pergigian seperti cabut gigi, tampal gigi, scalling dan pelbagai lagi kerana pada waktu ini bayi sedang berkembang. Pembentukan organ telah di lakukan pada trimester pertama.
  • Trimester Ketiga: Cabut gigi pada waktu ini adalah sangat berisiko kerana akan menyebabkan tekanan pada kandungan . Tambahan pula jumlah kuantiti steriod yang di gunakan agak tinggi akan menyebabkan rahim mengecut dan kelahiran pramatang. Rawatan gigi pada ketika ini sebaik-baiknya di lakukan pada awal trimester ketiga.

Cadangan ubat-ubatan yang selalu diberikan oleh doktor ialah ibuprofen atau paracetamol untuk megurangkan kesakitan manakala untuk mengelakkan jangkitan doktor selalunya akan memberikan antibiotik Amoxilin. Walaubagaimanapun korang perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana ubat dkhuatiri ada sesetengah ibu mengandung alah kepada ubat ubatan.

ibu mengandung sakit gigi

Penjagaan gigi semasa kehamilan

  • Jaga kebersihan mulut – gosok gigi sehari 2 kali iaitu bangun tidur dan sebelum tidur.
  • Berkumur-kumur selepas makan untuk menghilang sisa makanan yang melekat di celah gigi bagi mengelakkan kaviti.
  • Gunakan ubat gigi tanpa florida kerana ubat gigi yang mempunyai florida akan menganggu janin jika diambil secara berlebihan. Setakat hari ini jenama yang mengeluarkan ubat gigi untuk ibu mengandung ialah Pureen.
  • Ikuti temujanji seperti yang di jadualkan oleh doktor gigi. Jangan mengelat!
  • Elakkan makanan yang manis yang boleh meningkatkan risiko masalah gigi
  • Gunakan berus gigi berusnya jenis Soft.
  • Ambil pil kalsium untuk mengelakkan pendarahan gigi semasa mengandung.

Pengalaman Ain ketika mengandungkan kedua-dua orang anak,  Ain selalunya akan serah diri buat temujanji dengan doktor untuk mengenalpasti gigi yang rosak dan buat pembersihan gigi. Terdapat simen (plaster) tampal yang untuk gigi berlubang selamat untuk ibu mengandung. Sebelum sakit gigi sampai berguling-guling lebih baik serah diri pada doktor. Sakit gigi jangan buat main ye.. Bahaya jika  dibiarkan..