KULIT MACAM KATAK PURU LEPAS BERSALIN

Assalamualaikum wbt. Hari ini Ain agak penat sedikit sebab baru balik dari kampung. Rasanya hari ini musim kemalangan secara berjemaah. Banyaknya eksiden sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas mulai tol pedas linggi hingga ke Dengkil. Patah punggung rasanya. Dari melayan perasaan rasa nak patah punggung tu baik update entry.. hehee

Pengalaman Ain ketika lepas bersalin anak yang pertama dulu, kulit Ain jadi sangat teruk. Nak kata kulit berjerawat tu tak lah cuma ia tumbuh jerawat kecil. Orang biasa gelarkan jerawat nasi. Jerawat ni susah nak hilang tau. Kalau hilang pun ia akan meninggalkan kesan hitam. Dah macam muka askar perang masuk hutan muka ni. Compang camping. Sebut je produk apa yang Ain tak pakai semua dah cuba sampai mengelupas dan nipis lah kulit muka ni.

kulit cantik

Nampak tak kulit pipi tu bersinar? Tu sebab kulit semakin menipis..

 

Bila Ain perasan setiap kali terdedah pada cahaya matahari kulit rasa macam terbakar dan pedih baru la Ain berhenti semua produk-produk tersebut dan mencuba¬†petua secara alami. Macam-macam petua Ain letak antaranya letak puri tomato yang telah di hancurkan ke muka, letak madu di muka, letak pisang la.. sebut je apa yang tak letak semua letak.. hehee…

Bila dah letih cuba macam-macam cara tetapi hasilnya nan hado Ain cuba pula minum susu tepung ajaib ni. Memula tu tak perasan sangat tapi satu hari tu ada kawan pejabat tegur:

Eh Ain.. Kau pakai apa ya kulit nampak glowing? Bintik dan parut jerawat pun dah tak de. Kalau tak aku nengok kulit kau dah macam katak puru je….

Sadis juga ayat kawanku itu. Ada ke patut muka Ain ni di katanya macam katak puru. Adehh! Jawapan Ain…

Aku pakai serbuk tepung ajaib ni ha… apsal ko dah tergoda ke dengan kulit glowing aku ni? Takut suami lari ke? hahahaa…

Hambek! Korang jangan sentap lak ye. Kitaorang ni memang macam gini. Bergurau senda tahap ganas abadi.. hehe.. Orang Melaka kata kan.. Akibat takjub sangat dengan kulit glowing (uwekk!!) Ain ini beliau pun mencuba serbuk tepung ajaib ini.

kulit cantik

No edit. Hanya sedikit olesan bedak sahaja..

 

Kenapa Ain cakap serbuk tepung ajaib? Sebab selain dapat mencantikkan kulit persis anak dara ia juga sebagai pemberi tenaga kepada ibu-ibu yang selalu keletihan apabila balik kerja. Nak-nak ibu menyusukan bila penat susu pun merudum. Ain juga menyusukan anak sebab tu Ain ambil serbuk tepung ajaib tu. Last-last dapat kulit cantik, susu banyak dan bertenaga. Sape tak suka wei! Ajaib la kata kan.. hehehe.. Suami? Senyum aje bila nengok isteri cantik dan dah tak tertidur lagi bila balik kerja. Apa tu serbuk teping ajaib? Meh sini baca…

 

Serbuk tepung ajaib yang mencantikkan muka persis Angelina Jolie