MINGGU YANG MEMENATKAN DAN SENGAJA CARI PASAL

Assalamualaikum w.b.t. Sepanjang minggu ini badan Ain rasa penat sangat. Tidak tahulah mengapa. Yang pasti setiap kali memandu pergi dan balik kerja mesti  mengantuk tak ingat dunia. Bawa kereta pun terhuyung hayang. Rasanya selamat sebab sebelum bawa kereta baca Doa menaiki kenderaan kot. Pernah juga hampir terlanggar pembahagi jalan tiba-tiba dengar macam orang sergah. Alhamdulillah tiada apa-apa.

car booth

Hari ini Ain tolong kawan di Car Boot Sale (CBS). Saja je nak cari pengalaman nak jumpa orang ramai.. (Dah memang diriku ini kaki mencapab (cari publisiti)) hahaha… ┬áCBS ini di buka mula jam 7 pagi sehingga 12 tengahari Jadi memang tidak boleh dielakkan panas terik matahari. Dah macam udang bakar dah kulit ni akibat sunburn.

Masa aktiviti tu berlansung tu rasa penat tu tiada lagi tetapi bila sampai dirumah rasa macam nak pengsan. Tengah makan pon boleh tertidur. Nasib baik tak tercium nasi dalam pinggan. Aksi ngeri betul. Tidak tahulah sejak akhir-akhir ini rasa penat tu lain macam sikit. Balik kerja mesti tidur dahulu lepas itu baru mula memasak untuk keluarga. Teruk bebenau perangai kau ni Ain!

Ain ada juga ambil beberapa multivitamin dan vitamin untuk penambah tenaga tetapi ia tetap juga tidak dapat melawan perasaan kaki tidur ni. Kuat betul perasaan itu. Ye lah kalau ambil berguni vitamin tapi kalau tidak cukup rehat pun tidak guna juga sebab hukum alam yang Allah jadikan apabila penat ialah tidur. Bayangkan kalau orang tak tidur 24 jam apa akan jadi? Boleh weng kepala..

Kalau dapat tidur 15 minit pon ok dan memang rasa segar bugar. Anak-anak pula nasib baik dah besar sikit dah boleh bawa diri sendiri. Jadi kawan-kawan kalau rasa penat, silalah tidur. Tidur juga merupakan salah satu rahsia awet muda dan kesihatan tubuh badan.