RESEPI NASI DAGING UTARA YANG SEDAP TAHAP TAMBAH NASI BERKALI-KALI

Assalamualaikum w.b.t. Hujung minggu yang lalu, Ain teringin sangat nak makan Nasi Daging Utara di sebabkan terpandang post kawan di FB. Ain ni kalau mengidam sangat makanan WAJIB buat sendiri. Hehe..

NASI DAGING UTARA

Jadi Ain dengan semangat wajanya mencari-cari resepi Nasi Daging Utara yang menikam kalbu. Setelah membuat beberapa perbandingan antara resepi makan terhasillah resepi ini. Resepi ini memang agak sempoi tetapi sedap. Jom ambil buku dan kertas, salin ye…

 

Bahan-bahan air rebusan daging: (yang ini kena buat dulu sebab tanpa air rebusan daging yang sedap ia merupakan punca kegagalan Nasi Daging Utara.. hehe).

  • Daging 600 g
  • Sebiji bawang merah (besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 uncang sup bunjut
  • Air kosong 6 cawan
  • 3/4 kiub ayam
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia bersama.
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan apabila minyak panas, tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau. Masukkan juga bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan sup bunjut.
  • Apabila naik bau dan nampak kekuningan, masukkan air. Masukkan air dan garam sekali.
  • Kemudian masukkan daging dan kiub ayam. Reneh sehingga daging lembut. Buang lemak-lemak daging yang timbul apabila kita merebus daging.
  • Tutup api jika daging telah lembut.

Bahan-bahan Nasi:

  • Sebiji bawang merah (besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sb mentega
  • 1 sudu rempah sup (jadikan pes)
  • Daging yang telah di rebus
  • Susu cair 1/2 tin
  • Air kosong 4-5 cawan (bergantung pada jenis beras)
  • Beras 3 mangkuk (kalau pakai beras Basmathi lagi sedap)
  • Kiub ayam
  • Daun pandan
  • Kismis dan gajus.

Cara-caranya:

  • Cairkan mentega di atas periuk panas. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan sekali buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau sehingga naik bau.
  • Apabila penumis telah nampak kekuningan, masukkan pes rempah sup dan kacau sehingga naik minyak.
  • Masukkan daging yang telah direbus, kacau sehingga sebati dan masukkan beras.
  • Kacau beras sehingga semua beras sebati dengan rempah itu.
  • Masukkan air rebusan daging 4-5 cawan dan 1/2 tin susu cair. Jika air rebusan tidak cukup, korang boleh tambah dengan air panas.
  • Masukkan daun pandan. Kacau dan tutup nasi dengan tutup periuk.
  • Kacau sekali sekala nasi supaya rempah daging tidak mendap di bawah dan nasi di kerak tidak hangus.
  • Apabila nasi sudah kering, taburkan kismis dan gajus di atas nasi dan kacau. Tutup api dapur.

Tadaaaaa…. dah siap! Pastikan masukkan unsur-unsur kecintaan dan kasih sayang semasa masak. Pasti masakan jadi sedap ngamhoo!! Selamat mencuba…