KECUR AIR LIUR BILA TERPANDANG JERUK MADU

Assalamualaikum wbt. Ain adalah seorang peminat jeruk. Tidak kira lah Jeruk Madu Pak Ali atau lain-lain jenama. Bila ternampak jeruk je mesti nak borong banyak-banyak. Namun begitu kegemaran memakan jeruk terhenti sejak mengandung. Rasa seperti separuh jiwa ku pergi lah.

Ain teringat dulu-dulu sewaktu kecil, arwah nenek selalu sangat buat jeruk mangga. Dia buat satu bekas botol kaca besar! Asal pergi dapur je mesti singgah ambil jeruk dulu. Tapi biasalah jeruk orang kampung. Mana ada letak pewarna dan pengawet semua ini. Makan pun ikut sedap. Boleh di katakan tahap kesedapan dan kegemaran Ain makan jeruk tu sampai kena gastrik la. Ye lah.. jerukkan letak cuka.

bahaya jeruk

Setelah di sahkan mengandung, Ain terpaksa berhenti memakan jeruk demi bayi di dalam kandungan. Jeruk tidak bagus untuk ibu mengandung kerana ia mengandungi bahan pengawet, pewarna dan kandungan gula yang tinggi. Silap haribulan boleh kena kencing manis dan darah tinggi. Tambahan pula buah-buahan itu telah menjadi jeruk. Semua khasiatnya telah hilang. Ibarat nya kita memakan hampas la.

Selain itu, kandungan pengawet di dalam jeruk itu sendiri mempunyai asid benzoik yang tinggi supaya kekal tahan lama boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan hati. Bagi sesetengah jeruk yang di jual di pasaran, ia di letakkan formalin

Dalam Islam juga menegah kita memakan makanan masam kerana ia akan mengecutkan otak dan menyebabkan pelupa. Lagipun anak di dalam kandungan memerlukan makanan yang sihat untuk membesar. Jadi kita perlu makan-makanan yang sihat untuk tumbesaran mereka.

Korang perasan tak setiap kali makan jeruk gigi akan rasa ngilu? Ini kerana bahan pengawet di dalam jeruk tersebut sedang menghakis gigi yang menyebabkan gigi reput dan lapisan usus semakin nipis. Ain faham.. untuk mengelakkan rasa mual ketika mengandung, kebanyakkan kita mengambil jeruk untuk mengurangkan rasa loya tekak. Namun kita perlu memikirkan kesan sampingan kepada zuriat yang di kandung. Apa yang Ain buat untuk melegakan rasa mual mengandung itu ialah dengan menggantikan dengan epal hijau atau mangga muda. Itu pun tiada lah banyak sangat. Sekadar menghilangkan rasa loya ketika mengandung.