MANDI-MANDA DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK SAMPAI KECUT!

Assalamualaikum w.b.t. Hujung minggu yang lepas, Ain sekeluarga berkunjung di negeri Perak Darul RidzuanĀ atas urusan kerja. Jadi di kesempatan itu Ain membawa anak-anak mandi di Lost World Tambun. Kira sambil menyelam minum air la. Sebenarnya dah lama terfikir-fikir nak bawa anak-anak mandi di sini tetapi rasa macam tidak berbaloi jika sesaja je semata-mata datang sini nak mandi baik terus pergi Sunway Lagoon sahaja. Dekat sahaja dengan rumah.

Perjalanan bermula daripada rumah jam 10.30 pagi dan sampai di hotel sekitar jam 3.00 petang. Kami singgah dulu makan di Mydin Jelapang untuk mengalas perut yang lapar. Boleh tahan juga sedap-sedap makanan di Food Court Mydin Jelapang ni atau masing-masing dah kebulur sangat ni nampak semuanya sedap.. hehehe (tapi serius memang makanan di sini sedap-sedap belaka)..

mandi di tambun

Ain menginap di Impiana Hotel Ipoh. Biliknya selesa dengan tilam empuk yang bagai hantu laut memanggil-manggil untuk di tiduri. Usai solat dan meregangkan pinggang yang hampir kejang akibat duduk lama dalam kereta, kami bertolak ke Lost World Tambun Waterpark. Anak-anak la yang paling suka sekali. Asyik tanya itu ini.

Sampai sahaja di taman tema tersebut hujan renyai-renyai turun tetapi ia tidak memadamkan semangat nak mandi kolam kami… apa susah agak-agak masa berendam tu hujan lebat nyanyi je lagu Memori Daun Pisang.. hahaha.. Baru ada feel..

bersantai di taman tema tambun

Yuran kemasukan RM 50.00 dewasa manakala kanak-kanak RM 43.00. Mau tak tercekik darah nengok harga tiket masuk ni. Last 4 year dulu Ain datang baru je RM 35.00 untuk dewasa. Harga air makin mahal kot sekarang ni. Think positif…

Sesambil menunggu en. suami membayar tiket, tetiba mataku terpandang seseorang.. Macam ku kenal orang ini tetapi dimana ya?! Tanyaku di dalam hati kebinggungan.. Teringat! Itu Imam Muda Najdi.. Kebetulan Ain ada like Fan Page beliau jadi kenallah.. Ain tiadalah terkinja-kinja nak minta autograf pada beliau sebab masih sedar diri disamping menjaga anak-anak syurga ni. Hanya meleret pandangan mata sahaja..

Ok selesai en. suami beli tiket.. kitaorang kena pakai gelang masuk taman tema. Jasmine pertama kali pakai gelang masuk tu, beliau agak jakun disitu. Zafri pula merengek nak gelang sama macam kakaknya. Pening.. last-last cakap

“Uncle tu makan budak kuat nangis tau”

Terus senyap.. hahaha.. kesian guard tu.. minta maaf ya..

harga tiket di tambun

Kami beli serba sedikit baju renang anak-anak. Yang sedia ada dah tidak muat, dah macam incredible hulk. So buat keputusan belikan anak baju mandi seorang sepasang. Ok la tu.. nanti mandi depan rumah pon boleh pakai baju mandi tu.. hehe..

bersantai di tambun

Settle semua, kitaorang check beg dan sewa locker untuk letakĀ barang. Locker yang besar dah penuh jadi kitaorang plih loker kecil RM 15.00 (mahal tu!)… Lepas simpan barang terus terjun kolam.. yahuu! Eh, apsal maknya yang over sangat nih?! Hehe… Maka berenanglah dengan gaya bebas masing-masing.. Zafri mula-mula nengok air takut tetapi bila dah lama-lama nengok kakak Jasmine nya eksyen dah boleh berenang barulah beliau berani sedikit.

lost world of tambun

Dah siap-siap berenang, kita posing dulu! Seronok betul aktiviti pada hari itu.. anak-anak la yang suka sangat sampai nak pergi lagi. Nanti ada rezeki lagi kita pergi ya! Korang pun boleh juga bawa anak-anak datang sini bersantai.. tapi kalau citi sekolah memang pack. Lost world of Tambun ni tutup sampai jam 11 malam.

Ok… daaaaa….