7 TIPS KESELAMATAN KANAK-KANAK SEMASA DI DAPUR

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini seperti kebiasaanya Ain akan memasak di rumah. Balik kerja mesti singsing lengan nak bersilat di dapur. Biasanya Ain masak yang mudah, sempoi dan sedap di makan. Bila hari minggu baru masak hover sikit.

Ketika sedang bertungkus lumus menyediakan persiapan masakan hari ini, Jasmine secara tiba-tiba cakap:

Ibu, Kak Min nak masak…

Sebenarnya Ain rasa agak terganggu juga sebab nak cepatkan. Tapi bila fikir balik masa inilah nak memperkenalkan serba sedikit tentang sayur, bawang dan ikan serta nak create bonding dengan anak. Teruja habis Jasmine bila dapat siang sayur Kailan.

Ibu, cepat la masak….

Anak ibu ni memang betul-betul tak sabar nak masak. “Sebelum masak kena kopek bawang dulu tau untuk perencah baru sedap”. Haaa terkulat-kulat Jasmine bila nengok bawang. Hehehe..

Sebenarnya Ain takut juga nak bawa Jasmine masuk dapur. Ye la budak-budakkan teruja dan tanpa di duga. Atas sebab itu Ain mengambil langkah keselamatan awal untuk mengelakkan sesuatu yang tidak terjangka terjadi. Antaranya:

  • Pisau di letakkan di tempat yang tinggi dan tidak terjangkau oleh tangan anak. Bila Jasmine nak pegang pisau, Ain cakap “Pisau bahaya kalau pegang tidak betul.. Boleh berdarah tangan”. Jasmine boleh terima..
  • Ain pastikan lantai dapur tidak licin atau percikan minyak yang bertaburan.
  • Jauhkan anak dari dapur yang panas. Bab ni memang Jasmine mula-mula tak nak dengar tapi bila dia nengok minyak ikan goreng meletop, terus dia takut. Alahai anak..
  • Jauhkan dia dari masakan panas. Apabila masakan panas telah siap letakkannya di tempat tinggi.
  • Simpan mancis atau penunu api di tempat yang selamat
  • Bila dah siap masak, kemas dan semak balik tempat yang betul perkakasan memasak di tempat yang betul

Ini tips yang Ain buat. Kalau ibu-bapa lain ada tips yang best boleh share kat sini. Dapur tempat yang seronok tetapi boleh jadi tempat yang sangat membahayakan… Jadi kena hati-hati. Malang tidak berbau…