APA YANG PERLU DI BUAT JIKA BAYI DEMAM PANAS?

Assalamualaikum wbt. Ayah dan ibu… jika anak-anak demam panas mesti tak tidur malam kan? Setiap jam pantau perkembangan suhu badan anak kan? Ain juga pernah mengalami perkara macam ini. Masa itu Jasmine baru 3 bulan. Allah sahaja yang tahu perasaan ini. Jam 4 pagi terpaksa bawa Hospital masuk bahagian Kecemasan sebab suhu badan Jasmine ketika itu dah 39 Celcius. Sampai sahaja di Hospital doktor berikan ubat punggung. Alhamdulillah mudah sahaja panasnya turun. Berdebar juga bila nengok anak di pangkuan tidak bermaya. Tetapi biasalah anak yang pertama masih lagi belum ada pengalaman.

bayi demam

Sejak dari peristiwa itu, Ain banyak mencari info dari emak dan kawan-kawan lain tentang apa yang perlu di buat bila bayi demam panas. Alhamdulillah selepas itu tiada lagi pengalaman yang mendebarkan sebab dah tahu serba sedikit apa yang perlu di buat. Ain nak share ni sebab mana tahu mungkin serba sedikit dapat membantu ibu-bapa yang sedang mengalami perkara yang sama macam Ain dulu.

minyak bawang putih

  • Apabila bayi dah mula demam panas, tuamkan bayi dengan air sejuk. Jangan air sejuk yang macam ais tu ya. Nanti panas cepat turun dan cepat naik. Gunakan air sejuk biasa di batang paip. Tuamkan bayi di bahagian pelipat seperti leher, ketiak, pelipat kaki. Paling mustahak sekali letak tuala basah di kelapa bayi.
  • Jerlumkan kepala bayi dan sapukan keseluruhan badan bayi dengan air asam jawa. Asam jawa yang kita buat masak asam pedas di rumah tu. Buat air asam jawa tu jangan pekat-pekat sangat cukup sekadar cair sahaja. Sapukan di kepala dan keseluruhan badannya. Asam jawa mempunya bahan yang membantu menurunkan panas badan dengan cepat. Masa Ain kecil-kecil dulu mak selalu buat macam ini.
  • Pakaikan bayi baju lobang-lobang. Ain memang sediakan khas baju ini di pakai semasa anak demam. Jangan pakaikan bayi dengan baju tebal kerana haba di dalam badan akan terperangkap di dalam badan. Jika tiada longgarkan baju baju bayi.
  • Buat minyak bawang putih. Bakarkan bawang putih bersama kulitnya. Bakar sehingga kehitaman sedikit. Kemudian tumbuk ia bersama minyak zaitun. Jangan lupa berselawat ketika menumbuk itu sebab sakit semua itu datangnya dari Allah. Daripada dia ia datang kepada Dia ia kembali. Kemudian sapukan minyak tersebut di belakang dan di depan badan. Bawang putih merupakan sumber antibiotik semulajadi yang Allah jadikan.
  • Beri air kelapa. Air kepala yang di campur dengan secubit garam. Orang tua kata air kelapa ni bisa. Jadi nak hilangkan bisanya tu kena tambah sedikit garam. Jangan lupa berselawat keatas nabi. Air kelapa sesuai di beri jika bayi sudah melebihi umur 6 bulan. Bawah 6 bulan masih belum boleh lagi ye. Beri bayi hanya 1 sudu sahaja sekali makan pada waktu tengahari dan sebelah petangnya dalam jam 4-5 petang beri lagi sesudu. Jangan beri banyak-banyak ya nanti kembung bayi nanti sebab kita tidak tahu perut bayi macam mana. Selepas itu air lebihan air kelapa itu boleh di buat mandi. Selalunya Ain buat dekat anak-anak rawatan ini apabila dah makan ubat hospital masih lagi tidak jalan. Orang tua-tua kata kalau demam lama dan panas selalunya demam campak nak keluar. Buat rawatan ini selama 3 hari atau sehingga sebuh. Air kelapa muda juga sumber antibiotik semulajadi.
  • Sediakan ubat punggung. Zaman dulu ubat punggung tiada sebab tu ramai bayi yang kena sawan. Apabila suhu bayi mencecah 39 celcius sebaiknya masukkan ubat punggung dan jarakkan pengambilannya dengan paracetamol sirap sebab fungsi kedua-duanya adalah menurunkan suhu badan.

Sekiranya keadaan berlarutan sehingga 3-4 hari lebih baik di bawa ke Hospital untuk melakukan ujian darah. Walaubagaimanapun ini hanyalah pengalaman Ain sendiri dan ia sesuai dengan anak-anak Ain. Jika korang nak mencuba boleh, tetapi kesannya mungkin berlainan. Selamat mencuba!