KEPALA BAYI DAH MASUK LALUAN.. GET READY MAMA!!

Assalamualaikum wbt. Minggu ini kawan Ain Cik Senah dah 37 minggu kehamilan. Kembang kuncup jantung dia nak bersalin tidak lama lagi. Anak pertama katakan segalanya pengalaman baru. Cik Senah ada juga menimba pengalaman rakan-rakan sepejabat yang lain. Nampak sangat muka beliau ketakutan nak bersalin. Hehehe..

ibu mengandung

Pengalaman bersalin samada anak yang pertama atau kedua sebenarnya sangat berbeza. Ada yang bersalin anak pertama senang bersalin anak kedua pula macam-macam masalah sehingga terpaksa melakukan pembedahan. Bergantung kepada individu. Bila dah nak bersalin ni macam-macam tanda kita boleh perasan seperti perut dah jatuh sedikit kebawah, bahagian abdomen bawah payudara kosong satu tapak tangan (ni petua orang dulu-dulu) dan susah nak berjalan.

Pengalaman Ain semasa mengandungkan anak yang kedua apabila masuk usia kandungan 37 minggu memang susah sangat nak jalan. Nak habiskan 500 meter pun terasa sesak. Apabila scan doktor kata dah masuk laluan ni dan dah boleh bersalin bila-bila masa. Whooha!!.. Takut wei!.. Tetapi memandangkan Ain memilih bersalin secara pembedahan jadi perasaan seriau tu kurang sedikit.

Jadi bagi mama-mama¬†yang kepala bayi dah masuk laluan, bilakah masa bayi nak keluar? Mesti teruja kan? Selalunya bila doktor cakap kepala bayi dah masuk laluan tu ia mengambil masa seminggu atau seminggu lebih untuk bersalin. Lagi banyak bergerak/ berjalan lagi cepat bayi keluar. Tidak mustahil jika siang hari berjalan ¬†sakan di shopping complex malam hari terus bersalin. Pada ketika ini korang boleh cuba makan telur ayam kampung separuh masak untuk memudahkan proses bersalin. Pengambilan minyak kelapa dara juga membantu ‘melicinkan’ laluan premium.

keperluan bayi di hospital

Beg hospital yang mengandungi kelengkapan bayi dan mama di hospital perlu di sediakan lebih awal dan di letakkan di dalam kereta. Mana tahu tengah-tengah shopping tetiba rasa nak bersalin. Dari segi emosi pula, banyakkan berzikir dan yakinkan diri yang kita boleh lakukan (melahirkan anak). Dapatkan sokongan suami, ibu-bapa, mentua dan rakan terdekat. Ketahuilah pengorbanan seorang ibu amat besar! Tidak kira lah jika korang bersalin secara normal atau pembedahan, yang pasti wanita yang melahirkan bayi adalah wanita yang hebat!

Tahniah mama!