CARA URUSKAN URI DENGAN BETUL

Assalamualaikum wbt. Uri adalah plasenta yang membekalkan makanan, oksigen dan menyingkirkan karbon monoksida dan sisa perkumuhan bayi di dalam rahim. Dalam masayarat Melayu Uri di sebut sebagai kawan bayi di dalam rahim. Namun begitu terdapat pelbagai petua yang di lakukan bersama dengan uri ini. Kalau nak anak pandai memasak, kena letak cili, gula, garam semasa menanam uri tersebut. Jika nak anak pandai belajar dan berjaya dalam kehidupan, kena letak pensil, kertas, buku dan lain-lain lagi. Sejujurnya ini adalah amalan khurafat semata-mata.

CARA PENGURUSAN URI

Ain agak kelakar juga bila pertama kali di suruh buat begitu. Di suruh tanam uri di depan masjid supaya nanti anak dah besar suka pergi masjid. Rasa nak gelak gulung-guling pun ada sebab masjid dan berjalan tar. Celah mana pula nak korek tu. Hehehe. Akhirnya tanam di depan rumah sahaja di kampung. Jadi macam mana cara sebenarnya menguruskan uri ni? Meh sini Ain beritahu caranya…

  1. Basuh uri dengang lumuran asam keping, asam jawa dan asam limau. Ia bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir dan busuk bagi mengelakkan haiwan menggali tanaman uri tadi. Bersihkan darah yang berada di sekeliling uri. Sambil-sambil basuh tu boleh la berselawat ke atas nabi.
  2. Sediakan kain empat segi (ukuran sehelai tudung bawal) dan bentangkan di atas lantai. Letakkan uri yang telah di cuci tadi di atas kain.
  3. Letakkan sekali lada hitam, garam dan paku bersama uri. Ia bertujuan untuk mengelakkan bau uri di kesan oleh haiwan liar. Namun begitu jika tidak mahu meletakkan pun tidak menjadi masalah.
  4. Ikat kain tersebut tetapi tidak perlu terlalu ketat. Masukkan bungkusan uri itu ke dalam tembikar tanah liat.
  5. Gali tanah yang memuatkan ruang tembikar tersebut dan kedalamannya lebih kurang sehasta. Ini bagi mengelakkan haiwan liar menjumpai uri tadi.

Dah siap! Alhamdulillah…

Tidak susah sebenarnya nak menguruskan uri ni. Tambahan pula zaman sekarang ni banyak terjual set pegurusan uri di pasaran, korang boleh juga beli (kalau tak rasa membazir.. hahaha). Sebaik-baiknya suami/ayahnya yang basuhkan uri tetapi kalau ayahnya pengsan nengok darah, lebih baik ia diuruskan orang lain.