CARA MENGURUSKAN JENAZAH JANIN YANG KEGUGURAN

Assalamualaikum w.b.t. Ain pasti keguguran janin melibatkan emosi yang mendalam buat ibu dan bapa. Dalam keadaan emosi yang kurang stabil, ada sesetengah ibu bapa tidak tahu tentang cara pengurusan jenazah janin yang keguguran atau meninggal ketika di lahirkan. Bila keadaan mendesak baru di cari pak imam, ustaz dan orang tua yang arif untuk menyelesaikan masalah.

Sebenarnya pengurusan jenazah memang ada dalam silibus kursus pra-perkahwinan cuma kita je tidak perasan (termasuklah diriku.. hehe). Jadi bila korang jumpa entry ini, Ain harap sangat korang ambil tahu dan faham betul-betul. Mana tau jika orang yang terdekat mengalaminya kita boleh terangkan serba sedikit.

JANIN YANG BERUSIA KURANG DARI 6 BULAN

Jika janin tiada tanda kehidupan seperti lembaga manusia, jenazah janin perlu dibersihkan daripada darah , dibungkus dengan kain atau seumpama dengannya dan ditanam. Selalunya janin seperti ini berusia kurang dari 4 bulan.

Jika janin mempunyai sudah mempunyai tanda penghidupan seperti lembaga manusia, jenazah perlu di uruskan dengan memandikan, mengkafankan dan di kebumikan. Selalunya janin seperti ini berusia lebih dari 4 bulan.

JANIN LEBIH DARI 6 BULAN

Janin yang gugur lebih dari 6 bulan atau meninggal semasa dilahirkan samada terdapat bentuk-bentuk penghidupan atau tidak, jenazah janin di uruskan seperti orang dewasa iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Untuk mencari bahan-bahan pengurusan jenazah, korang boleh beli di kedai menjual barangan islam atau farmasi. Dalam tu terdapat kain kafan, kapas, tuala, minyak wangi, putik kapas, kapur barus, celak dan lain-lain.

Cara solat jenazah janin juga sama seperti orang dewasa.

Jadi lepas ni boleh la tambah ilmu dan persediaan fardu kifayah ini. Sebagai umat islam ilmu menguruskan jenazah sangat penting. Jadi korang sharing is caring….

 

Bagaimana cara berpantang kerana keguguran