LUKA BERSALIN CANTIK DENGAN BUAH OREN!

Assalamualaikum wbt. Sebut je buah oren mesti teringat kalau buat jus oren masa musim panas ni memang mengiurkan. Di samping sedap di minum ketika panas ia juga sangat baik untuk mempercepatkan luka sembuh. Tidak kira lah luka bersalin pembedahan atau bersalin normal. Buah oren sangat di galakkan dia ambil semasa berpantang kerana ia mempunyai kandungan tinggi Vitamin C.

Apakah Vitamin C? Vitamin C ialah asid ascorbic nutrien yang larut air. Di dalam tubuh ia berperanan sebagai bahan antioksida membantu melindungi sel-sel rosak daripada radikal bebas. Radikal bebas di perolehi daripada keadaan persekitaran yang tercemar, pengambilan makanan yang menggunakan racun serangga sintetik, asap rokok dan cahaya matahari. Selain itu, ia juga meransang mengeluarkan kolagen secara semulajadi yang menjadikan kulit sentiasa anjal cantik.

bentan

Jadi apakah kaitannya luka bersalin dengan Vitamin C? Selain mempercepatkan luka bersalin pulih ia juga boleh meningkatkan antibodi korang. Apabila antibodi kurang penyakit dan luka senang terkena jangkitan. Antara sakit yang kerap di alami semasa berpantang ialah demam dan selsema. Demam dan selsema semasa berpantang memang sangat perlu dielakkan kerana ia akan membahaya diri. Demam semasa berpantang tandanya berlaku jangkitan samada di kawasan luar luka atau dalaman luka.

Demam ketika berpantang di panggil bentan. Tanda korang bentan ialah rasa sejuk hingga mengigil, badan berbisa-bisa dan lemah. Cara atasi bentan ini dengan menyelimutkan badan dengan selimut tebal tetapi jika terdapat tanda jangkitan seperti kemaluan berbau, luka berair dan bernanah korang perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

makanan semasa berpantang

Namun begitu ada sesetengah bayi yang menyusu badan tidak tahan dengan buah oren dan bayi akan kembung atau colic jika ibu memakannya. Penyelesaiannya, korang boleh mencuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi juga seperti buah kiwi, Strawberi, kentang, anggur hitam, tomato, cili hijau dan pelbagai lagi.

PENGERING RAMBUT PULIHKAN LUKA BERSALIN?

Assalamualaikum wbt. Macam pelikkan bila pengering rambut boleh pulihkan luka bersalin? Biar betik. Bukannya ada kajian perubatan pun. Hehehe.. Ini sebenarnya ramai orang tak tahu. Bila sebut je nak cepat luka bersalin pulih mesti kena makan ikan haruan berkilo-kilo. Ain dulu pun masa bersalin anak yang pertama makan dan minum pati haruan berbotol-botol. Nak baik cepatkan?

Tetapi secara tiba-terdetik di dalam hati kenapa tidak gunakan pengering rambut untuk cepatkan luka sembuh. Untuk pengetahuan korang Ain bersalin secara pembedahan. Jadi penjagaan luka tu agak rumit sedikit. Segalanya bermula apabila tempat luka bersalin tu mula berair dan rasa gatal. Tambahan pula orang dalam pantang kena berpeluh untuk keluarkan toksin dan angin meroyan dari badan. Jadi di tempat luka itu tidak terkecuali.

luka bersalin pembedahan

Gambar hiasan

 

Apabila dah tak tahan gatal di tempat luka tu Ain ambil krim antibakteria di Klinik Ibu dan Anak berdekatan untuk di sapu di tempat luka. Setiap kali selepas mandi mesti keringkan luka dengan pengering rambut supaya luka itu tidak berair. Alhamdulillah selepas 2 hari buat teknik menggunakan pengering rambut luka dah tak berair dan kurang kegatalannya.

Begitu juga semasa bersalinkan anak yang kedua. Memang cepat sembuh dan luka pembedahan tampak cantik. Bahaya tau kalau tempat pembedahan berair. Ini kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan seterusnya membahayakan kesihatan ibu. Jangkitan kuman ini akan menyebabkan bentan, demam dan seterusnya membawa maut.

Haaa… lepas ni korang boleh korek pengering rambut lama-lama dan cuba teknik ni. Selamat mencuba!