PENGALAMAN NGERI CABUT GIGI SAMPAI TAK BOLEH TIDUR

Assalamulaikum w.b.t. Beberapa hari yang lepas Ain ada buat entry tentang sakit gigi – selamatkah ibu mengandung cabut gigi. Entry itu di tulis di sebabkan pada waktu itu Ain juga mengalami sakit gigi. Sambil-sambil tunggu nama di panggil sambil tu update la entry.. Tak delah melangok je tunggu doktor. Hari ini datang appointment untuk cabut gigi di tetapkan.

Perasaan? Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini. Perasaan ini kalah macam nak bersalin tau. Sakit bersalin secara pembedahan itu tiadalah sakit sangat. Sakit gigi ni lagi sakit. Itu lah apa yang Ain fikirkan. Ain memang betul-betul takut cabut gigi. Apabila nama di panggil lagi lah berdebar jantung. Nasib baik doktornya serius happening. Beliau ramah tamah, pandai berborak dan boleh menenangkan perasaan pesakit. Jadi tak de lah takut sangat. Bila doktor keluarkan ragum tu terus menggigil. Kalau cabut gigi masa mengandung ni mesti beranak masa tu juga.

Masa doktor berusaha cabut gigi tu dah rasa macam bertukang rumah kat dalam mulut ni. Dah goyang inul tetapi gigi masih lagi tidak tercabut. Doktor cadangkan buat xray. Ain pun ok jer. Janji semuanya selamat. Apabila dapat sahaja keputusan imbasan xray, doktor sangat terkejut kerana terdapat cyst di dalam gusi. Aik? Bukankah cyst selalunya ada dalam rahim ke? Bila dengar perkataan cyst ni tetiba seram je.

gigi

Gambar hiasan

 

Doktor menerangkan cyst di mulut terjadi kerana terdapat pembengkakan berlaku tetapi tidak rawat dengan betul dan berlaku jangkitan. Dalam kes Ain ini sakit gigi ni memang dah lama tetapi sebab penakut punya pasal sanggup ambil PANADOL ACTI-FAST  untuk hilangkan sakit. Akhirnya tempat yang sakit tidak di rawat dan jadi pula cyst. Bahaya juga kan?

klinik gigi

Dengan segeranya doktor membuat surat sokongan untuk di hantar ke Jabatan Bedah Mulut, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk di keluarkan cyst kerana mereka mempunyai peralatan yang mencukupi. Lagi sekali kena xray mulut secara keseluruhannya. Lepas xray tu terus rasa kepala sengal-sengal. Rasa bengap pon ada. Rasa macam sel-sel otak mati pon ada.. Adoii la..

Apabila di teliti keputusan xray tersebut doktor mengesahkan itu adalah perkara biasa dan ia tidak membahayakan. Hah! Pulak dah.. mana satu betul ni. Malas dah nak fikir macam-macam proses pencabutan gigi bersambung kembali. Kali ini doktor gigi yang cabut gigi agak kuat sikit. Bukan setakat goyang gerudi dah macam kena korek dengan jentolak dah… huhu.. rasa macam nak menangis tetapi tetap control ayu depan doktor. Beranak dah 2 kali tak menangis, ni baru cabut gigi sebatang dah luruh air mata. Buat malu kaum je.. huhuhu…

ubat sakit gigi

Alhamdulillah semuanya selesai setelah mengalami pengalaman yang mengerikan. Doktor memberi perskripsi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Antibiotik tu Ain makan tetapi ubat tahan sakit tu tak la sebab ubat tahan sakit tu kan ada side effect nya. Kalau sakit sampai berguling-guling tu baru makan. Ni setakat sakit-sakit biasa masih boleh di tahan lagi. Sebenarnya dah lama Ain tidak makan ubat. Sekali kena makan ubat rasa macam kena cekik..

So korang yang dah lama menderita sakit gigi, sila lah berjumpa dengan doktor gigi. Takut ada penyakit yang bukan-bukan menginap di dalam mulut tu. Secara dasarnya memang menakutkan jumpa doktor gigi ni sampai masa tidur pon boleh terasa segala peralatan tu di dalam mulut tetapi tahukah korang kebanyakkan kuman di dalam badan kita datangnya dari mulut? Sebab itu dalam Islam itu sendiri di sunatkan berkumur-kumur atau bersiwak setiap kali mengambil wuduk dan bersolat.

ADUH, SAKITNYA GIGIKU!

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain sakit gigi. Sakit di bahagian gigi geraham. Tuhan sahaja yang tahu betapa pedih, perit dan ngilu sakit gigi ini. Sebenarnya gigi ini dah lama sakit tapi Ain buat tidak kisah sahaja sebab takut jumpa doktor gigi. Doktor gigi itu ibarat raksasa nak makan orang bayangan saya ketika kecil dulu. Takutnya itu sampai ke tua.. Hehehe..

Kebetulan pula ada kawan Ain yang tengah mengandung juga sakit gigi. Memang kesian sebab nak makan pon tidak lalu makan. Pergi ke klinik gigi, doktor gigi cakap tidak di galakkan cabut gigi masa mengandung. Sudahnya menanggung sakit tiada kesudahan sampai nak tidur pon tidak boleh.

cabut gigi ketika mengandung

Sebenarnya cabut gigi semasa mengandung ini bahaya tak? Ia terbahagi mengikut trimester iaitu:

  • Trimester Pertama: Pada ketika ini organ dalaman bayi seperti buah pinggang, hati dan jantung sedang terbentuk. Janin akan terencat perkembangannya jika ibu mengalami stress yang teramat. Jika anda sakit gigi pada waktu ini, seeloknya-eloknya dapatkan rawatan pergigian akhir trimester 1.
  • Trimester Kedua: Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk membuat apa sahaja aktiviti pergigian seperti cabut gigi, tampal gigi, scalling dan pelbagai lagi kerana pada waktu ini bayi sedang berkembang. Pembentukan organ telah di lakukan pada trimester pertama.
  • Trimester Ketiga: Cabut gigi pada waktu ini adalah sangat berisiko kerana akan menyebabkan tekanan pada kandungan . Tambahan pula jumlah kuantiti steriod yang di gunakan agak tinggi akan menyebabkan rahim mengecut dan kelahiran pramatang. Rawatan gigi pada ketika ini sebaik-baiknya di lakukan pada awal trimester ketiga.

Cadangan ubat-ubatan yang selalu diberikan oleh doktor ialah ibuprofen atau paracetamol untuk megurangkan kesakitan manakala untuk mengelakkan jangkitan doktor selalunya akan memberikan antibiotik Amoxilin. Walaubagaimanapun korang perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana ubat dkhuatiri ada sesetengah ibu mengandung alah kepada ubat ubatan.

ibu mengandung sakit gigi

Penjagaan gigi semasa kehamilan

  • Jaga kebersihan mulut – gosok gigi sehari 2 kali iaitu bangun tidur dan sebelum tidur.
  • Berkumur-kumur selepas makan untuk menghilang sisa makanan yang melekat di celah gigi bagi mengelakkan kaviti.
  • Gunakan ubat gigi tanpa florida kerana ubat gigi yang mempunyai florida akan menganggu janin jika diambil secara berlebihan. Setakat hari ini jenama yang mengeluarkan ubat gigi untuk ibu mengandung ialah Pureen.
  • Ikuti temujanji seperti yang di jadualkan oleh doktor gigi. Jangan mengelat!
  • Elakkan makanan yang manis yang boleh meningkatkan risiko masalah gigi
  • Gunakan berus gigi berusnya jenis Soft.
  • Ambil pil kalsium untuk mengelakkan pendarahan gigi semasa mengandung.

Pengalaman Ain ketika mengandungkan kedua-dua orang anak,  Ain selalunya akan serah diri buat temujanji dengan doktor untuk mengenalpasti gigi yang rosak dan buat pembersihan gigi. Terdapat simen (plaster) tampal yang untuk gigi berlubang selamat untuk ibu mengandung. Sebelum sakit gigi sampai berguling-guling lebih baik serah diri pada doktor. Sakit gigi jangan buat main ye.. Bahaya jika  dibiarkan..