BERCUTI DI PULAU PANGKOR

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali Ain nak minta maaf sebab dah lama tidak update blog ini. Ribuan terima kasih Ain ucapkan untuk korang yang sentiasa memberi sokongan yang sentiasa menjengah blog ini tanpa rasa menyampah.. Pergh! Ucapan dah macam Pengetua Sekolah nak pencen. Prektis..prektis.. walaupun lagi 30 tahun berkhidmat dengan bangsa dan negara.

Hari Pertama

Ok bermadah pujangga dah sudah.. Sekarang ni nak masuk benda best iaitu berjimba di Pulau Pangkor! (Berjimba tu maknanya bersuka ria).. Siapa yang tidak suka bercuti atau jenjalan angkat tangan! Rasanya semua orang suka bercuti lebih-lebih lagi bersama keluarga. Ain teringat masa anak-anak kecil lagi tengah menyusu badan lagi, nak bergerak memang hazab. Nak balik kampung je dah macam nak pindah rumah. Rasanya kalau sewa satu kontena pon berbaloi. Almaklumlah nak kena bawa baju, botol susu (kakak punya), buaian, tilam, bantal dan pelbagai lagi. Bila anak-anak dah besar ni lega lah sikit.

Macam mana ya Ain terfikir nak ke Pulau Pangkor? Sebenarnya Ain tidak pernah pergi ke Pulau Pangkor (kesian..). En. Suami pernah la masa kecil dahulu. Jadi memandangkan Pulau Pangkor tu dekat dalam 3 jam perjalanan (dah macam KL-Melaka) jadi kami decide nak ke Pulau Pangkor aje…. Alaa percutian yang sempoi-sempoi je anak beranak.. Yang paling eksited sekali dah tentu lah anak-anak..

Ibu, kak Min nak mandi kolam dan main pasir

Perjalanan kami ke Pulau Pangkor bertolak agak lewat sedikit dalam jam 11.00 pagi sebab nak uruskan anak-anak dan rumah. Sebelum memulakan perjalanan kami pekena dulu roti canai dan nasi lemak. Kalau terlewat sikit sampai ke jeti Teluk Batik tak de lah sengsara perut kelaparan. Perjalanan pergi ini En. suami ikut jalan kampung iaitu Hulu Langat-Tanjung Karang- Manjung-Teluk Batik. Katanya nak nengok pemandangan kampung orang. Lagipun di sabak bernam banyak sawah padi yang cantik pemandangan. Sejuk mata memandang. Malangnya jalan di kebanyakkan kawasan teruk lubang bertampal-tampal. Nasib baik ekzober tidak tercabut. Anak-anak yang diduduk di belakang nasib baik tidak muntah. Rasa serik juga ikut jalan kampung.

Kami hanya berhenti di Stesen Petronas Manjung sahaja untuk luruskan pinggang dan urusan alami. Masa ini anak-anak dah sibuk tanya:

Ibu, lambat lagi ke nak sampai?

Dah penat lah tu. Sabar ye nak.. jap lagi kita sampai kita naik bot besar. Mujurlah derang ok disamping sogokkan dengan keropok kentang dan gula-gula (ni dah macam darurat.. kalau tak jangan harap nak bagi cikedis ni). Kami sampai di Jeti Marina, Teluk Batik sekitar jam 3.00 petang. Kami memilih menaiki feri dari Jeti Marina, Teluk Batik kerana setelah membuat beberapa review, ramai yang yang kata di Jeti Marina lebih selesa dan tidak ramai orang. Sangai sesuai untuk yang membawa anak kecil.

jeti marina teluk batik

Harga tiket untuk dewasa RM 10.00 manakala harga untuk kanak-kanak RM 5.00 untuk laluan pergi dan balik. Korang jangan buang pula tiket tu bila dah sampai Jeti Pangkor ye sebab nanti nak balik ke Jeti Marina Teluk Batik nanti derang minta tiket yang masa mula-mula di beli tu. Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit je. Tak sempat pon nak tidur.

Keselamatan kanak-kanak semasa menaiki feri ini perlu diawasi sebab Jasmine dan Zafri tidak pernah naik bot jadi derang agak ketakutan. Mujurlah ada pembantu feri yang menjaga dan menaikkan anak-anak ke dalam feri. Bukannya apa Zafri boleh nak patah balik secara meluru bila nengok ibu nya tiada. Nasib baik pakcik feri tu cepat tangkap Zafri. Ye lah maknya pon takut juga nak melangkah masuk feri yang terhuyung hayang.. hehe. En. Suami pula dah tentu jadi tukang mengangkut barang. Bila di nasihatkan tentang bahaya-bahaya naik feri baru lah derang faham, nak turun dah relaks tak takut.

jeti marina teluk batik

Sebaik sahaja sampai di Jeti Pulau Pangkor terdapat perkhidmatan teksi dan kereta sewa yang di tawarkan. En. Suami memilih untuk menyewa kereta Wira sahaja. Katanya senang nak bergerak dengan anak-anak. Harga sewa untuk 3 hari ialah RM 150 (mahal wooo!).  Dah dapat kunci kereta terus berdezup nak check in resort. TAk sabar nak check in nak golek-golek atas katil luruskan pinggang. Sebelum tu en. suami isi minyak dulu RM 20.00 je. Alaaa Pulau Pangkor bukannya besar pon. Orang kata kentut pun boleh berbau (ni perumpamaan je tau..). Kat Pulau Pangkor ni ada sebiji je stesen minyak iaitu Buraq Oil. Dah settle semua, akhirnya sampai di resort iaitu Pangkor Sandy Beach Resort.

pangkor sandy beach resort

Resort ni ok la terletak di hadapan laut. Agak-agak kalau malas nak buka mata bangun pagi. Guling-guling pastu terus masuk laut habis cerita.. hehehe… Ok sambung balik cerita check in tadi. Selesai je check in dapat kunci bilik, Jasmine dan Zafri dah tak menyabar-yabar nak terjun kolam. Nampaknya angan-angan nak bergolek-golek atas katil musnah. Jadi sejukkan badan terus tukar baju mandi. Kolam kat sini kecil je sebab resort ni pon kecil je dan tak ramai orang jadi selesa sangat nak berendam.

pulau pangkor

 

Dah puas berendam, dah tiba makan malam. Kami makan malam di Teluk Nipah. Semasa bermandi manda di tepi laut petang tadi, en. suami ada bersembang dengan apek sewa bot, dia cakap makan kat Teluk Nipah mahal, cekik darah.. Jadi hati-hati makan di sana takut kena “sembelih”.. Jadi malam tu kitaorang makan yang simple-simple je sebab masing-masing dah penat nak tidur.

Nak tau tak kitaorang sampai tersesat cari Teluk Nipah ni. Tersesat sampai lalu kat kawasan berbukit yang trill teramat (jalan macam nak naik Genting).. Dah la tengah-tengah malam.. tak de lampu jalan, tengah hutan.. nasib baik anak-anak tidur.. Ain tutup mata! Takutttt! Tetapi alhamdulillah sampai jua destinasi yang di tujui…

Ok… esok Ain sambung entry Hari ke-2 ye… mata dah ngantuk ni… Byeeee…..