GBS PUNCA BAYI MENINGGAL DI DALAM KANDUNGAN

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain nak bawa tajuk yang agak berat iaitu GBS punca bayi meninggal di dalam kandungan. Apakah GBS? GBS ialah Group B Streptococcus. Streptococcus merupakan bakteria yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan kecacatan dan maut kepada bayi dalam kandungan atau semasa proses bersalin. GBS hanya berlaku kepada wanita hamil yang mengidap kencing manis. Walaubagaimanapun tidak semua pengidap kencing manis semasa hamil mengidap GBS.

keputihan berbau

GBS ini boleh menyerang mana-mana wanita mengandung tanpa di sedari. Ia hadir dalam bentuk keputihan. Kebanyakkan wanita menganggap keputihan semasa mengandung adalah perkara biasa tetapi ia menjadi bahaya apabila tidak di rawat. Keputihan semasa mengandung ada dua kategori iaitu keputihan yang di sebabkan jangkitan fungal dan di sebabkan oleh jangkitan GBS. Keputihan ini berlaku disebabkan perubahan hormon dan antibody yang lemah. Ain ada huraikan tentang keputihan semasa mengandung di dalam entry ini. Cecair putih itu sungguh merimaskan sampai tak senang duduk.

BAGAIMANA NAK MENGESAN GBS?

Selalunya pada akhir trimester kehamilan sekitar 35 minggu -37 minggu doctor akan mengambil sedikit sample (swab) di dalam vagina dan di buat ujian maklumat untuk mengenalpasti kehadiran bakteria Streptococcus. Jika di dapati ibu mengandung tersebut positif GBS maka doktor akan berikan antibiotic untuk mengelakkan kuman itu menjangkiti bayi semasa proses kelahiran. Korang juga boleh buat pemeriksaan sendiri klinik-klinik swasta ketika memasuki trimester kedua untuk persediaan awal.

TANDA-TANDA MENGIDAP GBS:

  • Cairan vagina menjadi lebih kental, kehijauan dan busuk yang teramat
  • Vulva vagina terasa gatal teramat dan rasa seperti ingin mengaru sahaja
  • Vulva vagina juga berasa panas seperti terbakar
  • Rasa sakit dan perit ketika membuang air kecil dan ketika bersama dengan suami
  • Saluran vagina membengkak

punca bayi pramatang

RISIKO GBS SEMASA KEHAMILAN

  • Berlaku kelahiran pramatang seawal 24 minggu. Bakteria memasuki selaput amnion yang mengelilingi bayi. Ia akan menyebabkan selaput amnion itu bocor dan air ketuban pecah dan kelahiran berlaku. Bayi pramatang berkemungkinan besar akan mengalami kecacatan mental, kesukaran belajar dan buta.
  • Bayi meninggal di dalam kandungan akibat jangkitan

RAWATAN GBS:

  • Ambil pil antibiotik untuk mematikan kuman.
  • Sekiranya kelahiran semakin hampir, doktor akan memasukkan ubat peluru di dalam vagina atau suntikan antibiotik.
  • Elakkan memakan roti, donut, cakoi. Makanan ini mengandungi yis. Yis akan menyebabkan bakteria semakin membiak.
  • Ambil yogurt setiap hari kerana di dalam yogurt mengandungi bacteria baik iaitu Lactobacillus yang berperanan melawan bakteria GBS.
  • Elakkan bersama dengan suami pada waktu ini untuk mengelakkan keadaan semakin teruk.
  • Elakkan penggunaan pencuci wanita kerana ia akan mematikan flaura dan fauna bahagian premium
  • Jangan basuh vagina menggunakan teknik douching
  • Jaga kebersihan tempat premium

 

Jangan takut! Bakteria ini mudah di hapuskan dengan syarat ambil antibiotik yang diberikan dan ambil langkah-langkah pencegahan yang di cadangkan. Pendek kata jaga pemakanan, jaga emosi, jaga kebersihan dan banyakkan berdoa semoga proses kehamilan berjalan dengan lancar.