AYAM PANGGANG MEMANG ENAK TETAPI AWAS!

Assalamualaikum wbt. Siapa kat sini suka makan ayam panggang angkat kening! Ain salah seorang penggemar ayam panggang. Sedap di makan bersama sos cili dan bersama keluarga. Memang dah menjadi acara wajib Ain sekeluarga balik kampung je mesti buat barbeque atau bahasa mudahnya ‘bakar-bakar’. Ayam panggang kalau di makan panas-panas memang sedap.

makanan yang perlu dielakkan

Namun begitu terdapat unsur-unsur merbahaya yang berselindung di sebalik kesedapan ayam panggang tersebut. Tahukah korang makanan jenis panggang (berkerak hitam) adalah tinggi karsinogen? Apakah karsinogen? Karsinogen ialah salah satu bahan yang mengaktifkan sel kanser atau barah di dalam badan dan ia tidak bagus samada untuk wanita hamil atau orang yang tidak mengandung. Karsinogen juga di temui di dalam rokok. Katakanlah suami atau ahli keluarga kita tidak merokok di depan kita, tetapi kita gemar makan ayam panggang dan sate kesannya tetap sama dengan menghidu asap rokok. Dasyatkan?

ibu mengandung merokok

Walaubagaimanapun tidak lah sampai tidak boleh makan langsung. Boleh tetapi pengambilan makanan seperti ini tidak boleh selalu. Ia perlu bersifat sekali sekala. Namun begitu bagi melemahkan kesan karsinogen tersebut, korang boleh mengambil makanan yang anti-karsinogen seperti timun dan bawang merah untuk meneutralkan semula karbon tersebut. Sebab itu jika kita beli sate mesti ada bawang dan timun kan? Ini lah tujuannya.

Ain teringat juga semasa mengandungkan anak yang kedua, selalu sangat mengidam sate kajang Hj. Samuri tu. Setiap kali balik dari kampung mesti singgah kawasan rehat dan rawat (RnR) Dengkil arah utara bungkus sate kajang Hj. Samuri. Kuahnya sedap betul. Dan yang paling tak best timun dan bawang la. Tapi lepas Ain tahu tentang ini nampak kenalah ambil bawang buat ulam… (menangis-nangis makan bawang ni)..