SERONOKNYA BALIK KAMPUNG !!

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Malam….

Hujung minggu lalu Ain balik kampung mentua. Kitaorang join sama orang Kuala Lumpur dan orang Selangor cuti sempena Hari Wilayah dan Thaipusam. Jadi cuti pun panjang sedikit. Masa nak balik ke kampung pun jalan sesak. Memang Lebuh Raya Utara Selatan yang di Nilai ke Seremban arah selatan selalu jammed. Selalunya suami ikut Highway Felda Sendayan. Kurang sedikit kenderaannya.

Macam biasa bila balik kampung anak-anak yang paling gembira sebab dapat jumpa sepupu sepapat mereka. Sampai tak ingat makan. Asyik bermain je. Di rumah mentua Ain ni macam-macam binatang belaan ada seperti angsa, ayam, ayam belanda, itik, lembu, kambing semua ada. Bila balik je kampung itu yang di tuju. “Ibu nak nengok ayam”.. permintaan anak-anakku..
tidur

Bila masa tidur pula nak tidur bersama-sama. Perkara ini betul-betul mengingatkan Ain kenangan zaman kanak-kanak dulu. Memang sebiji macam anak-anak Ain buat sekarang ini. Cuma sekarang ni mereka tak bergosip lagi. Hehehe… Sekarang ini masing-masing dah berkahwin dan ada anak-anak sendiri dan duduk jauh susah sangat nak jumpa. Jumpa masa raya aje.
pantai puteri

Lagi satu tak sah kalau balik kampung tak pergi ke laut. Untunglah mereka ini sebab kampung kedua-dua atok dan nenek mereka tepi laut jadi tidak perlu habiskan minyak pergi jauh-jauh semata-mata nak mandi laut. Yang pasti derang gembira dengan setiap kali balik kampung sampai tidur pun keluar air liur basi. Penat sangat la tu..