SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGANDUNG LUAR RAHIM?

Masa mengandungkan anak yang pertama, pada awal kehamilan Ain rasa sakit sangat di bahagian kiri perut. Rasa macam ngilu-ngilu. Lantas diriku terus berjumpa dengan doktor untuk kepastian. Doktor telah melakukan ujian ultrasound yang agak lama. Perasaan risau yang amat! Dup.. dap.. dup.. dap.. Ain pernah tulis entry tentang kenapa saya mengandung luar rahim?.

Doktor cakap “Kandungan awak ok dan berada di tempat yang sepatutnya”.. Fuh , lega! “Tapi kenapa saya sakit perut doktor?” diriku bertanya. Doktor tanya ” Awak dulu pernah buat apa-apa pembedahan tak?”. Setelah berfikir-fikir saat diriku teringat semasa berumur 20 tahun Ain pernah melakukan pembedahan Appendiks tetapi perkara itu dah lama. Mungkin cantuman-cantuman daging tu masih belum pulih lagi kot. Andaian ku… Lalu doktor berkata……

Saya lihat kandungan awak ok dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan… cuma jika ada apa-apa pendarahan terus pergi ke Hospital ye…

Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan lancar. Kawan-kawan… jangan bersedih…. Allah ada. Meh Ain kongsikan kebarangkalian mengandung luar rahim itu akan berlaku di sebabkan beberapa faktor iaitu:

  • Pernah mengidap keradangan pelvis. Jangkitan ini akan menyebabkan parut di saluran tiub fallopio dan pergerakan ovum tersekat.
  • Pernah mengidap Endometriosis.
  • mempunyai sejarah kehamilan luar rahim sebelumnya.
  • Pernah melakukan pembedahan pada rahim atau tiub fallopio
  • Kecacatan pada rahim atau tiub fallopio
  • Pernah meletakkan alat pencegahan kehamilan seperti IUD
  • Berusia lebih 35 tahun keatas

Apakah rawatan yang biasa di lakukan doktor untuk merawat kandungan luar rahim?

Jika kehamilan luar rahim korang di kesan di peringkat awal, biasanya doktor akan berikan suntikan Metrothexate bertujuan untuk memusnahkan sel-sel ovum di dalam tiub fallopio. Walaubagaimanapun terdapat juga rawatan mengandung luar rahim yang tidak perlu buat apa-apa. Embrio itu akan keluar dengan sendirinya dalam bentuk pendarahan. Pada masa ini sangat penting pemantauan daripada doktor.

Kaedah yang paling berkesan dan popular selalunya doktor akan melakukan pembedahan untuk membuang tiub fallopio yang telah rosak. Ini akan mengurangkan pendarahan, kebergantungan kepada ubat tahan sakit dan tidak perlu tinggal lama di hospital.

Namun jika kandungan luar rahim di dapati pecah selalunya doktor akan melakukan Emergency Operation untuk menyelamatkan nyawa ibu bagi mengelakkan pendarahan.

Adakah ini akan menjejaskan tahap kesuburan saya?

Ya, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan peluang kehamilan. Selalunya jika seseorang pernah mengandung luar rahim kebarangkalian untuk mengandung luar rahim sekali lagi tinggi. Namun bergitu, korang jangan risau dan susah hati. Terdapat rawatan yang membantu korang mendapat zuriat sendiri iaitu:

Rawatan IVF

Rawatan IVF – Rawatan ini sesuai untuk wanita yang mempunyai tiub fallopio rosak. Doktor akan memberikan suntikan ransangan kepada ovari supaya telur dapat keluarkan. Kemudian telur yang di keluarkan dari ovari wanita akan di senyawakan bersama sperma di dalam inkubator selama 2-5 hari. Pada hari yang ke seterusnya ia akan di masukkan kedalam uterus wanita untuk proses penempelan/kehamilan. Walaubagaimanapu peratus kejayaan rawatan ini ialah 30%-50% sahaja. Kos rawatannya juga agak mahal iaitu anggaran RM 20,000.00 hingga RM 30,000.00.

Jiran Ain mempunyai masalah mengandung luar rahim. Beliau telah beberapakali menjalani rawatan IVF tetapi tidak berjaya. Tetapi akhirnya setelah 4 kali melakukan rawatan ini baru lah beliau berjaya melahirkan 2 orang bayi perempuan yang comel. Ketika itu umur mereka suami isteri 40an -50an.

Pada pendapat Ain la kan, kita usaha sebaik yang mungkin kerana anak, jodoh, kematian adalah rahsia Allah. Ada juga rakan sepejabat yang mengandung secara normal walaupun hanya tinggal 1 tiub sahaja. Pendek kata, bertabah la atas ujian yang diberikan dan berusaha sebaik mungkin.

Comments

  1. Ada juga yang tiada apa-apa risiko tapi mengalami kandungan luar rahim. Paling sedih bila lambat detect sebab lambat scan. Tau tau tiub falopio dah pecah. Sebab itu, bila tahu mengandung sebaiknya scan awal untuk tengok kedudukan bayi.
    Fyda Noh recently posted…Selesaikan Masalah Ibu Pening Kepala Kerana Bayi Terlalu Kerap MenyusuMy Profile

  2. selalu juga saya dengar orang mengandung luar rahim selamat..cuma ia memang berisiko…
    Kakiblog recently posted…Mencari Destinasi BlogMy Profile

  3. memang bahaya kandungan luar rahim ni apatah lagi kalau pecah boleh mengancam nyawa ibu…
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Bagaimana Nak Atasi Ruam Lampin Yang Teruk?My Profile

  4. okeh.

    belajar ilmu baru hari ini.

    hoho..
    titan recently posted…Sindrom Pinocio dalam dunia blogger.My Profile

  5. owh mcm tu ye..kalau benda yg org panggil cyst tu lak camne ek?
    JMR recently posted…Pertama kali jejak kaki di Malaysia.My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge