SELAMAT HARI LAHIR PERMATAHATIKU…

Assalamualaikum w.b.t. Pada 13 Mac yang lepas, genaplah 4 tahun permata hati Ain yang pertama lahir ke dunia. Pengalaman menunggu zuriat yang pertama memang penuh berliku. Disaat usia perkahwinan menjangkau 3 tahun baru kami suami isteri di kurniakan zuriat yang pertama. Memang agak lambat dari orang lain tapi biar lambat asal selamat. Sekurang-kurangnya mak bapaknya ini dah puas memadu kasih ke hulu ke hilir berjalan. Bila dah beranak ni baru lah reti menginap di rumah. Hehehe..

majlis hari lahir

Selalunya majlis hari lahir anak ni mak ayah yang lebih berbanding dengan anak-anak. Ye lah budak budak tahu seronok sahaja. Yang penting ada Ben10 ke, Upin Ipin ke, Spiderman ke derang dah seronok. Pada majlis hari lahir Jasmine yang pertama, Ain buat simple aje sekadar jemput keluarga terdekat dan buat sambutan di taska. Kiranya 2 kali sambutan la. Bab hadiah tu tak de lah over sangat. Yang penting kek kena super duper ohsem.

Bila dah sambutan hari lahir tu, mesti ada goodies untuk kawan-kawan Jasmine di Taska. Goodies tu bungkusan buah tangan. Kalau orang kahwin di panggil berkat. Selalunya barang-barang goodies Ain beli di GM Klang sahaja. Murah habis sebab boleh beli borong. Jadi budget untuk goodies anak-anak selalunya tidak pernah lepas RM 150.00 untuk 50 orang kanak-kanak. Jimat sangat..

hadiah harijadi

sekadar contoh

 

Hadiah yang Ain masukkan di dalam goodies ialah makanan dan mainan. Makanan Ain letak coklat, gula-gula dan air kotak manakala mainan pula Ain letak botol air ke, puzzel ke, mainan berlampu ke untuk buat kanak-kanak ni teruja. Seronok tau bila dapat gembirakan kanak-kanak. Yang paling seronok sekali Jasmine la. Masa dia umur 1 tahun dia tidak faham sangat tetapi bila dah masuk 4 tahun ni, dialah yang paling seronok. Siap tolong bungkuskan goodies untuk kawan-kawan sampai jam 1 pagi. Sampai lebam biji mata lah!

Yang buatkan ibunya terharu sangat ialah Jasmine cakap:

Terima kasih Ibu….

Oh… terasa mencair perasaan ku.. heheehhe. Dah la masa tu tengah bawa kereta. Perasaan melayang-layang… Pada saya jika ingin menyambut dan membuat majlis hari lahir untuk anak tiada masalah. Asalkan mengikut kemampuan. Orang zaman dulu tak de pon menyambut bagai majlis harijadi ni, orang sekarang sahaja… Bukannya apa mengikut retis. Hehehe

Comments

  1. Memang seronok bila sambut birthday anak ni lebih-lebih lagi di tadika . Kadang-kadang kita yang terlebih excited hihihi..
    Mek ila Jual Vitamin recently posted…Resepi Ikan Bakar Berkuah SimpleMy Profile

  2. Alahai…sweetnya Jasmine…Happy Birthday sayang..
    Ummu Hasni recently posted…10 Mitos dan Fakta Tentang KesuburanMy Profile

  3. Mesti seronok anak-anak bila buat sambutan macam ni, mak bapa pun tambah seronok bila anak siap ucap terima kasih macam tu kan.

    Semoga panjang umur, dilapangkan rezeki dan menjadi anak yang baik dan berjasa kepada ibu bapa, bangsa dan agama.
    Eizil recently posted…Nilai sebuah dakapanMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge