RESEPI ASAM PEDAS MELAKA SEDAP YANG BUATKAN MENTUA SAYANG KETAT-KETAT

Assalamualaikum w.b.t. Seperti sedia maklum, asam pedas adalah makanan rasmi negeri Melaka. Kalau pergi ke Melaka tanpa merasa asam pedas memang boleh mengigau malam-malam. Anak dara sebelum kahwin mesti pandai masak asam pedas. Kalau tak tahu kena belajar dengan mentua. Asam pedas juga makan kegemaran Ain. Hehehe… Tambahan pula tengah hot drama Asam Pedas untuk Dia di televisyen sekarang ni.

Bagi mempermudahkan korang nampak pandai masak asam pedas depan mentua, Ain nak kongsikan resepi asam pedas sedap ini. Tips korang nak di sayangi oleh mertua ialah pandai memasak.

asam pedas melaka

Bahan-bahan

  • 1 cm halia – dikisar
  • 1 cm kunyit- dikisar
  • Bawang putih – dikisar
  • Bawang merah- dikisar
  • Halba – 1 sudu
  • Air putih
  • Cili kering yang telah di kisar
  • Ikan parang paling sedap.. tapi kalau nak letak ikan lain boleh je
  • Air asam jawa/ asam keping 2 keping
  • Daun kesum 10 helai
  • 1 batang bunga kantan

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak masak di dalam periuk
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk hingga kekuning-kuningan
  • Masukkan pes cili kering yang telah dikisar dan garingkan
  • Masukkan air asam jawa/ asam keping
  • Masukkan air putih dan ikan
  • Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan
  • Apabila mendidih masukkan tomato, tunggu sekejap dan tutup api dapur
  • Tadaaaa!!! Dah siap…

Petua: Pastikan masa korang tengah masak, masak dengan kasih sayang. Kalau boleh masa masak tu nyanyi lagu dondang sayang.. mesti lagi sedap… hehee

Comments

  1. asal tak ada lacan ni uh…

    ikan parang sedap juga letak benda tau heee..
    suri recently posted…5 Panduan Elak Letih Ketika HamilMy Profile

  2. selalunya MJ akan tertinggal daun kesum, tapi belasah je buat asam pedas style sendiri hahaha. tapi hakikatnya dulu memang tak pandai buat asam pedas, sekarnag bolehlah sekadar nak isi perut keluarga sendiri, untuk jamu orang lain tak berani hehee
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Cerita Spray Rambut Prosante SuamikuMy Profile

  3. asam pedas ni antara makana feberet aku..hu3
    blogger lelaki recently posted…Duit Tak Boleh Beli MasaMy Profile

  4. baca entri ni, terus kecur air liur, makan asam pedas, kuah berladung, memanglah sangat best.

    lepas tu biarkan semalaman, panaskan dan kuah jadi pekat, makan laks dengan cucur bawang. owhhh nikmatnya kalau boleh layan macam tu.

    #telanairliur
    Eizil recently posted…Mee Tarik Warisan Asli – menu tradisi dari ChinaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge