RASA MACAM NAK MENANGIS BILA KAKI BENGKAK, SAKIT DAN PENUH URAT

Assalamualaikum w.b.t. Ini kisah kawan Ain yang menderita kaki bengkak ketika mengandung. Kesian beliau sebab kakinya sentiasa dalam kesakitan dan susah nak bergerak. Tambahan pula usia kandungannya memasuki hampir 30 minggu.

Biasalah bila dah masuk trimester ke 3 memang macam-macam masalah akan menjelma seperti kaki bengkak, sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi. Jadi Ain membantu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah kawan saya ini.

Kawan saya ini memang kerjanya banyak berdiri dan berjalan. Jadi tekanan di kaki lebih di situ. Istilah orang lama cakap simpul biawak, orang sekarang cakap Vena Varikos. Kaki beliau selalu kejang dan urat timbul di sekitar kaki. Kaki dah macam pokok akar kayu. Memang menggerunkan. Jadi apakah punca simpul biawak semasa mengandung ini?

Simpul biawak berlaku semasa mengandung kerana hormon yang di keluarkan oleh uri (plasenta) membuatkan urat mengembang. Tambahan pula injap menjadi rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi darah akan berkumpul di kaki dan tidak dapat mengalir ke jantung. Biasanya salur darah akan mengembang dan berwarna biru kerana warna hemoglobin darah yang kekurangan oksigen.

Sebab lain pula kerana saiz rahim yang semakin membesar dan berat semakin menekan bahagian bawah seterusnya menghalang darah naik keatas. Ritma injap lama-kelamaan menjadi kekal dan meyebabkan ia terkumpul di kaki.

Antara tanda-tanda yang sering berlaku pada pesakit simpul biawak ini ialah:

  • Kaki membengkak dan selalu kekejangan.
  • Kelihatan urat-urat yang berwarna biru timbul di kaki.
  • Kudis di bahagian kaki susah nak baik.

Komplikasi yang akan berlaku kepada ibu mengandung ialah:

  • Jangkitan kuman pada saluran darah
  • Pendarahan berlaku dan boleh membahayakan nyawa

Kaedah rawatan yang boleh membantu ialah:

rawatan simpul biawak

  • Pakai stokin khas untuk pesakit simpul biawak. Sekarang ini macam-macam jenis stokin yang ada di pasaran. Korang boleh cari di farmasi.
  • Kurangkan berdiri terlalu lama
  • Apabila berehat, tinggikan kaki.
  • Membuat senaman yang melancarkan peredaran darah ke kaki seperti mengayuh basikal dan berjalan kaki.
  • Penggunaan ubatan seperti Dafilon yang memberikan ketahanan kepada sakur sarah dan mengecutkannya. Ubat ini selamat di ambil oleh ibu hamil.

Jadi korang yang mana ada masalah macam ini boleh cuba kaedah rawatan di atas. Selamat mencuba!

Comments

  1. Memang nampak bengkak kalo orang mengandung selalu.. tapi kalo yang jenis tahan.. memang xkisah punya.. hehe
    Aretikz recently posted…Kalau Aku Jadi Food BloggerMy Profile

  2. alhamdulillah setakat ni MJ belum pernah lagi kena simpul biawak masa mengandung..tp kalau kena tu memang sakit orang kata
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Bila Suami Merokok, Isteri Mula Merajuk, Kesihatan Bayi MerosotMy Profile

  3. selalu kena urut kaki wife masa dia mengandung dulu
    blogger lelaki recently posted…Mykad Smart Shopper AppsMy Profile

  4. Sedih lihat situasi ini salah satu pengorbanan ibu. Semoga kesihatan kembali pulih seperti biasa.
    adarain recently posted…Review The Last Naruto The MovieMy Profile

  5. bab bengkak ni..

    memang jangan wat memain. bahaya beb.
    titan recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

  6. macam tu rupanya kenapa benda ni berlaku, baru tahu… 😀 semoga kalau wife mengandung nanti dan ada masalah macam ni, dah tahu penyelesaiannya
    Eizil recently posted…Mee Tarik Warisan Asli – menu tradisi dari ChinaMy Profile

  7. Masalah urat simpul? In sha Allah compression stocking boleh membantu. Ia melegakan kaki yg bermasalah dan seterusnya melegakan kaki. Bagi mereka yg tidak bermasalah, compression stocking mencegah urat simpul dari terjadi dan bg yg telah mengalaminya compression stocking mencegah menjadi lebih teruk.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge