PERLUKAH MENGHADIRI KELAS ATENATAL?

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi,

Ain teringat masa mengandungkan anak yang pertama, Ain dan suami di minta oleh doktor untuk pergi ke kelas atenatal anjuran hospital tempat yang bakal Ain bersalin. Kelas Atenatal itu di adakan pada hari Sabtu/Ahad. Kebanyakkan kelas Atenatal yang dianjurkan oleh hospital adalah percuma tetapi ada juga yang di kenakan bayaran tidak lebih RM 100.00. Biasanya masa yang paling sesuai untuk menghadiri kelas atenatal sekitar 8-10 minggu sebelum kelahiran.

kelas ibu mengandung

Apakah yang di pelajari di dalam kelas atenal? Di dalam kelas atenatal, Ain pelajari banyak perkara seperti senaman ibu mengandung, senaman untuk memudah proses bersalin, cara menjaga kesihatan semasa hamil, cara urutan ibu hamil dan cara pengurusan bayi. Sebagai ibu yang mengandungkan anak yang pertama, pengalaman menghadiri kelas atenatal ini sangat membantu. Disamping itu dapat juga mengurangkan rasa takut untuk menghadapi proses bersalin kelak.

Ain juga berkongsi cerita dengan ibu-ibu lain. Setiap orang mempunyai masalah kehamilan yang berbeza dan masing-masing takut nak bersalin termasuk lah diri ku… hehe.

Pada pandangan Ain memang sangat penting untuk menghadiri kelas atenatal ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan sokongan emosi. Biasanya kelas atenatal mengambil masa hanya 3-4 jam sahaja. Jadi korang boleh luangkan masa menghadiri kelas ini samada mengambil cuti atau pergi semasa hari minggu.

Selepas Ain menghadiri kelas atenatal dan amalkan kaedah senaman kehamilan yang diajar baru lah rasa lega dan badan pun ringan sedikit. Ye lah bila dah masuk trimester yang terakhir masalah kaki bengkak, sakit pinggang, keletihan mula menjelma. Bila bersenam tu aliran darah pun berjalan dengan lancar.

Seelok-eloknya pergi ke kelas atenatal ini bersama pasangan sebab memang ada aktiviti yang melibatkan kedua-dua pihak dan suami boleh ambil tahu tentang kehamilan isteri. Jadi korang sila lah merajinkan diri untuk menghadiri kelas atenatal. Tak rugi pun kalau pergi sebab macam-macam ilmu baru yang bakal di pelajari.

Comments

  1. mak jemah tak pernah pergi kelas antenal ni..kesian kan?
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Ankyloglossia Atau Tongue Tie Punca Bayi Sukar Menyusu?My Profile

  2. ya..memang bagus juga kalau ada kelas begini…sekurang-kurangnya ada ilmu untuk menghadapi saat sukar bersalin nanti..
    Hero Borneo recently posted…Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan (2)My Profile

  3. saya tak join pun kelas nie
    blogger lelaki recently posted…Tips Mendidik Anak LelakiMy Profile

  4. tak pernah terlibat dgn kelas ni….dari anak 1 sampai 3….hihi
    jaymiee recently posted…Apa itu Mobicow?My Profile

  5. memang perlu hadir, nak dapatkan feel sebagai seorang ibu.
    Ikhwan Fahmi recently posted…Dr MAZA Menulis Islam Dan Merotan AnakMy Profile

  6. untuk kaum ibu yang tiada pengalaman, perkongsian kelas ini akan membantu mereka menghadapi proses bersalin dengan mudah.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge