PENGALAMAN PERTAMA BILA DI SAHKAN HAMIL… YABEDABUDUUU!!!!

Assalamualaikum w.bt. Pada malam yang syahdu ini secara tiba-tiba Ain teringat bila pertama kali melihat pregnancy kit double line dan di sahkan mengandung. Bagai berada di awang-awangan. Sebenarnya Ain dan suami dah menunggu hampir 2 tahun setengah untuk mendapat zuriat. Ain di sahkan oleh doktor rahim terbalik jadi peluang untuk hamil tu sedikit. Tapi bila Allah kata dah rezeki tak kemana pun. Alhamdulillah.

Pertama kali mengandung

 

Ok berbalik pada pengalaman pertama Ain di sahkan mengandung, masa tu saja-saja je test sebab dah lewat 4 hari. Kot-kot ada kejutan di pagi hari. Tidak mengharapkan apa-apa pun sebab dah banyak kali kecewa. Perasaan dah kebal. Lepas sejam buat ujian kehamilan nak pergi mandi. Sebenarnya dah lupa pun pasal pregnancy kit tu. Sekali nengok Double line! Fuh, rasa macam mengigau pun ada jugak.

Terus kejutkan suami masa tu tengah mamai bangun tidur. Menitis air mata kami. Ye lah tak tersangka seawal begini. Ada yang smpai 5-10 tahun tunggu nak dapat anak. Pagi tu terus pergi jumpa doktor dan doktor sahkan usia kand ung baru 5 minggu. Alhamdulillah…

Ain nak pesan kalau korang rasa sangat tertekan dengan karenah orang ramai yang asyik tanya ” Bila nak ada anak?” Just ignore je. Senyum sambil cakap “Insyallah tahun depan saya mengandung.. doakan saya”. Setiap kali orang tanya saya, skeme jawapan seperti di atas akan di berikan. Tidak perlu marah-marah atau stress bila orang tanya. Bila kita stress lagi susah nak lekat. Hormon Progesteron dan estrogen tak stabil.

Jadi bila orang tanya je sila jawab sambil tersenyum! Ucapankan doa….

Comments

  1. Setiap yang pertama pasti mengujakan…
    BM recently posted…Alexa Traffic Rank Blog 2014My Profile

Trackbacks

  1. […] Setiap wanita yang menunggu kehadiran cahaya mata pasti gembira rasa macam nak melompat-lompat bila lihat pergnancy kit double line macam Ain dulu seronoknya ya Allah! Hehe.. Ain menterjemahkan kegembiraan itu melalui entry Pengalaman Pertama kali di sahkan hamil.. yabedabeduuu!! […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge