PENGALAMAN NGERI CABUT GIGI SAMPAI TAK BOLEH TIDUR

Assalamulaikum w.b.t. Beberapa hari yang lepas Ain ada buat entry tentang sakit gigi – selamatkah ibu mengandung cabut gigi. Entry itu di tulis di sebabkan pada waktu itu Ain juga mengalami sakit gigi. Sambil-sambil tunggu nama di panggil sambil tu update la entry.. Tak delah melangok je tunggu doktor. Hari ini datang appointment untuk cabut gigi di tetapkan.

Perasaan? Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini. Perasaan ini kalah macam nak bersalin tau. Sakit bersalin secara pembedahan itu tiadalah sakit sangat. Sakit gigi ni lagi sakit. Itu lah apa yang Ain fikirkan. Ain memang betul-betul takut cabut gigi. Apabila nama di panggil lagi lah berdebar jantung. Nasib baik doktornya serius happening. Beliau ramah tamah, pandai berborak dan boleh menenangkan perasaan pesakit. Jadi tak de lah takut sangat. Bila doktor keluarkan ragum tu terus menggigil. Kalau cabut gigi masa mengandung ni mesti beranak masa tu juga.

Masa doktor berusaha cabut gigi tu dah rasa macam bertukang rumah kat dalam mulut ni. Dah goyang inul tetapi gigi masih lagi tidak tercabut. Doktor cadangkan buat xray. Ain pun ok jer. Janji semuanya selamat. Apabila dapat sahaja keputusan imbasan xray, doktor sangat terkejut kerana terdapat cyst di dalam gusi. Aik? Bukankah cyst selalunya ada dalam rahim ke? Bila dengar perkataan cyst ni tetiba seram je.

gigi

Gambar hiasan

 

Doktor menerangkan cyst di mulut terjadi kerana terdapat pembengkakan berlaku tetapi tidak rawat dengan betul dan berlaku jangkitan. Dalam kes Ain ini sakit gigi ni memang dah lama tetapi sebab penakut punya pasal sanggup ambil PANADOL ACTI-FAST  untuk hilangkan sakit. Akhirnya tempat yang sakit tidak di rawat dan jadi pula cyst. Bahaya juga kan?

klinik gigi

Dengan segeranya doktor membuat surat sokongan untuk di hantar ke Jabatan Bedah Mulut, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk di keluarkan cyst kerana mereka mempunyai peralatan yang mencukupi. Lagi sekali kena xray mulut secara keseluruhannya. Lepas xray tu terus rasa kepala sengal-sengal. Rasa bengap pon ada. Rasa macam sel-sel otak mati pon ada.. Adoii la..

Apabila di teliti keputusan xray tersebut doktor mengesahkan itu adalah perkara biasa dan ia tidak membahayakan. Hah! Pulak dah.. mana satu betul ni. Malas dah nak fikir macam-macam proses pencabutan gigi bersambung kembali. Kali ini doktor gigi yang cabut gigi agak kuat sikit. Bukan setakat goyang gerudi dah macam kena korek dengan jentolak dah… huhu.. rasa macam nak menangis tetapi tetap control ayu depan doktor. Beranak dah 2 kali tak menangis, ni baru cabut gigi sebatang dah luruh air mata. Buat malu kaum je.. huhuhu…

ubat sakit gigi

Alhamdulillah semuanya selesai setelah mengalami pengalaman yang mengerikan. Doktor memberi perskripsi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Antibiotik tu Ain makan tetapi ubat tahan sakit tu tak la sebab ubat tahan sakit tu kan ada side effect nya. Kalau sakit sampai berguling-guling tu baru makan. Ni setakat sakit-sakit biasa masih boleh di tahan lagi. Sebenarnya dah lama Ain tidak makan ubat. Sekali kena makan ubat rasa macam kena cekik..

So korang yang dah lama menderita sakit gigi, sila lah berjumpa dengan doktor gigi. Takut ada penyakit yang bukan-bukan menginap di dalam mulut tu. Secara dasarnya memang menakutkan jumpa doktor gigi ni sampai masa tidur pon boleh terasa segala peralatan tu di dalam mulut tetapi tahukah korang kebanyakkan kuman di dalam badan kita datangnya dari mulut? Sebab itu dalam Islam itu sendiri di sunatkan berkumur-kumur atau bersiwak setiap kali mengambil wuduk dan bersolat.

Comments

  1. Uhuu….bahayanya ain…lain kali kalau sakit gigi, terus pi check-up tau. Kan dah kena cyst dalam mulut. Hope cepat sihat tau ain.
    ummi tokei vitamin recently posted…Kenalpasti Waktu Subur untuk Tingkatkan Peluang HamilMy Profile

  2. Tak pernah dengar ade cyst kat gigi. Tapi apapun syukur alhamdulillah Ain takde apa yang serius. Sakit gigi memang kebanyakan orang tak suka kerana sakit yang tak tergambarkan. Moga kita smeua dapat menjaga gigi dengan baik agar sihat dan kuat.
    nila anggraini recently posted…Betulkah Bapa Boleh Menyusukan BayiMy Profile

  3. Sakit gigi memang buat kita sengsara. Mek ila pun dah pernah rasa. Moga ain cepat sihat seperti sediakala.
    Mek Ila Jual Vitamin recently posted…9 Tips Untuk Ibu Hamil Tidur Lebih LenaMy Profile

  4. Sakit gigi juga yang tak boleh lawan dengan sakit yang lain..Pernah dulu cabut 1 batang gigi, lepas habis ubat bius….fuhhh tak tahulah sakit amat sangat..Orang yang pernah aje yang merasa…Jadi jagalah gigi anda selagi ada…
    SaniYunus recently posted…Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.My Profile

  5. aku yang bac ani pun rasa sakit..hahaha..aku memang tak pernah cabut gigi
    blogger lelaki recently posted…Jom Mengundi MSMW2015, Undi adalah RahsiaMy Profile

  6. Rasa macam sakitnya tuh disini terus kat gigi.. sal banyak gigi yang perlu dicabut ni.. huhu
    Aretikz recently posted…The Chronicle Of Gunting KukuMy Profile

  7. minggu kedua kena jumpa doc adoi kena jumpa tampal gigi uh..ada juga gusi timbul gelembung rasa ok jer tapi kalau suruh xry reda jelah sis heee
    suri recently posted…Mudah Jahit Sarung Bantal Dewasa, Bayi Dan Kanak-KanakMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge