PENGALAMAN AKU BUAT BUKU MERAH IBU MENGANDUNG DI HOSPITAL KERAJAAN

Rata-rata ibu mengandung anak pertama akan pergi ke Klinik Kerajaan atau Klinik Desa untuk membuka Buku Merah/ Pink ibu mengandung termasuklah diri Ain sekali. Pengalaman pertama yang mengujakan! Hehehe..

Ain dulu tidak tahu dimana Klinik Desa di kawasan Ain ni sampai pergi ke Hospital Sungai Buloh tanya mana Klinik Desa yang paling dekat dengan kawasan rumah. Selalunya untuk Pemeriksaan atenatal , ibu perlu pergi ke Klinik Desa yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal.

Klinik kesihatan Ibu dan anak

Jadi kami suami isteri menjadi Lone Ranger di dalam hujan mencari Klinik Desa. Nasib baik kebetulan ada kakak ipar kawan tahu dimana Klinik Desa tersebut. Fuh!

Maka dengan penuh bersemangatnya diriku pergi ke Klinik Desa untuk membuka buku merah seperti hari yang di tetapkan. Nak buka buku merah ini ada hari-harinya ye… bukan hari-hari. Sebelum pergi menyerah diri baik telefon dulu. Sebaik sahaja sampai di sana, Ain diminta oleh nurse supaya mengisi sendiri butiran peribadi di hadapan buku merah sambil menunggu nombor giliran.

Oh ya! Masa yang paling sesuai buat buku merah ialah usia kandungan 10 minggu keatas.

Antara dokumen yang korang kena bawa siap-siap ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan suami isteri (kecuali ibu tunggal tidak perlu membawa salinan kad pengenalan suami)
  • Sijil Nikah
  • Bil Elektrik rumah
  • Surat rujukan doktor (jika ada)

Sementara nak tunggu nama di panggil nama oleh doktor, kami ibu-ibu mengandung yang dah separa comel (akibat menunggu lama) ni di minta mengambil sampel air kencing. Beratur ye..

Klinik Desa disini memang sesak jadi terpaksa redha beratur panjang. Bila dah dapat sampel air kencing itu, mak-mak kena tunjukkan kepada nurse dan nurse akan meletak kit ujian pengesahan kehamilan dan kit ujian buah pinggang untuk mengesan samada ada kencing kotor atau tidak. Oh ya! Nanti bekas tadahan air kencing tu kena basuh sendiri ye untuk kegunaan ibu-ibu lain.

Bila dah settle ujian air kencing tu, saya diminta untuk timbang berat badan, ambil tekanan darah dan di temuramah samada ahli keluarga ada sakit-sakit tertentu seperti kencing manis, darah tinggi atau apa-apa sahaja supaya mereka boleh tampal pelekat berwarna di bahagian atas buku merah sebelah kanan. Jadi saya tak lepas sebab keluarga memang ada sejarah kencing manis. Jadi kena lah pelekat warna hijau.

Dah lepas bab tu, saya kena ambil darah untuk mengetahui keadaan Hemoglobin Blood (HB) di dalam badan. Alhamdulillah semuanya ok! Bahaya tau jika HB rendah. Nanti saya terangkan kenapa HB rendah bahaya. Bila masa bertemu dengan doktor, dia cuma beritahu supaya jaga makan sebab saya ada sejarah kencing manis, kalau ada pendarahan cepat-cepat datang hospital dan lain-lain. Masa ini tak scan lagi. Biasanya jika Klinik Kerajaan akan Scan apabila usia kandungan 20 minggu tetapi bukan semua Klinik Kerajaan ada kelengkapan ultrasound. Saya juga di bekalkan 30 biji Obimin yang perlu di makan setiap hari.

Dan bergitu lah bulan-bulan seterusnya. Pemeriksaan di lakukan sebulan sekali. Apabila kandungan masuk ke 37 minggu baru lah di wajibkan membuat pemeriksaan seminggu sekali. Tetapi saya tak sampai 37 minggu pon buat pemeriksaan di Klinik Kerajaan sebab memilih bersalin di hospital swasta secara pembedahan. Nanti saya cerita lah ye… tunggguuuuu…

Walau apa pun… sepanjang saya berususan dengan kakitangan Klinik Kerajaan/ Desa mereka semuanya baik-baik.. tidak marah-marah.. janji bila kita bercakap dengan mereka, bercakaplah dengan senyuman.. Insyallah lembut lah hati derang dari nak marah kita… 🙂

Comments

  1. belum ada pengalaman buat kad merah.

    bini dah kot. haha
    titan recently posted…12 Kebaikan Hisap RokokMy Profile

  2. Perkhidmatan klinik desa, klinik kerajaan, hospital kerajaan, sekarang sudah banyak berubah. Kakitangan lebih mesra dan peramah. Mereka mudah membantu. Mungkin hanya di tempat yang sesak sahaja layanan kurang memuaskan, almaklumlah, tekanan kerja yang mereka hadapi dengan kesibukan sebegitu.
    azwans recently posted…Penakrifan Semula Ibu Tunggal; tiga kategori ibu tunggalMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge