MELAKAR CINTA DI PANTAI PULAU PANGKOR

Assalamualaikum wbt. Tajuk entry ini memang tidak menahan dan jiwang karat habis. Ye lah bercuti bersama suami dan anak-anak tu kan salah satu proses memupuk cinta… Salah satu sebab Ain terpaut hati dengan Pulau Pangkor ni sebab lautnya cantik… saujana mata memandang di samping deruan angin laut yang menderu. Pada hari kedua trip ni selesai sarapan pagi dan buat projek masak memasak, kami sekeluarga buat keputusan nak pergi ke island hopping. En. Suami sewa satu bot terus. Katanya kalau campur ramai-ramai nanti takut tidak selesa. Ye lah dengan bawa anak kecil lagi. Harga sewa bot untuk island Hopping di Pulau Pangkor ni RM 150.00 sahaja. Macha ensem akan bawa Ain sekeluarga jalan-jalan pusing pulau, bagi ikan makan dan berenang. Ain tidak memilih snorkelling sebab Ain tak pandai berenang. Jadi Ain memilih untuk berendam di pantai yang cetek je lah.

tempat percutian yang menarik untuk keluarga

Jasmine menangis ketakutan

Anak-anak la yang paling takut sekali bila naik speed boat tu. Melambung-lambung bila di pukul ombak. Emaknye ni saja je buat muka ganas padahal dalam hati kecut! Jasmine dan Zafri masa mula-mula naik speed boat menangis dan melalak sakan  sebab ketakutan. Lama kelamaan setelah di pujuk derang jadi ok. Tertidur ada juga sebab kena angin laut. Bila sampai tempat bagi ikan makan tu, macha ensem bawa boat tu bagi kat budak-budak ini roti untuk bagi ikan-ikan makan. Kemain seronok lagi mereka. Dah selesai bagi ikan makan, kitaorang pergi ke pantai tempat berenang. Cetek jer air nya. Kalau anak-anak nak berenang memang tidak takut la. Malangnya Jasmine dan Zafri tidak mahu berenang. Malah lebih teruja nak bermain pasir. Peralatan main pasir semuanya dah dibawa. Kami habiskan masa di sini lebih sejam. Puas jugalah berenang dan berendam disini. Sampai nak pengsan jugalah Ain di buatnya. Balik bila sampai di resort terus makan dan tidur. Tidur mati tau! Masing-masing penat sangat tu..

bercuti bersama keluarga

Aktiviti di petang hari lebih kepada santai. Kami mandi kolam je. Dah tak larat nak berjimba ketempat lain. Tapi hairan juga bila nengok anak-anak ni derang tak penat ke? Sebab derang bermain macam tak penat-penat. Kesudahnya Ain yang surrender. Makan malam pula, kami makan di Teluk Nipah. Teluk Nipah ni tempat makan dan jual barangan cenderahati. Harga untuk 4 orang makan lebih kurang RM 100++. Makan ketam 2 ekor, kerang bakar 1 mangkuk, udang dan ikan siakap tiga rasa. Mahal tapi tutup mata. Fikir kita tengah makan di secret recipe je ni.  Untuk pengetahuan korang, rata-rata kedai makan kat sini kebanyakkannya tiada tandas. Jadi mana yang ada anak kecil tu suruh derang membuang apa yang patut dahulu. Orang dewasa pon sama. Kang tak pasal-pasal kena melepas kat tepi laut je.. Kalau rasa nak cuba pengalaman baru boleh la cuba.. cuma pandai-pandai la menyorok kat belakang batu ye.. hahahaha

Nak baca pengalaman hari pertama di Pulau Pangkor? Klik sini Hari pertama di Pulau Pangkor

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge