MASAKAN SELERA KAMPUNG DI HOT PINDANG KITCHEN, SHAH ALAM

Assalamualaikum wbt. Sebut pasal makan, masa sakit gigi pun rasa lapar. Alhamdulillah sakit gigi sudah beransur pulih. Cuma masakan yang panas-panas kena tunggu dulu la. Jadi bila dah rasa lapar sudah tentu lah kena makan. Ain ni kalau tengah lapar memang tak pandang kiri kanan. Secara kebetulan 3 minggu lepas Ain melawat bapa saudara di KPJ Specialist Hospital, Shah Alam. Balik dari melawat tu perut bernyanyi-nyanyi pula lalu ajak Mr. Hubby singgah makan dulu.

Abang, restoran mana yang mana sedap kat area ini? Lapar lak..

Hurm.. ok jom kita terjah restoran ni.. nama dah tak ingat…

Restoran ni dulu Mr. Hubby selalu lepak dengan kengkawannya lepas habis waktu pejabat. Sekarang ni dah berkerja tempat lain jadi jarang la nak singgah sini. Nama restoran ini ialah Hot Pindang Kitchen. Apabila sampai sahaja tempat parking di hadapan restoran, Ain tertarik dengan konsep ala kampung restoran ini. Teringat masa kecil-kecil dulu di kampung makan di depan beranda siap dengan atap nipah. Masa Ain sampai ni orang tengah tak ramai sekitar jam 6 petang gitu.

restoran hot pindang

Keadaan agak selesa sikit dengan nak melayan karenah anak-anak syurga ni. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, pelayan memberikan senarai menu makanan. Rasa macam nak order je semua sebab semuanya nampak sedap. Tapi perut kecik je. Hehe..

asam pedas hot pindang

Saya macam biasa orang melaka piau asam pedas ikan tenggiri berpisah tiada. Rasa macam dapat terbang ke Melaka sahaja. Kalau nak ikutkan asam pedas nya ni ok-ok je. Boleh la mengubati kerinduan pada emak di kampung. Setiap set di sertakan ikan masin/telur masin dan sambal belacan/keropok ikan.

masak lemak cili padi hot pindang

Pilihan Mr. Hubby pula daging masak lemak cili padi. Kuahnya agak pekat dan pedas. Kalau cair sedikit mesti sedap berganda. Lain orang lain citarasakan?

masak pindang hot pindang

Anak-anak mereka makan kuah pindang. Rasanya agak pedas dan masam sikit. Buat hirup-hirup sedap. Kalau tengah demam tiada selera makan boleh cuba masakan ini. Jasmine dan Zafri tak makan pedas jadi Ain hanya beri ikan masak pindang dan nasi putih berserta kentang tersenyum.

air hot pindang

Bab air, cawannya itu agak mengelirukan samada botol atau cawan. Hahaha… canggih sangat! Jasmine tanya “Apa ni ibu?” ” Ni botol orang buat cawan.. Uncle ni kreatif tau.. hahahah.. ¬†Fresh orange ais minum tatkala tengah panas memang asyik!!

Oh ya! Restoran ini ada menyediakan perkhidmatan katering tau. Kot-kot nak buat buat majlis jamuan hari raya boleh la panggil derang. Ni FB Hot Pindang Kitchen. Jadi korang sesambil pergi ke Shah Alam tu boleh la menyinggah di restoran ini. Restoran ini agat tersembunyi sedikit. Ia berada di hadapan Hotel Concored Shah Alam, di dalam taman perumahan. Alamatnya:

Hot Pindang Kitchen Shah Alam

No. 13, Jalan Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor

Comments

  1. Waduh…dah la sedang kelaparan baca entri ain ni. Harga macam mana ain? Ok dak?
    Ummi Tokei Vitamin recently posted…11 Tanda-Tanda Mudah Mengesan Waktu Subur AndaMy Profile

  2. terliur tengok asam pedas ikna tenggiri tuh
    blogger lelaki recently posted…40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1)My Profile

  3. Kecur air liur tengok..semua nampak sedap2..
    zara recently posted…5 Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Yang Sedang Anda JalankanMy Profile

  4. Hem, enak tu umi……
    ihsan recently posted…Website Belanja Online Jujur Dan TerpercayaMy Profile

  5. wah ini kalau makan mahu singgah sekali lagi ni heee..sedap dan jamu mata sungguhh ya
    suri recently posted…Bukan Zombi Manfaat Derma DarahMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge