KISAH KOPI DAN SUPERMAMA YANG RAJIN BERZUMBA

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain di pejabat agak sibuk sikit dengan tugasan yang perlu disiapkan dengan cepat. Nak makan pun sampai tercekik-cekik la orang cakap. Nasib baik kurma coklat Yussuf Thaiyoob menjadi peneman untuk penambah tenaga.

Macam biasa rutin harian Ain balik pejabat terus ambil anak-anak di taska. Perjalanan dari pejabat ke rumah hampir sejam setiap hari menyebabkan Ain dah lali. Penat? Amende tu? Nama sejenis rumput ke? Hahaha.. Jadi isteri, ibu dan perkerja memerlukan Ain tenaga tambahan untuk menggalas peranan itu.

abang kopi

Sampai dirumah saja, nampak bungkusan parcel pos laju atas meja. Buka sahaja.. wah! Ada kopi lah… Untuk pengetahuan korang Ain ni memang penggemar kopi sejak mengandung anak yang kedua tetapi tiadalah sampai hari-hari nak minum kopi.

Ain suka bau kopi. Harum sangat! Perisa kopi yang menjadi kegemaran Ain ialah Caffe Mocha iaitu campuran kopi dan coklat. Lebih-lebih lagi jika di buat ice blended.. memang mengiur untuk secawan kopi yang menggoda.

Tapi bila dah balik kerja ni nak cepat tiada masanya nak ber blended bagai.. Nak kerja senang.. koyak dan kacau. Penyelesaiannya kopi 3 in 1 mudah dan ringkas..

abang kopi

Oh ya kopi parcel itu daripada Abang Kopi (bila masa pula kopi ada keturunan manusia?) Hahaha… Tidak.. beliau adalah penggemar kopi unggul dan nak share tentang kebaikan kopi. Akibat tertarik dengan kopi beliau saya meminta beliau pos kan kepada saya untuk turut menikmati kesedapan kopi tersebut.

Rasa yang pertama….. sedikit pahit dan sedap. Boleh feel la kalau duduk sensorang tepi beranda. Kopi yang digunakan adalah kopi Arabica yang di kenali memang sedap. Fuh! Terangkat juga kopi ni. Lepas sahaja berkopi-kopian, Ain sepantas kilat beraksi di dapur untuk makan malam.

Siap sahaja aktiviti masak memasak, tetiba rasa nak berzumba.. Jadi layan zumba dengan anak-anak.. Berpeluh-peluh kau! Macam lari marathon peluhnya tu. Rasanya kopi itu salah satu penambah faktor peluhan itu. Ye lah kopi kan panas dan boleh meningkatkan metabolisma jadi keinginan memiliki tubuh ibarat Angelina Jolie itu semakin menjadi kenyataan.

Jadi korang sebelum bersenam atau berzumba elok lah pekena kopi dulu ya.. nak lagi senang terjah je blog Abang Kopi dan order terus kopi… hehe.. slurrrrp!

Comments

  1. amboi seronoknya ain lepas pekena kopi berzumba pula..pasti slim melim lepas ni..
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Bukan Sebarang Kopi: Ini Kopi Abang KopiMy Profile

  2. hu3..kalau saya lepas pekena kopi rasa nak tidur..macam mana pula tu…hahaha
    blogger lelaki recently posted…Rezeki Itu Bukan Sahaja Milik KitaMy Profile

  3. Kalau bab kopi.. saya memang serender minum start lewat petang.. takut tak tertidur nanti malam.. haru biru.. hehe
    Aretikz recently posted…Tips Mencari Dan Menjadikan Lelaki Pendengar Yang BaikMy Profile

  4. Sekarang ni saya layan kopi kurang-kurang dua kali sehari, memang dah jadi tabiat. cuma biasa bancuh kopi pekat kurang manis. Tak elok plaks kalau minum manis jer manjang kan.

    Rajin ain berzumba bagai ya dalam sibuk-sibuk tu.
    Eizil recently posted…Nilai sebuah dakapanMy Profile

    • nurainie says:

      Hari-hari minum manis boleh kena diabetis usia muda.. Yang sebenarnya kopi yang sedap ialah kopi yang pahit dan kaw.. kalau manis dah rasa lain macam..

      Zumba boleh release tension dan badan pun sihat.. eizil boleh cuba ya.. hehehe..

  5. bak sikit sepuluh sachet kopi tu.

    ngantuk benar dah nih..
    titan recently posted…Lu Pandai tulis tulisan jawi tak?My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge