KENDURI KAHWIN ORANG MELAKA MEMANG HAPPENING!

Assalamualaikum w.b.t. Jika korang mengikuti blog ini kebanyakkan entry Ain memang banyak tentang Melaka. Dah memang orang Melaka jadi haruslah cerita tentang Melaka secara berlebihan… hahaa.. Walaupun menetap di Selangor, Melaka tetap di hatiku (mohon jangan terasa).

sanggul lintang melaka

Hari ini Ain nak cerita tentang majlis kahwin orang Melaka. Sebenarnya cara perkahwinan orang Melaka ini ada macam-macam perkara. Antaranya:

Berandam (Mengandam)

Mak andam datang kerumah seawal 2 hari sebelum majlis berlangsung dengan tujuan untuk menaikkan seri pengantin. Mak andam akan memotong sedikit rambut di dahi dan dimasukkan ke dalam buah kelapa yang ditebuk bersama beras, sirih kapur dan lain-lain lagi (tak ingat lak). Pantang larang selepas mengandam ini ialah tidak boleh melihat cermin sebelum hari majlis langsung. Biasanya mak andam ‘orang lama’ akan melakukan upacara ini. Mak andam sekarang kebanyakkannya tidak mengamalkannya. Ain tahu pun sebab mak saudara suami memang tukang andam purbakala dulu.

Malam Berinai Kecil

Masa ini pengantin lelaki dan pengantin perempuan berinai bersama. Yang membezakan pengantin lelaki berinai di serambi, pengantin perempuan berinai di tengah rumah diatas pelamin.

Marhaban

Marhaban atau khatam al-Quran di adakan sebelum majlis pernikahan untuk memberkati pasangan mempelai di samping mendoakan mereka bahagia hingga akhir hayat.

Majlis Nikah

Biasanya majlis pernikahan di lakukan di sebelah malam atau lepas asar mengikut kesesuaian masa dan pihak pengantin. Mas kahwin negeri Melaka ketika ini RM 80.00. Jadi kena siap-siap standby duit. Selalunya pihak pengantin akan hias cantik-cantik di bahagian hantaran. Nak bagitau tips ni, kalau korang bagi mas kahwin dalam bentuk emas kan, WAJIB ada resit beli emas tu ye sebab nak tunjuk kat tok kadi dan ketua kampung. Takut sebarang penipuan berlaku. Jangan seram sudah!

Mandi berhias

Masa Ain kecil-kecil dulu selalu nampak pengantin yang nak kahwin mandi bersama di serambi atau pelantar (opkos pakai baju la) mengadap keluar pintu rumah. Zaman sekarang ni dah macam tak ada.

Malam berinai besar

Selepas tamat majlis pernikahan, pengantin akan salin pakaian untuk bersanding kecil. Selalunya masa bersanding malam ini pengantin akan mengenakan persalinan baba nyonya dengan sanggul lintang. Ain pernah pakai. Berat 3.5 kg ok! Pening kepalaku. Sanggul lintang original tau.. Permintaan orang tua tunai kan aje.. Macam biasa kaum keluarga dan orang rewang menepung tawar. Masa ini hidangan makanan pula yang simple aje seperti mee sup, mee kari bubur kacang dan kuih muih. Yang paling best ada bunga api. Orang Melaka kahwin kalau tak ada bunga api memang tak sah.. haha.. budak-budak paling suka.

Hari Langsung (Keje kahwin)

Pada hari ini jamuan diadakah secara besar-besaran. Pengantin lelaki akan berarak ke rumah pengantin perempuan diiringi paluan kompang dan rebana bersama kaum keluarga. Silat akan di persembahkan di hadapan pengantin dan di tepung tawar. Orang zaman dulu tepung tawar pakai beraskan? Orang sekarang dah tukar ke bunga rampai dan air mawar. Ok la tu. Wangi sikit pengantin.. hehe

Suap-suap

Waris akan menyediakan pulut kuning berserta telur merah untuk pengantin lelaki menyuap isteri begitu juga sebaliknya.

Makan damai (Makan beradap)

Makan bersama ahli keluarga pengantin lelaki dan peneman sepanjang majlis itu. Selalunya mak andam/ pengapit pengantin akan mengetuai acara itu.

Fuhh!!

Rasa macam banyak pula perkara yang perlu di lakukan untuk menjadi pengantin. Tapi kerja pengantin senang je. Tukar baju dan senyum selama 2 hari. Hahaha… (jangan mare.. jadi pengantin memang penat).

Sebenarnya Ain terimbau kenangan ketika adik Ain kahwin dulu. Memang sangat memenatkan di samping menjaga 2 orang hero dan heroin yang kebal ni. Kakitangan pula tak cukup untuk membuat persiapan perkahwinan. Mujur hari lansung ramai yang menolong. Bab penat usah cakap la habis majlis je terus terbongkang tertidur.. hehe..

Untuk makluman korang, majlis kahwin stail orang Melaka sepatutnya 7 hari 7 malam macam zaman dulu-dulu. Siap joget lambak dan bakar mercun bagai. Tetapi alhamdulillah sekarang ini masing-masing dah faham agama jadi dah kurang sedikit amalan yang menyimpang itu.

Bila buat entry ini, tetiba teringat kembali kisah perkahwinan 7 tahun dulu… cheewahh!

Comments

  1. setakat ni belum pernah lagi pergi kenduri kahwin orang Melaka..Nogori Sembilan pernah 2 dua kali
    blogger lelaki recently posted…Tips Buat Blogger BaruMy Profile

  2. kenangan kahwin memang bestla….sayang cuma sekali sekala je dalam hidup ini
    Hero Borneo recently posted…Kemahuan Yang Kuat Pencetus KejayaanMy Profile

  3. Wah.. best tahu budaya Melaka.. hehe..
    Aretikz recently posted…3 Strategi Meningkatkan Pembaca Blog TegarMy Profile

  4. comelnya pengantin kat atas tu..masih sama comel macam sekarang lagi hehee
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…5 Tips Menyusukan Bayi Di Khalayak RamaiMy Profile

  5. Uiks sampai 7 hari 7 malam erk, dahsyat betul majlis kat sana erk.

    Besar betul hiasan kepala ain tu… 😀 Nasib baik tak tersalah landing.
    Eizil recently posted…Mee Tarik Warisan Asli – menu tradisi dari ChinaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge