SUAMI MAKAN HATI KERANA ISTERI SELALU MARAH KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain update blog di temani secawan tea hijau. Orang kata tea hijau boleh kuruskan badan. Best juga tu sambil taip entry sambil kurus… hehehe.. Kurus jari-jemari mak..

Berbalik kepada tajuk entry ini, korang pernah tak rasa macam nak cekik-cekik je suami korang masa mengandung? Ada sahaja yang tidak kena. Kalau suami pula perasan tak masa mengandung isteri banyak melenting walaupun salah sedikit?

Pengalaman Ain sendiri masa mengandungkan anak yang kedua memang sangat mencabar emosi. Bayangkan tengah asyik menggosok baju boleh pula naik angin tak tentu pasal. Macam-macam ada di fikiran masa itu. Rasa nak marah semua orang. Penyelesaiannya Ain tinggalkan dulu tempat menggosok itu dan istighfar. Bila dah ok baru sambung balik.

Sebenarnya masalah emosi marah ketika mengandung bukan emosi yang boleh kita abaikan. Ia perlu diberi perhatian. Jangan ambil mudah dan simpan dalam hati. Perasaan marah itu sendiri datang daripada syaitan. Bila kita lagi kuat marah lagi syaitan suka. Syaitan ni kan kalau boleh mereka nak gugurkan dan ganggu kandungan kita. Antara hasutan yang sering syaitan lakukan mengidam tak tentu hala contohnya nak kebab arab panas-panas jam 4 pagi, kalau tak dapat minta cerai, tak nak balik rumah mentua sebab bila balik je rumah mentua rasa nak muntah. Nampak tak permainannya situ?

Jadi apakah yang kita perlu lakukan untuk mengatasi masalah ini?

  • Pertama: Baca al-Quran, al-Mathurat dan ayat Qursi. Ini adalah sebaik-baik pendinding.
  • Kedua: Banyakkan berzikir. Bila hati sentiasa ingat pada Allah, insyallah susah syaitan nak menghasut kita.
  • Ketiga: Kenalpasti punca stress. Contohnya semasa mengandung kita tidak suka bau suami. Cuba cakap elok-elok dengan suami tentang ketidakselesaan itu daripada simpan dalam hati. Bila simpan dalam hati, suami datang dekat terus tarik muka, kan dosa tu.
  • Keempat: Gunakan haruman aroma terapi. Aroma terapi dapat menenang perasaan yang tengah marah dan tertekan. Kalau boleh guna yang untuk kegunaan harian seperti losyen, mandian dan bau bilik.
  • Kelima: Cari teman yang sesuai dan boleh dipercayai untuk berkongsi masalah. Kalau boleh kita join kumpulan-kumpulan ibu mengandung untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan menyeelsaikan masalah.
  • Keenam: Dapatkan nasihat doktor/kanselor tentang masalah yang anda hadapi ketika ini.

Amalkan perkara-perkara di atas insyallah pasti membuahkan hasil. Orang selalu cakap:

Biasalah orang mengandung memang selalu marah-marah…. Lepas bersalin nanti ok la..

 

Ini bukan perkara biasa tetapi ini adalah perkara yang sangat penting untuk kesihatan emosi bayi dan ibu. Tahukah anda bayi yang kuat meragam disebabkan oleh tekanan emosi yang di alami ibunya ketika mengandung?

Comments

  1. suami kena alert dan cuba memahami
    blogger lelaki recently posted…Bagaimana Nak Buat Blog Jadi BestMy Profile

  2. memang macam-macam ragam perempuan megandung ni kan..tapi setakat ni mujurlah Mj takde perangai terlalu pelik..biasa-biasa je orang kata suam2 kuku hahaa
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Memang Menjadi Gambar Budak Rosak Otak TuMy Profile

  3. Belum ada pengalaman sebagai suami tapi bagus jugak tahu serba sedikit pasal ibu mengandung ni. ilmu berguna. nanti taklah terkejut dengan perubahan emosi isteri 😀
    MV recently posted…Kempen Pengguna BijakMy Profile

  4. encik suami harus faham situasi sang isteri.
    Dr Fattah recently posted…Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang SelamatMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge