KENAPA SAYA MENGANDUNG LUAR RAHIM?

Berita kehamilan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Bila nengok pregnancy kit double line mesti kembang kuncup lubang hidung kegembiraan. Tetapi berita kegembiraan tu hilang hancur lebur apabila di sahkan mengandung luar rahim oleh doktor.

Ain pernah melihat satu kes depan mata sendiri ketika itu nak buat pemeriksaan prenatal seperti biasa. Masa tengah tunggu giliran nama di panggil tu, Ain terlihat seorang suami menolak isteri di atas kerusi roda. Isterinya itu menangis teresak-esak sambil memegang gambar ultrasound.

Suami beliau seorang yang tabah dan cuba untuk kuat walaupun jauh di sudut hatinya itu sedih teramat. Ain yang memerhati dari jauh juga menitiskan air mata. Kebetulan pula jururawat panggil nama untuk pemeriksaan jadi dengan kepochinya diriku tanya doktor ‘Doktor kenapa pesakit tu nangis?’ ” Oh, dia mengandung luar rahim. Situasi yang sangat sedih.. seorang ibu kehilangan bayinya. Walaupun di dalam kandungan hanya beberapa minggu tetapi kasihnya melebihi segala-galanya.

mengandung luar rahim

Ok dengan semangat wajanya diriku men’google’ apekebendanya mengandung luar rahim. Oooo mengandung luar rahim sebenarnya seperti ovum yang telah disenyawakan tidak sampai di uterus/ rahim. Ia tersangkut di tiub fallopio dan menempel di situ. Sebab itu wanita yang mengandung luar rahim selalunya sakit perut diawal kehamilan.

Apakah tanda korang mengandung luar rahim?

  • Mempunyai tanda-tanda kehamilan seperti biasa iaitu muntah, loya, pening, sakit perut dan lain-lain.
  • Sakit perut yang teramat dan terlampau di bahagian kiri atau kanan perut seawal kandungan berusi 5-7 minggu.
  • Sakit ketika buang air besar.
  • Berlaku pendarahan

Punca mengandung luar rahim ini disebabkan oleh kecacatan pada tiub falopio seperti parut. Jika korang pernah melakukan pembedahan di bahagian rahim, kemungkinan akan terdapat sedikit parut.

Tiub fallopio yang sempit dan tersumbat mengahalang pergerakan ovum. Selalunya doktor akan merawat dengan memberikan suntikan larut supaya janin terhakis dengan sendirinya atau membuang tiub fallopio yang mengandungi janin.

Nampak mengerikan dan ramai orang yang risau takut tak boleh bersalin lagi. Meh nak bagi tau ni. Allahkan beri kita 2 tiub fallopio, kalau satu tidak boleh berfungsi lagi maka kita boleh guna yang lagi satu. Ada ramai kawan Ain ni dia telah menjalani pembedahan dan hanya tinggal satu sahaja sistem ovari. Alhamdulillah dah masuk 2-3 orang anak pun. Semuanya atas izin Allah.

 

 

Comments

  1. teringat pula kes pada salah seorang cucu bisnes mak jemah juga mengandung luar rahim..ngeri bila dengar pengalamannya…
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Benarkah “induce” Lebih Menyakitkan Daripada Bersalin Biasa?My Profile

  2. ya Allah mintak dijauhkanlah kan… setiap berlaku tu ada hikmahnya insyaAllah
    Ummi Hanie recently posted…Mulakan tahun 2015 dengan Pelayaran Islamik, pertama kali di MalaysiaMy Profile

  3. macam2 pengorbanan seorg ibu…
    Annisa Biz recently posted…Jubah dress Nursing RAYSHA untuk ibu menyusu yang bergayaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge