TAKUTNYA MAKAN UBAT MASA MENGANDUNG NI!

Assalamualaikum w.b.t. Untuk pengetahuan korang, Ain dah 3 minggu menahan batuk yang tidak berkesudahan. Dua botol ubat batuk habis ku telan tapi batuk tak hilang-hilang. Sedikit sebanyak menganggu kehidupan harian.

Almaklumlah negara kita di landa musim panas yang melampau sekarang ni. Kalau pergi klinik memang berderet orang menunggu. Ain juga tidak terlepas join sekali senarai menunggu itu. Semasa sedang menunggu itu, Ain jumpa Kak Edryn iaitu kawan sepejabat yang sedang mengandung sekitar 20 minggu.

Semasa sedang menunggu itu, kami rancak bersembang tentang perihal pejabat. Ala korang ni macam tak tau pula gegirls kalau berjumpa mesti cerita tentang resepi masak ketupat yang paling sedap (campur macam-macam perisa lagi sedap).. Hahaha

ibu mengandung selsema

Sambil itu kak Edryn bercerita tu tentang ke runsingan beliau samada ubat doktor selamat tak semasa mengandung. Ye la banyak cerita tak best dengar yang menyebabkan kecacatan pada kandungan akibat mengambil ubat. Lalu dengan muka seriusnya gaya professor klon, Ain tanya kak Edryn:

Kak, akak rasa doktor yang ada sekarang ni dulu belajar dimana ya? Matrikulasi je ke?

Sedas pertanyaan celupar ku berikan sebab banyak sangat ibu mengandung demam takut mengambil ubat termasuk kak Edryn. Akhirnya memberikan kesan kepada bayi tersebut kerana jangkitan kuman. Kenapa ya takut sangat?

Meh sini Ain cerita sedikit pengalaman yang Ain buat semasa demam masa mengandungkan anak-anak dulu.

ibu mengandung sakit

Pilihan Klinik

Ain akan pilih Klinik Ibu dan Anak tidak kira klinik kerajaan atau swata sebab klinik ibu dan anak ini selalunya mempunyai kepakaran tentang masalah semasa mengandung, wanita dan tentang anak-anak kecil. Jadi tiada masalah pemberian ubat tidak mengikut preskripsi. Lagipun doktornya berpengalaman luas.

Maklumkan pada doktor yang anda mengandung

Jangan ingat doktor tahu korang mengandung ya.. sebab ada orang mengandung masih lagi nampak macam tak mengandung. Ini supaya doktor berikan preskripsi ubat yang betul.

Ceritakan masalah anda pada doktor

Ain akan ceritakan masalah Ain sampai Ain puas hati yang doktor itu faham tentang masalah Ain ni. Ain akan tanya macam-macam pada doktor tetapi sebelum jumpa dokor tu Ain akan catit dulu apa yang perlu ditanya. Sekaligus kita tiadalah fikir yang bukan-bukan tentang kandungan kita dan berpuas hati jawapan yang berikan.

Antibiotik untuk ibu mengandung

Selalunya doktor akan berikan antibiotik jenis Amoxilin dan ia selamat untuk ibu mengandung dan menyusu. Jangan tak makan antibiotik ya. Sebab bila kuman yang tidak mati ia akan pergi ke bayi. Ain cerita ni sebab Ain pernah kena marah dengan doktor sebab takut makan antibiotik.. hehehe

Doktor cakap lagi bahaya kalau awak tak ambil antibiotik sebab kuman itu akan menyerang kandungan awak. Terkesima dan melopong-lopong diriku mendengar. Terus insaf.

Apa yang Ain perhatikan penggunaan panadol terlalu kerap semasa mengandung boleh menjejaskan kandungan. Ibu mengandung selalu demam kerana mempunyai sistem pertahanan badan yang sangat rendah. Jadi peluang nak kena penyakit itu tinggi. Jadi apakah makanan yang paling selamat untuk ibu mengandung?

Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah Oren, Avacado, Strawbery, kobis bunga dan lain-lain lagi. Elakkan berada di tempat yang berisiko seperti tempat orang ramai dan tempat kotor berhabuk.

Ok sekarang ni jangan takut-takut ya!

 

Comments

  1. Ya betul, sokong sangat2 pendapat ain ni. Bukan sebab apa memang kenyataan. Rela risiko diri sendiri apatah lagi baby semata-mata takut tak bertempat. Anyway ain, make sure check betul2 punca batuk berpanjangan tu ya.
    Nadia recently posted…Cara Elakkan Jerawat Teruk Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!My Profile

  2. Antara yang biasa abang amalkan kalau batuk, adalah madu asli + limau nipis. bancuh dengan air suam dan minum di pagi hari.

    InsyaALLAH akan mengurangkan batuk yang dialami. Selain tu, kalau masih berlarutan, abang akan beli Hurix 600 yang dalam botol tu. Sebotol ada 60ml kalau tak silap, minum 20ml setiap kali.

    Ubat batuk herba Hurix tu setakat ni memang berkesan dengan abang, bolehlah puan Ain cuba juga.
    Abang Kopi recently posted…Kopi berfungsi sebagai minuman anti stressMy Profile

    • Terima kasih cadangan AK.. Ubat Hurix 600 tu pun saya dah cuba tetapi agak kebal virus kegatalan di tekak ini.. Akhirnya saya cuba makan gula-gula hacks secara ekstrem baru lah ok..

  3. Semua langkah2 tu mmg amat bagus terutama bab pemilihan klinik tu, kena cari klinik yg berkepakaran. Dan ubat amik slps jumpa doktor bukan beli sendiri..itu lebih selamat
    Aniey Yusoff recently posted…Mencari Multivitamin Kunyah Dan Sedap Untuk Kanak-kanak? Periksa Checklist Ini DahuluMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge