CECAIR PUTIH ITU SUNGGUH MERIMASKAN SAMPAI TIDAK SENANG DUDUK

Assalamualaikum w.b.t. Nak tahu apakah itu cecair putih? Rasanya orang perempuan memang menyampah sangat dengan cecair ini. Cecair putih itu ialah keputihan. Keputihan dan kehamilan memang tidak dapat di pisahkan. Ibu mengandung pasti akan terkena keputihan. Keputihan ini sebenarnya untuk melindungi bayi kita daripada jangkitan. Macam mana saya cakap keputihan melindungi janin? Dengan pertukaran warna dan bau kita sudah tau samada bahaya atau tidak bahagian premium tersebut.

gatal-gatal di kemaluan

Untuk keputihan yang teruk selalunya cecair yang di keluarkan berwarna hijau dan berbau busuk. Jika korang mengalami keadaan sebegini, sila cepat-cepat pergi ke hospital jumpa doktor. Keputihan sebegini akan menyebabkan kegatalan, rasa panas, tidak selesa dan sakit ketika buang air kecil atau ketika bersama. Biasanya doktor akan beri antibiotik dan ubat peluru.

Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan saya menjaga kebersihan bahagian premium?

Ibu mengandung memang normal mengalami keputihan semasa mengandung kerana perubahan hormon. Selain itu ibu mengandung juga mengandungi sistem pertahanan badan yang rendah. Jadi tidak mustahil kuman mudah menyerang. Apa yang penting proses penjagaanya.

Jadi bagaimana hendak elakkan keputihan?

 

makanan hilangkan keputihan

  • Anda perlu kerap tukar seluar dalam bagi mengelakkan kuman semakin bertambah. Tukar 3 kali sehari.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan keputihan teruk seperti makanan pedas, manis dan berempah.
  • Amalkan pengambilan yorgurt setiap hari bagi membekalkan kultur hidup┬ákerana yougurt mempunyai bakteria lactobacillius yang membantu mebunuh bakteria.
  • Jangan pakai seluar dalam yang ketat.
  • Banyakkan mengambil makanan yang tinggi antioksida seperti buah oren, kiwi, prune dan pelbagai lagi untuk menghalang dan melawan jangkitan.
  • Kawal berat badan. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kedua-dua peha bergesel dan meransang pembiakan kuman..
  • Elakkan menggunakan pencuci wanita yang mempunyai sabun kerana ia menjadikan bahagian premium semakin kering.
  • Cuci bahagian┬ápremium┬ásebelum dan selepas melakukan hubungan.

Keputihan yang teruk akan menyebabkan bayi di lahirkan cacat jika terkena jangkitan dan kelahiran pramatang. Jadi silalah jaga kebersihan!

Comments

  1. hoho..

    gegirl-gegirl memang la tak suka benda nih. haha
    titan recently posted…Top Affiliate Klikjer – Februari 2015My Profile

  2. Memang merimaskan.. Lebih2 lagi kalau cuaca panas.
    Niza Yusof recently posted…Senggugut Hilang Dengan GLA ComplexMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge