SUAMI PENGSAN TATKALA LIHAT ISTERI SAKIT BERSALIN

Assalamualaikum wbt. Pengalaman bersalin cahaya mata merupakan pengalaman yang tidak dapat di lupakan seumur hidup. Ada yang mengembirakan, ada juga yang menyedihkan. Pengalaman Ain ketika bersalinkan kedua-dua cahaya mata setakat ini Alhamdulillah sangat mengembirakan dan mengujakan. Walaupun bersalin secara pembedahan, tatkala melihat suami berada di sisi ketika menghadapi saat genting ibarat pemusnah segala kesakitan dan kerisauan.

peranan suami ketika isteri sakit bersalin

Bercerita tentang pengalaman bersalin ni, Ain ada seorang kawan lelaki yang baru mendapat cahaya mata pertama. Ketika isterinya sakit bersalin dia pun sama macam nak bersalin. Dah macam kucing nak beranak pun ada. Bila di tanya kenapa tak temankan isteri, dia cakap dia tak sanggup nak lihat isterinya kesakitan. Dia sedih. Aloooo… comelnya dapat suami macam ni.. hehehe… Nasib baik isterinya itu pandai membawa diri jadi proses kelahiran itu mudah. Bila part kena Azankan bayinya, dia tak nak sebab katanya dia menggigil dan takut nak pegang bayi yang kecil itu.

peranan suami ketika isteri sakit bersalin

Sudah! Akhirnya kawan kitaorang juga lelaki yang masih bujang azan kan. Gemuruh punya pasal macam-macam berlaku. Tetapi alhamdulillah semuanya selamat. Jadi sebagai suami apakah persediaan atau sokongan korang untuk isteri yang nak bersalin ni? Sokongan daripada suami sesungguhnya sangat berharga untuk seorang isteri.

  1. Membuat urutan di bahagian pangkal isteri ketika kontraksi sedang berlaku. Urut dalam pergerakan berputaran yang kuat dengan tumit tangan. Ketika kontraksi bahagian yang paling sakit ialah bahagian pinggang. Orang cakap rasanya macam pinggang nak patah dua.
  2. Tenangkan emosi isteri yang tidak keruan. Rata-rata isteri pada ketika ini dambakan sokongan kata-kata nasihat suami.
  3. Jangan ambil hati jika secara tiba-tiba isteri marah dan meninggikan suara. Ini kerana isteri dalam keadaan sakit, tertekan dan takut. Proses kelahiran bukan mengambil masa yang pendek. Ia mungkin memakan masa berjam-jam malah pernah sehingga  72 jam!
  4. Bacakan surah Yaseen untuk isteri semoga hati anda dan isteri juga tenang dan bersedia dengan setiap kemungkinan yang berlaku.
  5. Banyakkan berselawat
  6. Bertenang. Panik akan mengeruhkan keadaan.

Haaa… Amacam dah bersedia nak sambut bayi?

KEPALA BAYI DAH MASUK LALUAN.. GET READY MAMA!!

Assalamualaikum wbt. Minggu ini kawan Ain Cik Senah dah 37 minggu kehamilan. Kembang kuncup jantung dia nak bersalin tidak lama lagi. Anak pertama katakan segalanya pengalaman baru. Cik Senah ada juga menimba pengalaman rakan-rakan sepejabat yang lain. Nampak sangat muka beliau ketakutan nak bersalin. Hehehe..

ibu mengandung

Pengalaman bersalin samada anak yang pertama atau kedua sebenarnya sangat berbeza. Ada yang bersalin anak pertama senang bersalin anak kedua pula macam-macam masalah sehingga terpaksa melakukan pembedahan. Bergantung kepada individu. Bila dah nak bersalin ni macam-macam tanda kita boleh perasan seperti perut dah jatuh sedikit kebawah, bahagian abdomen bawah payudara kosong satu tapak tangan (ni petua orang dulu-dulu) dan susah nak berjalan.

Pengalaman Ain semasa mengandungkan anak yang kedua apabila masuk usia kandungan 37 minggu memang susah sangat nak jalan. Nak habiskan 500 meter pun terasa sesak. Apabila scan doktor kata dah masuk laluan ni dan dah boleh bersalin bila-bila masa. Whooha!!.. Takut wei!.. Tetapi memandangkan Ain memilih bersalin secara pembedahan jadi perasaan seriau tu kurang sedikit.

Jadi bagi mama-mama yang kepala bayi dah masuk laluan, bilakah masa bayi nak keluar? Mesti teruja kan? Selalunya bila doktor cakap kepala bayi dah masuk laluan tu ia mengambil masa seminggu atau seminggu lebih untuk bersalin. Lagi banyak bergerak/ berjalan lagi cepat bayi keluar. Tidak mustahil jika siang hari berjalan  sakan di shopping complex malam hari terus bersalin. Pada ketika ini korang boleh cuba makan telur ayam kampung separuh masak untuk memudahkan proses bersalin. Pengambilan minyak kelapa dara juga membantu ‘melicinkan’ laluan premium.

keperluan bayi di hospital

Beg hospital yang mengandungi kelengkapan bayi dan mama di hospital perlu di sediakan lebih awal dan di letakkan di dalam kereta. Mana tahu tengah-tengah shopping tetiba rasa nak bersalin. Dari segi emosi pula, banyakkan berzikir dan yakinkan diri yang kita boleh lakukan (melahirkan anak). Dapatkan sokongan suami, ibu-bapa, mentua dan rakan terdekat. Ketahuilah pengorbanan seorang ibu amat besar! Tidak kira lah jika korang bersalin secara normal atau pembedahan, yang pasti wanita yang melahirkan bayi adalah wanita yang hebat!

Tahniah mama!