BERCUTI DI PULAU PANGKOR

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali Ain nak minta maaf sebab dah lama tidak update blog ini. Ribuan terima kasih Ain ucapkan untuk korang yang sentiasa memberi sokongan yang sentiasa menjengah blog ini tanpa rasa menyampah.. Pergh! Ucapan dah macam Pengetua Sekolah nak pencen. Prektis..prektis.. walaupun lagi 30 tahun berkhidmat dengan bangsa dan negara.

Hari Pertama

Ok bermadah pujangga dah sudah.. Sekarang ni nak masuk benda best iaitu berjimba di Pulau Pangkor! (Berjimba tu maknanya bersuka ria).. Siapa yang tidak suka bercuti atau jenjalan angkat tangan! Rasanya semua orang suka bercuti lebih-lebih lagi bersama keluarga. Ain teringat masa anak-anak kecil lagi tengah menyusu badan lagi, nak bergerak memang hazab. Nak balik kampung je dah macam nak pindah rumah. Rasanya kalau sewa satu kontena pon berbaloi. Almaklumlah nak kena bawa baju, botol susu (kakak punya), buaian, tilam, bantal dan pelbagai lagi. Bila anak-anak dah besar ni lega lah sikit.

Macam mana ya Ain terfikir nak ke Pulau Pangkor? Sebenarnya Ain tidak pernah pergi ke Pulau Pangkor (kesian..). En. Suami pernah la masa kecil dahulu. Jadi memandangkan Pulau Pangkor tu dekat dalam 3 jam perjalanan (dah macam KL-Melaka) jadi kami decide nak ke Pulau Pangkor aje…. Alaa percutian yang sempoi-sempoi je anak beranak.. Yang paling eksited sekali dah tentu lah anak-anak..

Ibu, kak Min nak mandi kolam dan main pasir

Perjalanan kami ke Pulau Pangkor bertolak agak lewat sedikit dalam jam 11.00 pagi sebab nak uruskan anak-anak dan rumah. Sebelum memulakan perjalanan kami pekena dulu roti canai dan nasi lemak. Kalau terlewat sikit sampai ke jeti Teluk Batik tak de lah sengsara perut kelaparan. Perjalanan pergi ini En. suami ikut jalan kampung iaitu Hulu Langat-Tanjung Karang- Manjung-Teluk Batik. Katanya nak nengok pemandangan kampung orang. Lagipun di sabak bernam banyak sawah padi yang cantik pemandangan. Sejuk mata memandang. Malangnya jalan di kebanyakkan kawasan teruk lubang bertampal-tampal. Nasib baik ekzober tidak tercabut. Anak-anak yang diduduk di belakang nasib baik tidak muntah. Rasa serik juga ikut jalan kampung.

Kami hanya berhenti di Stesen Petronas Manjung sahaja untuk luruskan pinggang dan urusan alami. Masa ini anak-anak dah sibuk tanya:

Ibu, lambat lagi ke nak sampai?

Dah penat lah tu. Sabar ye nak.. jap lagi kita sampai kita naik bot besar. Mujurlah derang ok disamping sogokkan dengan keropok kentang dan gula-gula (ni dah macam darurat.. kalau tak jangan harap nak bagi cikedis ni). Kami sampai di Jeti Marina, Teluk Batik sekitar jam 3.00 petang. Kami memilih menaiki feri dari Jeti Marina, Teluk Batik kerana setelah membuat beberapa review, ramai yang yang kata di Jeti Marina lebih selesa dan tidak ramai orang. Sangai sesuai untuk yang membawa anak kecil.

jeti marina teluk batik

Harga tiket untuk dewasa RM 10.00 manakala harga untuk kanak-kanak RM 5.00 untuk laluan pergi dan balik. Korang jangan buang pula tiket tu bila dah sampai Jeti Pangkor ye sebab nanti nak balik ke Jeti Marina Teluk Batik nanti derang minta tiket yang masa mula-mula di beli tu. Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit je. Tak sempat pon nak tidur.

Keselamatan kanak-kanak semasa menaiki feri ini perlu diawasi sebab Jasmine dan Zafri tidak pernah naik bot jadi derang agak ketakutan. Mujurlah ada pembantu feri yang menjaga dan menaikkan anak-anak ke dalam feri. Bukannya apa Zafri boleh nak patah balik secara meluru bila nengok ibu nya tiada. Nasib baik pakcik feri tu cepat tangkap Zafri. Ye lah maknya pon takut juga nak melangkah masuk feri yang terhuyung hayang.. hehe. En. Suami pula dah tentu jadi tukang mengangkut barang. Bila di nasihatkan tentang bahaya-bahaya naik feri baru lah derang faham, nak turun dah relaks tak takut.

jeti marina teluk batik

Sebaik sahaja sampai di Jeti Pulau Pangkor terdapat perkhidmatan teksi dan kereta sewa yang di tawarkan. En. Suami memilih untuk menyewa kereta Wira sahaja. Katanya senang nak bergerak dengan anak-anak. Harga sewa untuk 3 hari ialah RM 150 (mahal wooo!).  Dah dapat kunci kereta terus berdezup nak check in resort. TAk sabar nak check in nak golek-golek atas katil luruskan pinggang. Sebelum tu en. suami isi minyak dulu RM 20.00 je. Alaaa Pulau Pangkor bukannya besar pon. Orang kata kentut pun boleh berbau (ni perumpamaan je tau..). Kat Pulau Pangkor ni ada sebiji je stesen minyak iaitu Buraq Oil. Dah settle semua, akhirnya sampai di resort iaitu Pangkor Sandy Beach Resort.

pangkor sandy beach resort

Resort ni ok la terletak di hadapan laut. Agak-agak kalau malas nak buka mata bangun pagi. Guling-guling pastu terus masuk laut habis cerita.. hehehe… Ok sambung balik cerita check in tadi. Selesai je check in dapat kunci bilik, Jasmine dan Zafri dah tak menyabar-yabar nak terjun kolam. Nampaknya angan-angan nak bergolek-golek atas katil musnah. Jadi sejukkan badan terus tukar baju mandi. Kolam kat sini kecil je sebab resort ni pon kecil je dan tak ramai orang jadi selesa sangat nak berendam.

pulau pangkor

 

Dah puas berendam, dah tiba makan malam. Kami makan malam di Teluk Nipah. Semasa bermandi manda di tepi laut petang tadi, en. suami ada bersembang dengan apek sewa bot, dia cakap makan kat Teluk Nipah mahal, cekik darah.. Jadi hati-hati makan di sana takut kena “sembelih”.. Jadi malam tu kitaorang makan yang simple-simple je sebab masing-masing dah penat nak tidur.

Nak tau tak kitaorang sampai tersesat cari Teluk Nipah ni. Tersesat sampai lalu kat kawasan berbukit yang trill teramat (jalan macam nak naik Genting).. Dah la tengah-tengah malam.. tak de lampu jalan, tengah hutan.. nasib baik anak-anak tidur.. Ain tutup mata! Takutttt! Tetapi alhamdulillah sampai jua destinasi yang di tujui…

Ok… esok Ain sambung entry Hari ke-2 ye… mata dah ngantuk ni… Byeeee…..

MASAKAN SELERA KAMPUNG DI HOT PINDANG KITCHEN, SHAH ALAM

Assalamualaikum wbt. Sebut pasal makan, masa sakit gigi pun rasa lapar. Alhamdulillah sakit gigi sudah beransur pulih. Cuma masakan yang panas-panas kena tunggu dulu la. Jadi bila dah rasa lapar sudah tentu lah kena makan. Ain ni kalau tengah lapar memang tak pandang kiri kanan. Secara kebetulan 3 minggu lepas Ain melawat bapa saudara di KPJ Specialist Hospital, Shah Alam. Balik dari melawat tu perut bernyanyi-nyanyi pula lalu ajak Mr. Hubby singgah makan dulu.

Abang, restoran mana yang mana sedap kat area ini? Lapar lak..

Hurm.. ok jom kita terjah restoran ni.. nama dah tak ingat…

Restoran ni dulu Mr. Hubby selalu lepak dengan kengkawannya lepas habis waktu pejabat. Sekarang ni dah berkerja tempat lain jadi jarang la nak singgah sini. Nama restoran ini ialah Hot Pindang Kitchen. Apabila sampai sahaja tempat parking di hadapan restoran, Ain tertarik dengan konsep ala kampung restoran ini. Teringat masa kecil-kecil dulu di kampung makan di depan beranda siap dengan atap nipah. Masa Ain sampai ni orang tengah tak ramai sekitar jam 6 petang gitu.

restoran hot pindang

Keadaan agak selesa sikit dengan nak melayan karenah anak-anak syurga ni. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, pelayan memberikan senarai menu makanan. Rasa macam nak order je semua sebab semuanya nampak sedap. Tapi perut kecik je. Hehe..

asam pedas hot pindang

Saya macam biasa orang melaka piau asam pedas ikan tenggiri berpisah tiada. Rasa macam dapat terbang ke Melaka sahaja. Kalau nak ikutkan asam pedas nya ni ok-ok je. Boleh la mengubati kerinduan pada emak di kampung. Setiap set di sertakan ikan masin/telur masin dan sambal belacan/keropok ikan.

masak lemak cili padi hot pindang

Pilihan Mr. Hubby pula daging masak lemak cili padi. Kuahnya agak pekat dan pedas. Kalau cair sedikit mesti sedap berganda. Lain orang lain citarasakan?

masak pindang hot pindang

Anak-anak mereka makan kuah pindang. Rasanya agak pedas dan masam sikit. Buat hirup-hirup sedap. Kalau tengah demam tiada selera makan boleh cuba masakan ini. Jasmine dan Zafri tak makan pedas jadi Ain hanya beri ikan masak pindang dan nasi putih berserta kentang tersenyum.

air hot pindang

Bab air, cawannya itu agak mengelirukan samada botol atau cawan. Hahaha… canggih sangat! Jasmine tanya “Apa ni ibu?” ” Ni botol orang buat cawan.. Uncle ni kreatif tau.. hahahah..  Fresh orange ais minum tatkala tengah panas memang asyik!!

Oh ya! Restoran ini ada menyediakan perkhidmatan katering tau. Kot-kot nak buat buat majlis jamuan hari raya boleh la panggil derang. Ni FB Hot Pindang Kitchen. Jadi korang sesambil pergi ke Shah Alam tu boleh la menyinggah di restoran ini. Restoran ini agat tersembunyi sedikit. Ia berada di hadapan Hotel Concored Shah Alam, di dalam taman perumahan. Alamatnya:

Hot Pindang Kitchen Shah Alam

No. 13, Jalan Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor

SELAMAT HARI LAHIR PERMATAHATIKU…

Assalamualaikum w.b.t. Pada 13 Mac yang lepas, genaplah 4 tahun permata hati Ain yang pertama lahir ke dunia. Pengalaman menunggu zuriat yang pertama memang penuh berliku. Disaat usia perkahwinan menjangkau 3 tahun baru kami suami isteri di kurniakan zuriat yang pertama. Memang agak lambat dari orang lain tapi biar lambat asal selamat. Sekurang-kurangnya mak bapaknya ini dah puas memadu kasih ke hulu ke hilir berjalan. Bila dah beranak ni baru lah reti menginap di rumah. Hehehe..

majlis hari lahir

Selalunya majlis hari lahir anak ni mak ayah yang lebih berbanding dengan anak-anak. Ye lah budak budak tahu seronok sahaja. Yang penting ada Ben10 ke, Upin Ipin ke, Spiderman ke derang dah seronok. Pada majlis hari lahir Jasmine yang pertama, Ain buat simple aje sekadar jemput keluarga terdekat dan buat sambutan di taska. Kiranya 2 kali sambutan la. Bab hadiah tu tak de lah over sangat. Yang penting kek kena super duper ohsem.

Bila dah sambutan hari lahir tu, mesti ada goodies untuk kawan-kawan Jasmine di Taska. Goodies tu bungkusan buah tangan. Kalau orang kahwin di panggil berkat. Selalunya barang-barang goodies Ain beli di GM Klang sahaja. Murah habis sebab boleh beli borong. Jadi budget untuk goodies anak-anak selalunya tidak pernah lepas RM 150.00 untuk 50 orang kanak-kanak. Jimat sangat..

hadiah harijadi

sekadar contoh

 

Hadiah yang Ain masukkan di dalam goodies ialah makanan dan mainan. Makanan Ain letak coklat, gula-gula dan air kotak manakala mainan pula Ain letak botol air ke, puzzel ke, mainan berlampu ke untuk buat kanak-kanak ni teruja. Seronok tau bila dapat gembirakan kanak-kanak. Yang paling seronok sekali Jasmine la. Masa dia umur 1 tahun dia tidak faham sangat tetapi bila dah masuk 4 tahun ni, dialah yang paling seronok. Siap tolong bungkuskan goodies untuk kawan-kawan sampai jam 1 pagi. Sampai lebam biji mata lah!

Yang buatkan ibunya terharu sangat ialah Jasmine cakap:

Terima kasih Ibu….

Oh… terasa mencair perasaan ku.. heheehhe. Dah la masa tu tengah bawa kereta. Perasaan melayang-layang… Pada saya jika ingin menyambut dan membuat majlis hari lahir untuk anak tiada masalah. Asalkan mengikut kemampuan. Orang zaman dulu tak de pon menyambut bagai majlis harijadi ni, orang sekarang sahaja… Bukannya apa mengikut retis. Hehehe

MANDI-MANDA DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK SAMPAI KECUT!

Assalamualaikum w.b.t. Hujung minggu yang lepas, Ain sekeluarga berkunjung di negeri Perak Darul Ridzuan atas urusan kerja. Jadi di kesempatan itu Ain membawa anak-anak mandi di Lost World Tambun. Kira sambil menyelam minum air la. Sebenarnya dah lama terfikir-fikir nak bawa anak-anak mandi di sini tetapi rasa macam tidak berbaloi jika sesaja je semata-mata datang sini nak mandi baik terus pergi Sunway Lagoon sahaja. Dekat sahaja dengan rumah.

Perjalanan bermula daripada rumah jam 10.30 pagi dan sampai di hotel sekitar jam 3.00 petang. Kami singgah dulu makan di Mydin Jelapang untuk mengalas perut yang lapar. Boleh tahan juga sedap-sedap makanan di Food Court Mydin Jelapang ni atau masing-masing dah kebulur sangat ni nampak semuanya sedap.. hehehe (tapi serius memang makanan di sini sedap-sedap belaka)..

mandi di tambun

Ain menginap di Impiana Hotel Ipoh. Biliknya selesa dengan tilam empuk yang bagai hantu laut memanggil-manggil untuk di tiduri. Usai solat dan meregangkan pinggang yang hampir kejang akibat duduk lama dalam kereta, kami bertolak ke Lost World Tambun Waterpark. Anak-anak la yang paling suka sekali. Asyik tanya itu ini.

Sampai sahaja di taman tema tersebut hujan renyai-renyai turun tetapi ia tidak memadamkan semangat nak mandi kolam kami… apa susah agak-agak masa berendam tu hujan lebat nyanyi je lagu Memori Daun Pisang.. hahaha.. Baru ada feel..

bersantai di taman tema tambun

Yuran kemasukan RM 50.00 dewasa manakala kanak-kanak RM 43.00. Mau tak tercekik darah nengok harga tiket masuk ni. Last 4 year dulu Ain datang baru je RM 35.00 untuk dewasa. Harga air makin mahal kot sekarang ni. Think positif…

Sesambil menunggu en. suami membayar tiket, tetiba mataku terpandang seseorang.. Macam ku kenal orang ini tetapi dimana ya?! Tanyaku di dalam hati kebinggungan.. Teringat! Itu Imam Muda Najdi.. Kebetulan Ain ada like Fan Page beliau jadi kenallah.. Ain tiadalah terkinja-kinja nak minta autograf pada beliau sebab masih sedar diri disamping menjaga anak-anak syurga ni. Hanya meleret pandangan mata sahaja..

Ok selesai en. suami beli tiket.. kitaorang kena pakai gelang masuk taman tema. Jasmine pertama kali pakai gelang masuk tu, beliau agak jakun disitu. Zafri pula merengek nak gelang sama macam kakaknya. Pening.. last-last cakap

“Uncle tu makan budak kuat nangis tau”

Terus senyap.. hahaha.. kesian guard tu.. minta maaf ya..

harga tiket di tambun

Kami beli serba sedikit baju renang anak-anak. Yang sedia ada dah tidak muat, dah macam incredible hulk. So buat keputusan belikan anak baju mandi seorang sepasang. Ok la tu.. nanti mandi depan rumah pon boleh pakai baju mandi tu.. hehe..

bersantai di tambun

Settle semua, kitaorang check beg dan sewa locker untuk letak barang. Locker yang besar dah penuh jadi kitaorang plih loker kecil RM 15.00 (mahal tu!)… Lepas simpan barang terus terjun kolam.. yahuu! Eh, apsal maknya yang over sangat nih?! Hehe… Maka berenanglah dengan gaya bebas masing-masing.. Zafri mula-mula nengok air takut tetapi bila dah lama-lama nengok kakak Jasmine nya eksyen dah boleh berenang barulah beliau berani sedikit.

lost world of tambun

Dah siap-siap berenang, kita posing dulu! Seronok betul aktiviti pada hari itu.. anak-anak la yang suka sangat sampai nak pergi lagi. Nanti ada rezeki lagi kita pergi ya! Korang pun boleh juga bawa anak-anak datang sini bersantai.. tapi kalau citi sekolah memang pack. Lost world of Tambun ni tutup sampai jam 11 malam.

Ok… daaaaa….

TIPS KEKAL CERGAS SEMASA MUSIM PANAS UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t. Jam menunjukkan jam 11.50 malam tatkala jemariku menaip perkataan pertama ini sambil melayan lagu Bayangan Gurauan kumpulan Mega di youtube.com. Nak taip entry ni memang kenakan kekuatan dalaman dan mood. Kalau tak entry kelaut jadi macam apa-apa lak.

Oh ya sekarang ni negara kita betul-betul dilanda musim panas yang kuat. Memang tidak tahan jika duduk lama di luar. Boleh sakit kepala jika lama terkena matahari. Agak merbahaya juga kesan panas melampau sampai boleh bawa maut. Huuu takut nya..

strok haba musim panas

Memandangkan musim panas menjelma, Ain nak share la tanda-tanda yang perlu korang ambil tahu dan jangan pandang mudah dengan simptom-simptom ringan bahaya panas ni.

Tahu tak simptom-simptom ini tandanya korang mengalami keletihan haba:

  • Loya
  • Lemah badan
  • Sakit dan pening
  • Muntah
  • Sakit Kepala
  • Keletihan yang melampau
  • Kekejangan otot
  • Berhalusinasi

Jadi korang perlu hati-hati ya dan jaga kesihatan baik-baik terutamanya ibu mengandung dan anak-anak kecil. Semasa musim panas kering ni penyakit senang berjangkit.

kebaikan air

Antara perkara yang korang perlu lakukan untuk menghindari badan terhidrasi ialah:

  • Minum air sekurang-kurangnya 2.5 litre sehari
  • Jangan berada diluar terlalu lama
  • Kerap mandi
  • Elakkan berada di kawasan ramai orang
  • Kalau jenjalan kemana-mana tu sediakan air kosong. Elakkan air manis kerana ia akan menyebabkan tekak bertambah haus.
  • Ibu mengandung di galakkan menggunakan penghawa dingin kerana sedia maklum suhu badan ibu hamil ni memang meningkat jadi dengan musim panas ini boleh menambahkan tekanan pada kandungan.
  • Ambil makanan yang meningkatkan antibodi badan seperti buah oren , Avokado dan pelbagai lagi.
  • Ambil minuman isotonik yang mengekalkan bendalir dalam badan

Rasanya dah ok semua ni. Jangan lupa ya buat apa yang saya cadangkan ni. Alangkan kereta boleh meletop kalau panas sangat inikan kita. Take care ya laling!…

MANJAKAN DIRI DI KAYU MANIS SPA, SUBANG BESTARI

Assalamualaikum w.b.t. Ain ni nak di katakan kaki SPA tu tak lah tetapi bila badan dah penat, mulalah jemariku mencari SPA di kawasan Shah Alam. Kenapa kena Shah Alam? Sebab kebanyakkan SPA di Shah Alam banyak mengamalkan konsep muslimah. Ada juga SPA yang tulis untuk wanita tetapi suami boleh masuk kat ruang tamu. Maaf cakap saya memang rasa tidak selesa jika mengamalkan konsep SPA sebegitu.

spa di shah alam

Kayu Manis SPA ni orang lelaki memang tidak boleh masuk langsung. Jadi para suami yang nak mengikut tu lupakanlah hasrat dan boleh la mengeteh di kedai mamak yang berdekatan.

spa di shah alam

Pengalaman pertama kali Ain masuk ke dalam SPA ini ialah wow!! Memang agak jakun sikit tetapi berjaya menutupi kejakunan tersebut dengan berbual kosong bersama Manager SPA dan buat-buat biasa sahaja walhal dalam hati ini dah kembang sekembang-kembangnya perasaan kagum tu… hahaha..

spa muslimah di shah alam

Hiasan dalamannya memang mengkagumkan disamping muzik alunan Bali. Lupa nak bagi tau konsep SPA ini adalah Bali. Jadi bagi korang yang tidak pernah sampai ke Bali (macam diriku) boleh la feel-feel dah sampai di Bali dengan mengunjungi SPA ini. Hehehe..

kayu manis spa 2

Sebaik sahaja duduk di kerusi, Ain di tanya samada hendak ambil pakej yang mana.. Full package menjadi pilihan Ain. Harga perkhidmatannya juga agak berpatutan. Paling tinggi pun dalam RM 300 lebih. Oh ya! SPA ini juga menyediakan pakej untuk urutan, bertangas, bersauna untuk ibu berpantang. Yang ini cajnya agak mahal sebab ia mengambil masa 3-7 hari perkhidmatan.

Sebagai permulaan Ain dihidangkan dengan minuman halia campuran madu. Sedap juga dan boleh di buat dirumah.. hehe. Ain juga di tanya samada nak guna scrub perisa apa? Hehehe.. kelakar pula scrub pon ada perisa.. (nampak nau kejakunan ku disitu) Ain memilih scrub perisa kopi dan minyak perisa halia.

Pakej yang Ain ambil ni termasuk sauna, scrub, mandi susu/bunga, urutan aromaterapi, facial dan foot massage. Prosesnya berlangsung selama 3 jam tetapi rasanya sekejap yang amat. Tak puas rasanya.. Pembantu SPA juga seorang mudah melayani dan daripada Indonesia. Jadi sambil dia membetulkan urat tu sambil berborak la. Rajin benau kau ni berborak Ain.. haha.. Ada juga rasa nak tidur tapi tak sempat sebab rasa macam sekejap je…

Kayu Manis SPA ni ada mempunyai cawangan di di Denai Alam, Shah Alam. Alamat Kayu Manis SPA ialah:

Kayu Manis SPA, Subang Bestari

No. 56, Jalan Nova U5/N,

Subang Bestari, Shah Alam, Selangor

No. Tel: 03-7734 3104

Kayu Manis SPA Denai Alam

No. 17, Jalan Elektron F U16/F E Boulevard Denai Alam,

Seksyen U16, Shah Alam, Selangor

No. Tel: 019-307 5777

Sebenarnya untuk ibu-ibu yang pernah bersalin dan melahirkan anak sesekali elokla memanjakan diri di SPA samada melakukan rawatan aromaterapi atau rawatan urutan kampung. Bukannya apa, orang perempuan bila dah bersalin banyak urat putus dan mengembang. Kalau tak dijaga masuk umur 40 tahun dah sakit pinggang, rahim jatuh, putus selera, kerap marah dan lain-lain lagi.

Kalau rasa macam membazir je pergi SPA, boleh juga buat di rumah sendiri dengan mengamalkan petua kecantikan nenek kita dahulu. Nanti saya kongsikan ya petua-petua kecantikan untuk ibu-ibu yang pernah melahirkan supaya korang rasa yakin sebagai seorang isteri. Chewah!… Stay tune!