MENGIDAM KENWOOD MIXER DI LAZADA.COM.MY

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya Ain suka memasak. Sebelum kahwin dulu tak de rajin bebenau nak masak.. Ye lah nak masak pun tak canggih sangat tetapi bila dah kahwin ni semangatnya lain macam sikit. Bahagia bila melihat orang yang tersayang makan apa yang kita masak dan perut membesar bagai johan. Perut tu boleh buat bantal tau.. jimat!

kek buah

Suami Ain akan jadi tester terhormat untuk merasa masakkan isterinya. Kaedah pengukurannya ialah bintang!

Abang, berapa bintang kek buah ni?

Selalunya suami Ain kedekut nak bagi bintang. Ain selalu dapat 4.5 bintang. Bila tanya kenapa tak sampai 5 bintang, dia jawab kalau dah sampai 5 bintang tu dah sampai tahap makanan di dalam syurga. Adoi.. laki den ni… macam lah pernah sampai syurga.. hahaha..

Jadi bagi merealisasikan impian untuk menjadi isteri yang pandai memasak tidak kira lauk pauk atau pastri, maka Ain telah telah melancarkan strategi kenyitan mata. Nak tau strategi kenyitan mata tu apa? Korang gi buka lazada.com.my sambil-sambil tu cakaplah kat suami…

Abang, ayang ingat nak buat kek buah yang super sedap la.. mixer lama tu kalau putar laju sikit dia cepat hangit dan semput.. Jadi susah sikit nak buat kek.. kalau ada mixer baru tak de lah penat sangat ayang nak mengadun…

Pastu kenyit mata dengan senyuman semanis madu. Kadar kejayaan menggunakan teknik ini selalunya tinggi. Kaum isteri boleh cuba ni ya.. Hehehe..

Memandangkan Lazada ada membuat promosi tahun baru yang super murah ni maka suami sejuk hati sikit nengok potongan harganya. Alhamdulillah raya nanti boleh la mengadun kek dan kuih raya nak bagi pada mentua dan saudara mara. Mentua Ain suka makan kek buah yang Ain buat sampai request lagi. Insyallah tahun ini ada rezeki la beliau nak merasa lagi.

Jadi para isteri boleh la melancarkan strategi kenyitan mata ini ya. Promosi tahun baru ini sedang berlansung sekarang. Korang boleh klik link gambar Kenwood Mixer kat bawah tu ye untuk lain-lain pembelian peralatan perkakasan rumah. Memang murah dari harga di kedai!

promosi lazada

Jom shopping!

 

 

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA SEDAP YANG BUATKAN MENTUA SAYANG KETAT-KETAT

Assalamualaikum w.b.t. Seperti sedia maklum, asam pedas adalah makanan rasmi negeri Melaka. Kalau pergi ke Melaka tanpa merasa asam pedas memang boleh mengigau malam-malam. Anak dara sebelum kahwin mesti pandai masak asam pedas. Kalau tak tahu kena belajar dengan mentua. Asam pedas juga makan kegemaran Ain. Hehehe… Tambahan pula tengah hot drama Asam Pedas untuk Dia di televisyen sekarang ni.

Bagi mempermudahkan korang nampak pandai masak asam pedas depan mentua, Ain nak kongsikan resepi asam pedas sedap ini. Tips korang nak di sayangi oleh mertua ialah pandai memasak.

asam pedas melaka

Bahan-bahan

  • 1 cm halia – dikisar
  • 1 cm kunyit- dikisar
  • Bawang putih – dikisar
  • Bawang merah- dikisar
  • Halba – 1 sudu
  • Air putih
  • Cili kering yang telah di kisar
  • Ikan parang paling sedap.. tapi kalau nak letak ikan lain boleh je
  • Air asam jawa/ asam keping 2 keping
  • Daun kesum 10 helai
  • 1 batang bunga kantan

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak masak di dalam periuk
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk hingga kekuning-kuningan
  • Masukkan pes cili kering yang telah dikisar dan garingkan
  • Masukkan air asam jawa/ asam keping
  • Masukkan air putih dan ikan
  • Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan
  • Apabila mendidih masukkan tomato, tunggu sekejap dan tutup api dapur
  • Tadaaaa!!! Dah siap…

Petua: Pastikan masa korang tengah masak, masak dengan kasih sayang. Kalau boleh masa masak tu nyanyi lagu dondang sayang.. mesti lagi sedap… hehee

RESEPI NASI DAGING UTARA YANG SEDAP TAHAP TAMBAH NASI BERKALI-KALI

Assalamualaikum w.b.t. Hujung minggu yang lalu, Ain teringin sangat nak makan Nasi Daging Utara di sebabkan terpandang post kawan di FB. Ain ni kalau mengidam sangat makanan WAJIB buat sendiri. Hehe..

NASI DAGING UTARA

Jadi Ain dengan semangat wajanya mencari-cari resepi Nasi Daging Utara yang menikam kalbu. Setelah membuat beberapa perbandingan antara resepi makan terhasillah resepi ini. Resepi ini memang agak sempoi tetapi sedap. Jom ambil buku dan kertas, salin ye…

 

Bahan-bahan air rebusan daging: (yang ini kena buat dulu sebab tanpa air rebusan daging yang sedap ia merupakan punca kegagalan Nasi Daging Utara.. hehe).

  • Daging 600 g
  • Sebiji bawang merah (besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 uncang sup bunjut
  • Air kosong 6 cawan
  • 3/4 kiub ayam
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia bersama.
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan apabila minyak panas, tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau. Masukkan juga bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan sup bunjut.
  • Apabila naik bau dan nampak kekuningan, masukkan air. Masukkan air dan garam sekali.
  • Kemudian masukkan daging dan kiub ayam. Reneh sehingga daging lembut. Buang lemak-lemak daging yang timbul apabila kita merebus daging.
  • Tutup api jika daging telah lembut.

Bahan-bahan Nasi:

  • Sebiji bawang merah (besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sb mentega
  • 1 sudu rempah sup (jadikan pes)
  • Daging yang telah di rebus
  • Susu cair 1/2 tin
  • Air kosong 4-5 cawan (bergantung pada jenis beras)
  • Beras 3 mangkuk (kalau pakai beras Basmathi lagi sedap)
  • Kiub ayam
  • Daun pandan
  • Kismis dan gajus.

Cara-caranya:

  • Cairkan mentega di atas periuk panas. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan sekali buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau sehingga naik bau.
  • Apabila penumis telah nampak kekuningan, masukkan pes rempah sup dan kacau sehingga naik minyak.
  • Masukkan daging yang telah direbus, kacau sehingga sebati dan masukkan beras.
  • Kacau beras sehingga semua beras sebati dengan rempah itu.
  • Masukkan air rebusan daging 4-5 cawan dan 1/2 tin susu cair. Jika air rebusan tidak cukup, korang boleh tambah dengan air panas.
  • Masukkan daun pandan. Kacau dan tutup nasi dengan tutup periuk.
  • Kacau sekali sekala nasi supaya rempah daging tidak mendap di bawah dan nasi di kerak tidak hangus.
  • Apabila nasi sudah kering, taburkan kismis dan gajus di atas nasi dan kacau. Tutup api dapur.

Tadaaaaa…. dah siap! Pastikan masukkan unsur-unsur kecintaan dan kasih sayang semasa masak. Pasti masakan jadi sedap ngamhoo!! Selamat mencuba…