ADUH, SAKITNYA GIGIKU!

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain sakit gigi. Sakit di bahagian gigi geraham. Tuhan sahaja yang tahu betapa pedih, perit dan ngilu sakit gigi ini. Sebenarnya gigi ini dah lama sakit tapi Ain buat tidak kisah sahaja sebab takut jumpa doktor gigi. Doktor gigi itu ibarat raksasa nak makan orang bayangan saya ketika kecil dulu. Takutnya itu sampai ke tua.. Hehehe..

Kebetulan pula ada kawan Ain yang tengah mengandung juga sakit gigi. Memang kesian sebab nak makan pon tidak lalu makan. Pergi ke klinik gigi, doktor gigi cakap tidak di galakkan cabut gigi masa mengandung. Sudahnya menanggung sakit tiada kesudahan sampai nak tidur pon tidak boleh.

cabut gigi ketika mengandung

Sebenarnya cabut gigi semasa mengandung ini bahaya tak? Ia terbahagi mengikut trimester iaitu:

  • Trimester Pertama: Pada ketika ini organ dalaman bayi seperti buah pinggang, hati dan jantung sedang terbentuk. Janin akan terencat perkembangannya jika ibu mengalami stress yang teramat. Jika anda sakit gigi pada waktu ini, seeloknya-eloknya dapatkan rawatan pergigian akhir trimester 1.
  • Trimester Kedua: Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk membuat apa sahaja aktiviti pergigian seperti cabut gigi, tampal gigi, scalling dan pelbagai lagi kerana pada waktu ini bayi sedang berkembang. Pembentukan organ telah di lakukan pada trimester pertama.
  • Trimester Ketiga: Cabut gigi pada waktu ini adalah sangat berisiko kerana akan menyebabkan tekanan pada kandungan . Tambahan pula jumlah kuantiti steriod yang di gunakan agak tinggi akan menyebabkan rahim mengecut dan kelahiran pramatang. Rawatan gigi pada ketika ini sebaik-baiknya di lakukan pada awal trimester ketiga.

Cadangan ubat-ubatan yang selalu diberikan oleh doktor ialah ibuprofen atau paracetamol untuk megurangkan kesakitan manakala untuk mengelakkan jangkitan doktor selalunya akan memberikan antibiotik Amoxilin. Walaubagaimanapun korang perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana ubat dkhuatiri ada sesetengah ibu mengandung alah kepada ubat ubatan.

ibu mengandung sakit gigi

Penjagaan gigi semasa kehamilan

  • Jaga kebersihan mulut – gosok gigi sehari 2 kali iaitu bangun tidur dan sebelum tidur.
  • Berkumur-kumur selepas makan untuk menghilang sisa makanan yang melekat di celah gigi bagi mengelakkan kaviti.
  • Gunakan ubat gigi tanpa florida kerana ubat gigi yang mempunyai florida akan menganggu janin jika diambil secara berlebihan. Setakat hari ini jenama yang mengeluarkan ubat gigi untuk ibu mengandung ialah Pureen.
  • Ikuti temujanji seperti yang di jadualkan oleh doktor gigi. Jangan mengelat!
  • Elakkan makanan yang manis yang boleh meningkatkan risiko masalah gigi
  • Gunakan berus gigi berusnya jenis Soft.
  • Ambil pil kalsium untuk mengelakkan pendarahan gigi semasa mengandung.

Pengalaman Ain ketika mengandungkan kedua-dua orang anak,  Ain selalunya akan serah diri buat temujanji dengan doktor untuk mengenalpasti gigi yang rosak dan buat pembersihan gigi. Terdapat simen (plaster) tampal yang untuk gigi berlubang selamat untuk ibu mengandung. Sebelum sakit gigi sampai berguling-guling lebih baik serah diri pada doktor. Sakit gigi jangan buat main ye.. Bahaya jika  dibiarkan..

TAKUTNYA MAKAN UBAT MASA MENGANDUNG NI!

Assalamualaikum w.b.t. Untuk pengetahuan korang, Ain dah 3 minggu menahan batuk yang tidak berkesudahan. Dua botol ubat batuk habis ku telan tapi batuk tak hilang-hilang. Sedikit sebanyak menganggu kehidupan harian.

Almaklumlah negara kita di landa musim panas yang melampau sekarang ni. Kalau pergi klinik memang berderet orang menunggu. Ain juga tidak terlepas join sekali senarai menunggu itu. Semasa sedang menunggu itu, Ain jumpa Kak Edryn iaitu kawan sepejabat yang sedang mengandung sekitar 20 minggu.

Semasa sedang menunggu itu, kami rancak bersembang tentang perihal pejabat. Ala korang ni macam tak tau pula gegirls kalau berjumpa mesti cerita tentang resepi masak ketupat yang paling sedap (campur macam-macam perisa lagi sedap).. Hahaha

ibu mengandung selsema

Sambil itu kak Edryn bercerita tu tentang ke runsingan beliau samada ubat doktor selamat tak semasa mengandung. Ye la banyak cerita tak best dengar yang menyebabkan kecacatan pada kandungan akibat mengambil ubat. Lalu dengan muka seriusnya gaya professor klon, Ain tanya kak Edryn:

Kak, akak rasa doktor yang ada sekarang ni dulu belajar dimana ya? Matrikulasi je ke?

Sedas pertanyaan celupar ku berikan sebab banyak sangat ibu mengandung demam takut mengambil ubat termasuk kak Edryn. Akhirnya memberikan kesan kepada bayi tersebut kerana jangkitan kuman. Kenapa ya takut sangat?

Meh sini Ain cerita sedikit pengalaman yang Ain buat semasa demam masa mengandungkan anak-anak dulu.

ibu mengandung sakit

Pilihan Klinik

Ain akan pilih Klinik Ibu dan Anak tidak kira klinik kerajaan atau swata sebab klinik ibu dan anak ini selalunya mempunyai kepakaran tentang masalah semasa mengandung, wanita dan tentang anak-anak kecil. Jadi tiada masalah pemberian ubat tidak mengikut preskripsi. Lagipun doktornya berpengalaman luas.

Maklumkan pada doktor yang anda mengandung

Jangan ingat doktor tahu korang mengandung ya.. sebab ada orang mengandung masih lagi nampak macam tak mengandung. Ini supaya doktor berikan preskripsi ubat yang betul.

Ceritakan masalah anda pada doktor

Ain akan ceritakan masalah Ain sampai Ain puas hati yang doktor itu faham tentang masalah Ain ni. Ain akan tanya macam-macam pada doktor tetapi sebelum jumpa dokor tu Ain akan catit dulu apa yang perlu ditanya. Sekaligus kita tiadalah fikir yang bukan-bukan tentang kandungan kita dan berpuas hati jawapan yang berikan.

Antibiotik untuk ibu mengandung

Selalunya doktor akan berikan antibiotik jenis Amoxilin dan ia selamat untuk ibu mengandung dan menyusu. Jangan tak makan antibiotik ya. Sebab bila kuman yang tidak mati ia akan pergi ke bayi. Ain cerita ni sebab Ain pernah kena marah dengan doktor sebab takut makan antibiotik.. hehehe

Doktor cakap lagi bahaya kalau awak tak ambil antibiotik sebab kuman itu akan menyerang kandungan awak. Terkesima dan melopong-lopong diriku mendengar. Terus insaf.

Apa yang Ain perhatikan penggunaan panadol terlalu kerap semasa mengandung boleh menjejaskan kandungan. Ibu mengandung selalu demam kerana mempunyai sistem pertahanan badan yang sangat rendah. Jadi peluang nak kena penyakit itu tinggi. Jadi apakah makanan yang paling selamat untuk ibu mengandung?

Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah Oren, Avacado, Strawbery, kobis bunga dan lain-lain lagi. Elakkan berada di tempat yang berisiko seperti tempat orang ramai dan tempat kotor berhabuk.

Ok sekarang ni jangan takut-takut ya!

 

SUAMI MAKAN HATI KERANA ISTERI SELALU MARAH KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain update blog di temani secawan tea hijau. Orang kata tea hijau boleh kuruskan badan. Best juga tu sambil taip entry sambil kurus… hehehe.. Kurus jari-jemari mak..

Berbalik kepada tajuk entry ini, korang pernah tak rasa macam nak cekik-cekik je suami korang masa mengandung? Ada sahaja yang tidak kena. Kalau suami pula perasan tak masa mengandung isteri banyak melenting walaupun salah sedikit?

Pengalaman Ain sendiri masa mengandungkan anak yang kedua memang sangat mencabar emosi. Bayangkan tengah asyik menggosok baju boleh pula naik angin tak tentu pasal. Macam-macam ada di fikiran masa itu. Rasa nak marah semua orang. Penyelesaiannya Ain tinggalkan dulu tempat menggosok itu dan istighfar. Bila dah ok baru sambung balik.

Sebenarnya masalah emosi marah ketika mengandung bukan emosi yang boleh kita abaikan. Ia perlu diberi perhatian. Jangan ambil mudah dan simpan dalam hati. Perasaan marah itu sendiri datang daripada syaitan. Bila kita lagi kuat marah lagi syaitan suka. Syaitan ni kan kalau boleh mereka nak gugurkan dan ganggu kandungan kita. Antara hasutan yang sering syaitan lakukan mengidam tak tentu hala contohnya nak kebab arab panas-panas jam 4 pagi, kalau tak dapat minta cerai, tak nak balik rumah mentua sebab bila balik je rumah mentua rasa nak muntah. Nampak tak permainannya situ?

Jadi apakah yang kita perlu lakukan untuk mengatasi masalah ini?

  • Pertama: Baca al-Quran, al-Mathurat dan ayat Qursi. Ini adalah sebaik-baik pendinding.
  • Kedua: Banyakkan berzikir. Bila hati sentiasa ingat pada Allah, insyallah susah syaitan nak menghasut kita.
  • Ketiga: Kenalpasti punca stress. Contohnya semasa mengandung kita tidak suka bau suami. Cuba cakap elok-elok dengan suami tentang ketidakselesaan itu daripada simpan dalam hati. Bila simpan dalam hati, suami datang dekat terus tarik muka, kan dosa tu.
  • Keempat: Gunakan haruman aroma terapi. Aroma terapi dapat menenang perasaan yang tengah marah dan tertekan. Kalau boleh guna yang untuk kegunaan harian seperti losyen, mandian dan bau bilik.
  • Kelima: Cari teman yang sesuai dan boleh dipercayai untuk berkongsi masalah. Kalau boleh kita join kumpulan-kumpulan ibu mengandung untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan menyeelsaikan masalah.
  • Keenam: Dapatkan nasihat doktor/kanselor tentang masalah yang anda hadapi ketika ini.

Amalkan perkara-perkara di atas insyallah pasti membuahkan hasil. Orang selalu cakap:

Biasalah orang mengandung memang selalu marah-marah…. Lepas bersalin nanti ok la..

 

Ini bukan perkara biasa tetapi ini adalah perkara yang sangat penting untuk kesihatan emosi bayi dan ibu. Tahukah anda bayi yang kuat meragam disebabkan oleh tekanan emosi yang di alami ibunya ketika mengandung?

PERLUKAH MENGHADIRI KELAS ATENATAL?

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi,

Ain teringat masa mengandungkan anak yang pertama, Ain dan suami di minta oleh doktor untuk pergi ke kelas atenatal anjuran hospital tempat yang bakal Ain bersalin. Kelas Atenatal itu di adakan pada hari Sabtu/Ahad. Kebanyakkan kelas Atenatal yang dianjurkan oleh hospital adalah percuma tetapi ada juga yang di kenakan bayaran tidak lebih RM 100.00. Biasanya masa yang paling sesuai untuk menghadiri kelas atenatal sekitar 8-10 minggu sebelum kelahiran.

kelas ibu mengandung

Apakah yang di pelajari di dalam kelas atenal? Di dalam kelas atenatal, Ain pelajari banyak perkara seperti senaman ibu mengandung, senaman untuk memudah proses bersalin, cara menjaga kesihatan semasa hamil, cara urutan ibu hamil dan cara pengurusan bayi. Sebagai ibu yang mengandungkan anak yang pertama, pengalaman menghadiri kelas atenatal ini sangat membantu. Disamping itu dapat juga mengurangkan rasa takut untuk menghadapi proses bersalin kelak.

Ain juga berkongsi cerita dengan ibu-ibu lain. Setiap orang mempunyai masalah kehamilan yang berbeza dan masing-masing takut nak bersalin termasuk lah diri ku… hehe.

Pada pandangan Ain memang sangat penting untuk menghadiri kelas atenatal ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan sokongan emosi. Biasanya kelas atenatal mengambil masa hanya 3-4 jam sahaja. Jadi korang boleh luangkan masa menghadiri kelas ini samada mengambil cuti atau pergi semasa hari minggu.

Selepas Ain menghadiri kelas atenatal dan amalkan kaedah senaman kehamilan yang diajar baru lah rasa lega dan badan pun ringan sedikit. Ye lah bila dah masuk trimester yang terakhir masalah kaki bengkak, sakit pinggang, keletihan mula menjelma. Bila bersenam tu aliran darah pun berjalan dengan lancar.

Seelok-eloknya pergi ke kelas atenatal ini bersama pasangan sebab memang ada aktiviti yang melibatkan kedua-dua pihak dan suami boleh ambil tahu tentang kehamilan isteri. Jadi korang sila lah merajinkan diri untuk menghadiri kelas atenatal. Tak rugi pun kalau pergi sebab macam-macam ilmu baru yang bakal di pelajari.