KURANG DARAH SEMASA MENGANDUNG MENGANGGU TUMBESARAN KANDUNGAN

Assalamualaikum w.b.t. Kurang darah ketika mengandung adalah perkara yang mengerikan bagi sesetengah ibu mengandung kerana ia akan menganggu tumbesaran bayi di dalam kandungan dan meletakkan ia dalam keadaan bahaya. Kurang darah dalam bahasa sains ialah anemia. Kurang darah berlaku kerana kekurangan zat besi di dalam tubuh untuk menghasilkan hemoglobin. Ibarat agen yang membawa oksigen keseluruhan badan tetapi tidak cukup tenaga kerja. Gitu lah perumpamaannya.

baby

Tanda-tanda seseorang telah mengalami masalah kurang darah semasa mengandung ialah:

  • Kepenatan teramat melampau
  • Sering berasa pening dan rasa seperti hendak pitam
  • Wajah pucat
  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar
  • Menggigil

Jadi apakah yang menyebabkan seseorang itu anemia semasa mengandung?

  • Terlalu kerap mengambil minuman berkafien seperti kopi dan teh akan menganggu penyerapan zat besi di dalam tubuh.
  • Kekurangan asid folic juga akan memburukkan lagi keadaan.
  • Tidak mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang

Apakah bacaan yang paling cantik dan cun melecun hemoglobin?

Bacaan yang paling sesuai hemoglobin ialah 11gm/dl. Hemoglobin ketika itu berada dalam keadaan baik. Sekiranya hemoglobin ibu jatuh sehingga 9-8gm/dl selalu nya doktor akan memberi serba sedikit nasihat hemoglobin menaikkan darah dan memberi pil zat besi untuk tambah darah.

makanan naikkan hb

Makanan untuk menaikkan hemoglobin darah yang mempunyai zat besi, vitamin C dan asid folic:

  • Hati
  • Sayuran hijau
  • Bijirin
  • Tembikai
  • Daging merah
  • Ayam
  • Kiwi
  • Buah Oren
  • Telur
  • Kismis

Apakah kaitan zat besi, asid folic dan VitaC?

Jika di kehidupan nyata ibarat laila dan majnun. Tanpa laila majnun kesunyian dan kesepian. Chewah! Macam itu juga mereka-mereka ini. Penyerapan zat besi akan menjadi semakin baik jika berserta asid folic manakala penyerapan asid folic semakin banyak apabila diambil bersama Vitamin C. Pastikan korang mengambil kesemua vitamin ini dalam makanan harian. Kalau tidak dapat mengambil kesemuanya korang boleh mencuba makanan tambahan untuk hilangkan anemia.

 

 

ADUH, SAKITNYA GIGIKU!

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain sakit gigi. Sakit di bahagian gigi geraham. Tuhan sahaja yang tahu betapa pedih, perit dan ngilu sakit gigi ini. Sebenarnya gigi ini dah lama sakit tapi Ain buat tidak kisah sahaja sebab takut jumpa doktor gigi. Doktor gigi itu ibarat raksasa nak makan orang bayangan saya ketika kecil dulu. Takutnya itu sampai ke tua.. Hehehe..

Kebetulan pula ada kawan Ain yang tengah mengandung juga sakit gigi. Memang kesian sebab nak makan pon tidak lalu makan. Pergi ke klinik gigi, doktor gigi cakap tidak di galakkan cabut gigi masa mengandung. Sudahnya menanggung sakit tiada kesudahan sampai nak tidur pon tidak boleh.

cabut gigi ketika mengandung

Sebenarnya cabut gigi semasa mengandung ini bahaya tak? Ia terbahagi mengikut trimester iaitu:

  • Trimester Pertama: Pada ketika ini organ dalaman bayi seperti buah pinggang, hati dan jantung sedang terbentuk. Janin akan terencat perkembangannya jika ibu mengalami stress yang teramat. Jika anda sakit gigi pada waktu ini, seeloknya-eloknya dapatkan rawatan pergigian akhir trimester 1.
  • Trimester Kedua: Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk membuat apa sahaja aktiviti pergigian seperti cabut gigi, tampal gigi, scalling dan pelbagai lagi kerana pada waktu ini bayi sedang berkembang. Pembentukan organ telah di lakukan pada trimester pertama.
  • Trimester Ketiga: Cabut gigi pada waktu ini adalah sangat berisiko kerana akan menyebabkan tekanan pada kandungan . Tambahan pula jumlah kuantiti steriod yang di gunakan agak tinggi akan menyebabkan rahim mengecut dan kelahiran pramatang. Rawatan gigi pada ketika ini sebaik-baiknya di lakukan pada awal trimester ketiga.

Cadangan ubat-ubatan yang selalu diberikan oleh doktor ialah ibuprofen atau paracetamol untuk megurangkan kesakitan manakala untuk mengelakkan jangkitan doktor selalunya akan memberikan antibiotik Amoxilin. Walaubagaimanapun korang perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana ubat dkhuatiri ada sesetengah ibu mengandung alah kepada ubat ubatan.

ibu mengandung sakit gigi

Penjagaan gigi semasa kehamilan

  • Jaga kebersihan mulut – gosok gigi sehari 2 kali iaitu bangun tidur dan sebelum tidur.
  • Berkumur-kumur selepas makan untuk menghilang sisa makanan yang melekat di celah gigi bagi mengelakkan kaviti.
  • Gunakan ubat gigi tanpa florida kerana ubat gigi yang mempunyai florida akan menganggu janin jika diambil secara berlebihan. Setakat hari ini jenama yang mengeluarkan ubat gigi untuk ibu mengandung ialah Pureen.
  • Ikuti temujanji seperti yang di jadualkan oleh doktor gigi. Jangan mengelat!
  • Elakkan makanan yang manis yang boleh meningkatkan risiko masalah gigi
  • Gunakan berus gigi berusnya jenis Soft.
  • Ambil pil kalsium untuk mengelakkan pendarahan gigi semasa mengandung.

Pengalaman Ain ketika mengandungkan kedua-dua orang anak,  Ain selalunya akan serah diri buat temujanji dengan doktor untuk mengenalpasti gigi yang rosak dan buat pembersihan gigi. Terdapat simen (plaster) tampal yang untuk gigi berlubang selamat untuk ibu mengandung. Sebelum sakit gigi sampai berguling-guling lebih baik serah diri pada doktor. Sakit gigi jangan buat main ye.. Bahaya jika  dibiarkan..

GBS PUNCA BAYI MENINGGAL DI DALAM KANDUNGAN

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain nak bawa tajuk yang agak berat iaitu GBS punca bayi meninggal di dalam kandungan. Apakah GBS? GBS ialah Group B Streptococcus. Streptococcus merupakan bakteria yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan kecacatan dan maut kepada bayi dalam kandungan atau semasa proses bersalin. GBS hanya berlaku kepada wanita hamil yang mengidap kencing manis. Walaubagaimanapun tidak semua pengidap kencing manis semasa hamil mengidap GBS.

keputihan berbau

GBS ini boleh menyerang mana-mana wanita mengandung tanpa di sedari. Ia hadir dalam bentuk keputihan. Kebanyakkan wanita menganggap keputihan semasa mengandung adalah perkara biasa tetapi ia menjadi bahaya apabila tidak di rawat. Keputihan semasa mengandung ada dua kategori iaitu keputihan yang di sebabkan jangkitan fungal dan di sebabkan oleh jangkitan GBS. Keputihan ini berlaku disebabkan perubahan hormon dan antibody yang lemah. Ain ada huraikan tentang keputihan semasa mengandung di dalam entry ini. Cecair putih itu sungguh merimaskan sampai tak senang duduk.

BAGAIMANA NAK MENGESAN GBS?

Selalunya pada akhir trimester kehamilan sekitar 35 minggu -37 minggu doctor akan mengambil sedikit sample (swab) di dalam vagina dan di buat ujian maklumat untuk mengenalpasti kehadiran bakteria Streptococcus. Jika di dapati ibu mengandung tersebut positif GBS maka doktor akan berikan antibiotic untuk mengelakkan kuman itu menjangkiti bayi semasa proses kelahiran. Korang juga boleh buat pemeriksaan sendiri klinik-klinik swasta ketika memasuki trimester kedua untuk persediaan awal.

TANDA-TANDA MENGIDAP GBS:

  • Cairan vagina menjadi lebih kental, kehijauan dan busuk yang teramat
  • Vulva vagina terasa gatal teramat dan rasa seperti ingin mengaru sahaja
  • Vulva vagina juga berasa panas seperti terbakar
  • Rasa sakit dan perit ketika membuang air kecil dan ketika bersama dengan suami
  • Saluran vagina membengkak

punca bayi pramatang

RISIKO GBS SEMASA KEHAMILAN

  • Berlaku kelahiran pramatang seawal 24 minggu. Bakteria memasuki selaput amnion yang mengelilingi bayi. Ia akan menyebabkan selaput amnion itu bocor dan air ketuban pecah dan kelahiran berlaku. Bayi pramatang berkemungkinan besar akan mengalami kecacatan mental, kesukaran belajar dan buta.
  • Bayi meninggal di dalam kandungan akibat jangkitan

RAWATAN GBS:

  • Ambil pil antibiotik untuk mematikan kuman.
  • Sekiranya kelahiran semakin hampir, doktor akan memasukkan ubat peluru di dalam vagina atau suntikan antibiotik.
  • Elakkan memakan roti, donut, cakoi. Makanan ini mengandungi yis. Yis akan menyebabkan bakteria semakin membiak.
  • Ambil yogurt setiap hari kerana di dalam yogurt mengandungi bacteria baik iaitu Lactobacillus yang berperanan melawan bakteria GBS.
  • Elakkan bersama dengan suami pada waktu ini untuk mengelakkan keadaan semakin teruk.
  • Elakkan penggunaan pencuci wanita kerana ia akan mematikan flaura dan fauna bahagian premium
  • Jangan basuh vagina menggunakan teknik douching
  • Jaga kebersihan tempat premium

 

Jangan takut! Bakteria ini mudah di hapuskan dengan syarat ambil antibiotik yang diberikan dan ambil langkah-langkah pencegahan yang di cadangkan. Pendek kata jaga pemakanan, jaga emosi, jaga kebersihan dan banyakkan berdoa semoga proses kehamilan berjalan dengan lancar.

CECAIR PUTIH ITU SUNGGUH MERIMASKAN SAMPAI TIDAK SENANG DUDUK

Assalamualaikum w.b.t. Nak tahu apakah itu cecair putih? Rasanya orang perempuan memang menyampah sangat dengan cecair ini. Cecair putih itu ialah keputihan. Keputihan dan kehamilan memang tidak dapat di pisahkan. Ibu mengandung pasti akan terkena keputihan. Keputihan ini sebenarnya untuk melindungi bayi kita daripada jangkitan. Macam mana saya cakap keputihan melindungi janin? Dengan pertukaran warna dan bau kita sudah tau samada bahaya atau tidak bahagian premium tersebut.

gatal-gatal di kemaluan

Untuk keputihan yang teruk selalunya cecair yang di keluarkan berwarna hijau dan berbau busuk. Jika korang mengalami keadaan sebegini, sila cepat-cepat pergi ke hospital jumpa doktor. Keputihan sebegini akan menyebabkan kegatalan, rasa panas, tidak selesa dan sakit ketika buang air kecil atau ketika bersama. Biasanya doktor akan beri antibiotik dan ubat peluru.

Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan saya menjaga kebersihan bahagian premium?

Ibu mengandung memang normal mengalami keputihan semasa mengandung kerana perubahan hormon. Selain itu ibu mengandung juga mengandungi sistem pertahanan badan yang rendah. Jadi tidak mustahil kuman mudah menyerang. Apa yang penting proses penjagaanya.

Jadi bagaimana hendak elakkan keputihan?

 

makanan hilangkan keputihan

  • Anda perlu kerap tukar seluar dalam bagi mengelakkan kuman semakin bertambah. Tukar 3 kali sehari.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan keputihan teruk seperti makanan pedas, manis dan berempah.
  • Amalkan pengambilan yorgurt setiap hari bagi membekalkan kultur hidup kerana yougurt mempunyai bakteria lactobacillius yang membantu mebunuh bakteria.
  • Jangan pakai seluar dalam yang ketat.
  • Banyakkan mengambil makanan yang tinggi antioksida seperti buah oren, kiwi, prune dan pelbagai lagi untuk menghalang dan melawan jangkitan.
  • Kawal berat badan. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kedua-dua peha bergesel dan meransang pembiakan kuman..
  • Elakkan menggunakan pencuci wanita yang mempunyai sabun kerana ia menjadikan bahagian premium semakin kering.
  • Cuci bahagian premium sebelum dan selepas melakukan hubungan.

Keputihan yang teruk akan menyebabkan bayi di lahirkan cacat jika terkena jangkitan dan kelahiran pramatang. Jadi silalah jaga kebersihan!

CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT KEPALA TANPA PERLU MAKAN UBAT

Assalamualaikum w.b.t. Semasa mengandungkan anak yang pertama Ain selalu sakit kepala yang teramat sampai langsung tidak boleh buat kerja. Setiap kali mengandung Ain akan mengalami tekanan darah rendah dan selalunya doktor akan pantau tekanan darah Ain. Tekanan darah rendah semasa mengandung bahaya tau kerana akan membahayakan kandungan.

sakit kepala

 

Sakit kepala ketika mengandung disebabkan kekurangan darah mengalir ke otak dan otak memerlukan kandungan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Ibaratnya air paip rumah kita, keluar laju atau lambat. Jadi bagi mengelakkan korang mengalami masalah macam Ain ni, cuba korang buat beberapa tips ini. Insyallah berhasil…

  1. Sekarang ini kan musim panas melampau. Jadi elakkan berada di bawah panas terik matahari terlalu lama. Panas terik matahari akan menyebabkan dehidrasi pada tubuh. Ikuti tips tubuh kekal dehidrasi di sini. Tips kekal sihat semasa musim panas…
  2. Apabila ingin bangun dari tempat duduk atau pembaringan, sila lah bangun degan perlahan. Jangan bangun dengan tergesa-gesa.
  3. Jangan berdiri terlalu lama. Ini kerana semasa korang berdiri darah banyak pergi ke kaki jadi ambil masa juga nak pulih jadi normal. Cuba duduk dengan perlahan-lahan.
  4. Elakkan makanan yang berangin. Makanan berangin juga boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan badan berangin.
  5. Urut kepala dan tarik rambut secara lembut kepala yang sakit untuk melancarkan peredaran darah.
  6. Kadang-kadang panas juga boleh menyebabkan sakit kepala. Korang boleh letak penyejuk seperti cooler bag atau kepala bagi meredakan kesakitan.

Semoga membantu.. Mata Ain dah kuyu dan layu ni… Bantal dah memanggil-manggil minta di tiduri.. hehee… Selamat malam!

RASA MACAM NAK MENANGIS BILA KAKI BENGKAK, SAKIT DAN PENUH URAT

Assalamualaikum w.b.t. Ini kisah kawan Ain yang menderita kaki bengkak ketika mengandung. Kesian beliau sebab kakinya sentiasa dalam kesakitan dan susah nak bergerak. Tambahan pula usia kandungannya memasuki hampir 30 minggu.

Biasalah bila dah masuk trimester ke 3 memang macam-macam masalah akan menjelma seperti kaki bengkak, sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi. Jadi Ain membantu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah kawan saya ini.

Kawan saya ini memang kerjanya banyak berdiri dan berjalan. Jadi tekanan di kaki lebih di situ. Istilah orang lama cakap simpul biawak, orang sekarang cakap Vena Varikos. Kaki beliau selalu kejang dan urat timbul di sekitar kaki. Kaki dah macam pokok akar kayu. Memang menggerunkan. Jadi apakah punca simpul biawak semasa mengandung ini?

Simpul biawak berlaku semasa mengandung kerana hormon yang di keluarkan oleh uri (plasenta) membuatkan urat mengembang. Tambahan pula injap menjadi rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi darah akan berkumpul di kaki dan tidak dapat mengalir ke jantung. Biasanya salur darah akan mengembang dan berwarna biru kerana warna hemoglobin darah yang kekurangan oksigen.

Sebab lain pula kerana saiz rahim yang semakin membesar dan berat semakin menekan bahagian bawah seterusnya menghalang darah naik keatas. Ritma injap lama-kelamaan menjadi kekal dan meyebabkan ia terkumpul di kaki.

Antara tanda-tanda yang sering berlaku pada pesakit simpul biawak ini ialah:

  • Kaki membengkak dan selalu kekejangan.
  • Kelihatan urat-urat yang berwarna biru timbul di kaki.
  • Kudis di bahagian kaki susah nak baik.

Komplikasi yang akan berlaku kepada ibu mengandung ialah:

  • Jangkitan kuman pada saluran darah
  • Pendarahan berlaku dan boleh membahayakan nyawa

Kaedah rawatan yang boleh membantu ialah:

rawatan simpul biawak

  • Pakai stokin khas untuk pesakit simpul biawak. Sekarang ini macam-macam jenis stokin yang ada di pasaran. Korang boleh cari di farmasi.
  • Kurangkan berdiri terlalu lama
  • Apabila berehat, tinggikan kaki.
  • Membuat senaman yang melancarkan peredaran darah ke kaki seperti mengayuh basikal dan berjalan kaki.
  • Penggunaan ubatan seperti Dafilon yang memberikan ketahanan kepada sakur sarah dan mengecutkannya. Ubat ini selamat di ambil oleh ibu hamil.

Jadi korang yang mana ada masalah macam ini boleh cuba kaedah rawatan di atas. Selamat mencuba!

SAKIT PERUT KETIKA MENGANDUNG PETANDA CYST

Assalamualaikum w.b.t. Korang…  nak cer cite sikit ni. Kawan Ain kan namanya Jenab (bukan nama sebenar) dia mengandung tetapi bila dia buat scan awal kehamilan dalam 8-9 minggu gitu doktor beritahu beliau ada cyst di dalam rahim dia. Seriau tau!

cyst ketika mengandung

Kesian Ain nengok dia asyik termenung je memikirkan kandungannya. Jadi selaku kawan baik beliau yang amat taking care (sambil buat muka comel kelip-kelip mata), Ain nasihatkan Jenab supaya bertanya pada doktor yang pakar tentang permasalahannya itu. Ye lah setahu Ain cyst ni boleh menganggu tahap kesuburan seseorang. Kalau cyst ada masa mengandung tidak tahu pula.

Di sebabkan Jenab terlalu sedih bersedu sedan maka Ain berusaha mencari maklumat tentang permasalah beliau dengan bertanyakan kawan-kawan lain, merujuk google dan doktor . Jenab ni kawan baik Ain. Ain tak sampai hati nengok dia sedih.

Jadi apa yang boleh di simpulkan cyst semasa mengandung memang tidak membahayakan jika ia di pantau. Camne tu?

Selalunya doktor akan pantau saiz pembesaran cyst samada semakin membesar, mengecil atau statik. Selalunya jika cyst yang besar tidak lebih 5 cm doktor akan biarkan ia mengecil sendiri jika ia tidak membahayakan ibu dan bayi.

Cyst yang berbahaya apabila ia mengandungi sel-sel kanser, saiznya melebihi 5 cm kerana di takuti akan pecah, berdarah dan berpintal. Pada saat ini pembedahan perlu di lakukan. Walaubagaimapun bukan semua cyst ketika mengandung tu bahaya ye. Jangan risau. Kandungan cyst ni terdiri daripada cecair yang terdiri daripada telur (ovum) yang tersekat di kilang telur (ovari).

Selalunya doktor akan beri kebenaran untuk membuang cyst ini apabila usia kandungan masuk trimester kedua. Jika di lakukan pada trimester yang pertama di takuti akan menyebabkan keguguran pada kandungan.

Ketidakselesaan yang selalu dikaitkan dengan cyst ini ialah rasa senak dan menekan di dalam perut. Ni Jenab rasa. Bila sakit tu sampai memang tak jadi apa. Jenab juga kerap buang air kencing rasanya seperti tidak dapat ditahan-tahan. Minum air setengah jam terus nak kencing. Kesian nengok dia. Kalau masuk meeting memang dia tak minum air lebih. Tak nak ulang alik pergi bilik air katanya.

Sekarang ini usia kandungan Jenab dah masuk usia 24 minggu dan alhamdulillah beliau dan bayi tiada apa-apa masalah. Cuma Jenab sekarang ni jadi kuat makan. Macam-macam dia mengidam. Salah satunya ulam bronok. Bronok tu spesis binatang macam ulat mulong. Ulat mulong tu ngeri nau, bronok ni cun sikit dan kulitnya warna kelabu. Kat Langkawi banyak. Ish.. ish.. ikut suka kau lah Jenab janji kau dan bayi sihat dan selamat. Layann…

TANDA KEGUGURAN KANDUNGAN DI AWAL KEHAMILAN

Assalamulaikum w.b.t. Topik hari ini agak sedih sikit. Ia berkenan keguguran kandungan ketika hamil. Ain rasanya ada pengalaman tersendiri dan sampai sekarang teringat dan agak terkilan. Semasa itu Ain demam tak kebah hampir 2 minggu. Sebut je mana-mana klinik pasti diriku terjah tetapi masih belum lagi diizinkan Allah. Jadi penyelesaiannya minum air kelapa. Kami semasa kecil memang kelaziman jika demam je mesti minum air kelapa. Remedi semulajadi orang dulu-dulu.

keguguran 2

Pagi itu ok je minum siap mengemas rumah dan mengemop lantai bagai. Bila malam secara tiba-tiba perut Ain sakit menyengat. Macam kena cucuk dengan benda tajam lalu berlakulah pendarahan dengan rasminya. Sebenarnya Ain lewat datang period tetapi bila nengok keputusan pregnancy kit tu tak de pape, so ain pun balun  air kelapa bagai nak rak. Bila di fikirkan balik memang menyedihkan tetapi rezeki itu Allah yang tetapkan. Redha dan sabar adalah penyelesaiannya.

Berbalik dengan tajuk entry ini, bagaimana nak mengetahui tanda-tanda keguguran di awal kehamilan? Setiap orang ada bermacam-macam tanda tetapi ini adalah tanda paling biasa yang di alami ramai orang.

Tanda-tanda keguguran ialah:

  • Pendarahan samada sedikit atau banyak. Jika berlaku pendarahan hanya setitik dua atau sedikit, berkemungkinan ia berpunca daripada proses penempelan ovum di rahim tetapi jika pendarahan tersebut berlaku sehingga berhari-hari dan dalam kuantiti yang banyak, korang digalakkan supaya bertemu dengan doktor.
  • Perut terasa kejang dan tidak selesa – Rasa kejang seperti kita buat sit up dan ia berlarutan
  • Ari-ari terasa sakit menyengat seperti mencucuk sehingga menganggu urusan seharian
  • Demam
  • Lemah tubuh badan
  • Sakit pinggang

Sebab berlakunya keguguran ada banyak. Antaranya ialah:

  • Kromosom yang tidak normal. Kromosom inilah yang akan menentukan jantina, rambut, warna matta dan lain-lain.
  • Jangkitan seperti jangkitan kulat, jangkitan pundi kencing, jangkitan herpes dan pelbagai lagi.
  • Kerap terdedah dengan persekitaran yang merbahaya dan bertoksin. Jika korang selalu isi minyak, elakkan muka korang daripada menyedut gas minyak.
  • Masalah rahim yang tidak normal/ cacat. Ada sesetengah wanita di lahirkan rahim terbalik berisiko untuk keguguran
  • Dinding rahim yang lemah dan menyebabkan bayi keluar awal dari tarikh sepatutnya tanpa rasa sakit.
  • Hormon yang tidak stabil seperti kekurangan hormon kehamilan dan hormon Progestron berlebihan. Ini selalu dialami oleh pesakit PCOS.
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, jarang bersenam, minum arak dan dan kerap stress
  • Mengambil ubat-ubat yang tertentu tanpa preskripsi doktor
  • Sistem pertahanan badan lemah terutamanya pesakit LUPUS/SLE.

Amacam? Ok tak? Kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan… tetapi percayalah setiap kehilangan pasti akan di ganti yang terbaik oleh Allah. Ameen…