MASAKAN SELERA KAMPUNG DI HOT PINDANG KITCHEN, SHAH ALAM

Assalamualaikum wbt. Sebut pasal makan, masa sakit gigi pun rasa lapar. Alhamdulillah sakit gigi sudah beransur pulih. Cuma masakan yang panas-panas kena tunggu dulu la. Jadi bila dah rasa lapar sudah tentu lah kena makan. Ain ni kalau tengah lapar memang tak pandang kiri kanan. Secara kebetulan 3 minggu lepas Ain melawat bapa saudara di KPJ Specialist Hospital, Shah Alam. Balik dari melawat tu perut bernyanyi-nyanyi pula lalu ajak Mr. Hubby singgah makan dulu.

Abang, restoran mana yang mana sedap kat area ini? Lapar lak..

Hurm.. ok jom kita terjah restoran ni.. nama dah tak ingat…

Restoran ni dulu Mr. Hubby selalu lepak dengan kengkawannya lepas habis waktu pejabat. Sekarang ni dah berkerja tempat lain jadi jarang la nak singgah sini. Nama restoran ini ialah Hot Pindang Kitchen. Apabila sampai sahaja tempat parking di hadapan restoran, Ain tertarik dengan konsep ala kampung restoran ini. Teringat masa kecil-kecil dulu di kampung makan di depan beranda siap dengan atap nipah. Masa Ain sampai ni orang tengah tak ramai sekitar jam 6 petang gitu.

restoran hot pindang

Keadaan agak selesa sikit dengan nak melayan karenah anak-anak syurga ni. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, pelayan memberikan senarai menu makanan. Rasa macam nak order je semua sebab semuanya nampak sedap. Tapi perut kecik je. Hehe..

asam pedas hot pindang

Saya macam biasa orang melaka piau asam pedas ikan tenggiri berpisah tiada. Rasa macam dapat terbang ke Melaka sahaja. Kalau nak ikutkan asam pedas nya ni ok-ok je. Boleh la mengubati kerinduan pada emak di kampung. Setiap set di sertakan ikan masin/telur masin dan sambal belacan/keropok ikan.

masak lemak cili padi hot pindang

Pilihan Mr. Hubby pula daging masak lemak cili padi. Kuahnya agak pekat dan pedas. Kalau cair sedikit mesti sedap berganda. Lain orang lain citarasakan?

masak pindang hot pindang

Anak-anak mereka makan kuah pindang. Rasanya agak pedas dan masam sikit. Buat hirup-hirup sedap. Kalau tengah demam tiada selera makan boleh cuba masakan ini. Jasmine dan Zafri tak makan pedas jadi Ain hanya beri ikan masak pindang dan nasi putih berserta kentang tersenyum.

air hot pindang

Bab air, cawannya itu agak mengelirukan samada botol atau cawan. Hahaha… canggih sangat! Jasmine tanya “Apa ni ibu?” ” Ni botol orang buat cawan.. Uncle ni kreatif tau.. hahahah..  Fresh orange ais minum tatkala tengah panas memang asyik!!

Oh ya! Restoran ini ada menyediakan perkhidmatan katering tau. Kot-kot nak buat buat majlis jamuan hari raya boleh la panggil derang. Ni FB Hot Pindang Kitchen. Jadi korang sesambil pergi ke Shah Alam tu boleh la menyinggah di restoran ini. Restoran ini agat tersembunyi sedikit. Ia berada di hadapan Hotel Concored Shah Alam, di dalam taman perumahan. Alamatnya:

Hot Pindang Kitchen Shah Alam

No. 13, Jalan Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor

KISAH KOPI DAN SUPERMAMA YANG RAJIN BERZUMBA

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini Ain di pejabat agak sibuk sikit dengan tugasan yang perlu disiapkan dengan cepat. Nak makan pun sampai tercekik-cekik la orang cakap. Nasib baik kurma coklat Yussuf Thaiyoob menjadi peneman untuk penambah tenaga.

Macam biasa rutin harian Ain balik pejabat terus ambil anak-anak di taska. Perjalanan dari pejabat ke rumah hampir sejam setiap hari menyebabkan Ain dah lali. Penat? Amende tu? Nama sejenis rumput ke? Hahaha.. Jadi isteri, ibu dan perkerja memerlukan Ain tenaga tambahan untuk menggalas peranan itu.

abang kopi

Sampai dirumah saja, nampak bungkusan parcel pos laju atas meja. Buka sahaja.. wah! Ada kopi lah… Untuk pengetahuan korang Ain ni memang penggemar kopi sejak mengandung anak yang kedua tetapi tiadalah sampai hari-hari nak minum kopi.

Ain suka bau kopi. Harum sangat! Perisa kopi yang menjadi kegemaran Ain ialah Caffe Mocha iaitu campuran kopi dan coklat. Lebih-lebih lagi jika di buat ice blended.. memang mengiur untuk secawan kopi yang menggoda.

Tapi bila dah balik kerja ni nak cepat tiada masanya nak ber blended bagai.. Nak kerja senang.. koyak dan kacau. Penyelesaiannya kopi 3 in 1 mudah dan ringkas..

abang kopi

Oh ya kopi parcel itu daripada Abang Kopi (bila masa pula kopi ada keturunan manusia?) Hahaha… Tidak.. beliau adalah penggemar kopi unggul dan nak share tentang kebaikan kopi. Akibat tertarik dengan kopi beliau saya meminta beliau pos kan kepada saya untuk turut menikmati kesedapan kopi tersebut.

Rasa yang pertama….. sedikit pahit dan sedap. Boleh feel la kalau duduk sensorang tepi beranda. Kopi yang digunakan adalah kopi Arabica yang di kenali memang sedap. Fuh! Terangkat juga kopi ni. Lepas sahaja berkopi-kopian, Ain sepantas kilat beraksi di dapur untuk makan malam.

Siap sahaja aktiviti masak memasak, tetiba rasa nak berzumba.. Jadi layan zumba dengan anak-anak.. Berpeluh-peluh kau! Macam lari marathon peluhnya tu. Rasanya kopi itu salah satu penambah faktor peluhan itu. Ye lah kopi kan panas dan boleh meningkatkan metabolisma jadi keinginan memiliki tubuh ibarat Angelina Jolie itu semakin menjadi kenyataan.

Jadi korang sebelum bersenam atau berzumba elok lah pekena kopi dulu ya.. nak lagi senang terjah je blog Abang Kopi dan order terus kopi… hehe.. slurrrrp!

MENGIDAM KENWOOD MIXER DI LAZADA.COM.MY

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya Ain suka memasak. Sebelum kahwin dulu tak de rajin bebenau nak masak.. Ye lah nak masak pun tak canggih sangat tetapi bila dah kahwin ni semangatnya lain macam sikit. Bahagia bila melihat orang yang tersayang makan apa yang kita masak dan perut membesar bagai johan. Perut tu boleh buat bantal tau.. jimat!

kek buah

Suami Ain akan jadi tester terhormat untuk merasa masakkan isterinya. Kaedah pengukurannya ialah bintang!

Abang, berapa bintang kek buah ni?

Selalunya suami Ain kedekut nak bagi bintang. Ain selalu dapat 4.5 bintang. Bila tanya kenapa tak sampai 5 bintang, dia jawab kalau dah sampai 5 bintang tu dah sampai tahap makanan di dalam syurga. Adoi.. laki den ni… macam lah pernah sampai syurga.. hahaha..

Jadi bagi merealisasikan impian untuk menjadi isteri yang pandai memasak tidak kira lauk pauk atau pastri, maka Ain telah telah melancarkan strategi kenyitan mata. Nak tau strategi kenyitan mata tu apa? Korang gi buka lazada.com.my sambil-sambil tu cakaplah kat suami…

Abang, ayang ingat nak buat kek buah yang super sedap la.. mixer lama tu kalau putar laju sikit dia cepat hangit dan semput.. Jadi susah sikit nak buat kek.. kalau ada mixer baru tak de lah penat sangat ayang nak mengadun…

Pastu kenyit mata dengan senyuman semanis madu. Kadar kejayaan menggunakan teknik ini selalunya tinggi. Kaum isteri boleh cuba ni ya.. Hehehe..

Memandangkan Lazada ada membuat promosi tahun baru yang super murah ni maka suami sejuk hati sikit nengok potongan harganya. Alhamdulillah raya nanti boleh la mengadun kek dan kuih raya nak bagi pada mentua dan saudara mara. Mentua Ain suka makan kek buah yang Ain buat sampai request lagi. Insyallah tahun ini ada rezeki la beliau nak merasa lagi.

Jadi para isteri boleh la melancarkan strategi kenyitan mata ini ya. Promosi tahun baru ini sedang berlansung sekarang. Korang boleh klik link gambar Kenwood Mixer kat bawah tu ye untuk lain-lain pembelian peralatan perkakasan rumah. Memang murah dari harga di kedai!

promosi lazada

Jom shopping!

 

 

ABC TANJUNG MINYAK MELAKA YANG MEMUKAU JIWA…

Assalamulaikum w.b.t. Sabtu lalu secara tiba-tiba tekak miang ku ini teringin sangat nak makan Air Batu Campur atau nama sempoinya ABC. Tapi dimana ye tempat makan ABC yang sedap sehingga termimpi-mimpi? Pekena ABC petang-petang memang asyik.

Kebetulan pula masa itu, Ain sekeluarga pulang ke kampung mentua di Tangga Batu. Jadi di dalam perjalanan sampai ke rumah mentua tu hendak juga membasah tekak di samping melegakan otot-otot punggung yang rasa macam dah nak kematu nih.

Sedang berborak dengan suami secara tiba-tiba mata ku terpaku ke sebuah kedai minum. Haaa… kedai ni dah 2 tahun buka tetapi tak sempat-sempat nak menyinggah. Asal nak menyinggah je mesti ada hal. Jadi hari itu dah memang rezeki lah. Kedainya ialah ABC Tanjung di Tanjung Minyak, Melaka.

Kedai ini betul-betuk terletak di simpang tiga nak masuk ke stesen Minyak Petronas Tanjung Minyak. Kalau ikut Lebuh Raya AMJ tu masuk signboard Pantai Puteri dan terus je sampai nampak simpang tiga sebelah kanan ada Restoran ABC Tanjung. Kalau tak faham korang boleh la menggoogle kan diri ye.

Sebaik sahaja Ain duduk, budak pelayan itu datang dan mengambil pesanan dengan pantasnya. Order pun sampai dengan lajunya. Terkujat gak mak! Kat sini remaja-remaja selalu lepaking, so kalau nak bawa anak kecil agak kurang sesuai sebab kebanyakkannya pasangan yang bercinta-cintun (malu ai tau). Kitaorang dah datang jadi hadap je lah.

Ain order ni… idaman kalbu.. makan sampai meleleh air hidung… ABC Tanjung Special 1!

 

ABC Tanjung minyak melaka

Tak sah kalau tak makan sesuatu. Ain order Rojak satu! Rasanya pedassssss… sangat sesuai dengan tekak orang Melaka sejati seperti diriku..

 

ABC Tanjung minyak melaka

En. Suami pula pekena Cendol pulut yang menikam kalbu. Penat Ain jeling cendol pulut dia, dia buat muka selamba je. Sedap sangat ke bang?…. Hehe..

ABC Tanjung minyak melaka

Anak-anak pula ala-ala mat salleh iaitu Banana Split dan French Fries…. Yang ni dah tentu-tentu rasa macam kat rumah..

 

ABC Tanjung minyak melaka

Amacam tergoda tak? Untuk pengetahuan korang kedai selalunya ramai orang dan tidak terhad hanya makanan yang sempoi-sempoi je. Ada juga Satay Tulang, Nasi Lemak, Mee Kari dan pelbagai lagi. Ni alamatnya:

 No. 48, Jalan TMS 8,

Taman Tanjung Minyak Setia,

75250 Melaka.

Bagi mak-mak comel yang tengah mengidam tu boleh la pergi disini ye..