MEROYAN DI TWITTER, FACEBOOK, INSTAGRAM……WHY BOTHER…WHY BOTHER…WHY BOTHER!

Assalamualaikum wbt. Korang pernah rasa menyampah tak bila ada friendliest kita meroyan pagi-pagi di fesbuk? Marah sana-sini macam dia seorang ada masalah dunia. Rata-rata kita mesti rasa macam tak seronokkan? Akhirnya bila kita rasa menyampah bila hari-hari nampak status macam tu, kita pon unfriend beliau. Padahal kita tiada niat pun tak nak kawan dengan dia. Ain juga pernah mengalami situasi macam ini. Rasa serba salah juga sebenarnya tetapi nak buat macam mana perasaan ku ini juga perlu di jaga.

etika di media sosial

Tidak kurang juga di group-group ibu mengandung dan ibu menyusukan anak. Bila di tanya pendapat ada sesetengah ibu yang terlalu lantang berkata-kata dan ada juga yang jenis cepat sentap padahal masing-masing nak mencari penyelesaian masalah kehamilan dan penyusuan. Emosi orang perempuan ini memang cepat terusik tambahan pula berinteraksi hanya melalui elektronik. Jadi salah faham itu sentiada ada. Kadang-kadang kita tulis lain tetapi di tafsirkan lain.

Pengalaman Ain mengandungkan anak-anak dulu, semasa mengandungkan anak yang pertama sentap tu tak de lah sangat tetapi bila mengandungkan anak yang kedua rasa semuanya macam tak kena. Asyik marah dan sentap je. Kesian juga en. Suami melayan isterinya ini. Mujurlah pada ketika itu Ain cepat tersedar. Selain berzikir, baca al-Quran, mencium bau aroma terapi, Ain mengamalkan Bcomplex. Bcomplex ni boleh diistilahkan sebagai vitamin anti stress. Korang perasan tak bila tengah marah mesti rasa tetiba kepala jadi panas, rasa macam semua darah naik ke kepala? Urat semua tegang. Haaa… tu maknanya badan sedang menghantar isyarat ke otak yang korang tengah marah dan apa tindakan yang perlu di buat ketika itu.

Bila darah tengah naik, pastinya sistem saraf akan terjejas. Pernah dengar tak, kalau kita senyum hanya memerlukan 18 otot tetapi jika kita marah sebanyak 81 otot akan berkerja. Sebab itu orang yang selalu marah nampak tua kerana otot penat berkerja. Sama juga istilah seperti ini. Bila kita marah otot atau saraf kita akan rosak dan terjejas. Tidak pasal-pasal kena darah tinggi semasa mengandung atau sawan (mujur Ain tidak kena)… Itulah fungsi Bcomplex sebenarnya mencegah stress dan melindungi saraf daripada kesan stress. Bila kita dah tidak stress lagi, kita akan jadi wanita yang comel dan di sayangi suami… Tak gitu? Suami pon terbeban bila nengok kita menjeruk je… muka pon dah macam ikan masin…

kurangkan tekanan perasaan

Jika menyusukan anak, Bcomplex ini sangat membantu sebab nak menyusukan anak ini, perasaan kena sentiasa ceria. Tak mo sedih-sedih. Nanti susu segan nak keluar. Kenapa Ain cakap macam ini? Sebab hormon prolaktin (hormon penyusuan) sangat berkait rapat dengan hormon oxytocin (hormon kegembiran).  Selalunya mak-mak yang stress di tempat kerja, stress stok susu tinggal sedikit atau bermasalah dengan orang lain akan mengalami perkara ini. Secara tiba-tiba susu merudum. Lalu di cuba bermacam-macam milkbooster tetapi hasilnya nan hado.. Kesian.. Jadi korang tidak perlu nak meroyan bagai nak mencari milkbooster segala semata-mata nak banyakkan susu. Gembirakan hati, kurangkan tekanan dan amalkan bcomplex. Insyallah susu kembali meriah! (dengan syarat jangan mengelat pam susu dan ikut jadual penyusuan).

Nak order bcomplex? Hubungi je Ain di 016-6684862.

Happy brestfeeding and happy mom-to-be!

SUSU PEMBERI TENAGA KEPADA IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t. Ain pasti sangat tidak ramai ibu mengandung yang terlepas daripada rasa mual, tiada selera makan, rasa keletihan melampau semasa di awal kehamilan atau di sepanjang kehamilan. Keadaan ini sedikit sebanyak menganggu diri, bayi, keluarga dan orang sekeliling.

Bayangkan jika sehari muntah melebihi 10 kali dan langsung tidak boleh menjamah makanan. Boleh lembik badan. Semasa mengandungkan anak yang kedua juga Ain tidak terlepas daripada muntah di siang hari dan malam hari. Pendek kata siang malam muntah la. Masa tidur je tak muntah. Hehehe..

muntah

Penyelesaiannya Ain mengambil Energizing Soy Protien (ESP) untuk penambah tenaga dalam diet harian. Alhamdulillah keadaan semakin baik. Dah rasa bertenaga sedikit pergi balik kerja dan melakukan urusan rumah. Muntah-muntah juga semakin berkurangan.

Jadi apakebendanya ESP tu? ESP adalah minuman susu protien soya yang membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang kepada ibu. Oooo… susu soya rupanya.. Lagi? ESP mengandungi 9 asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Akibat jika kekurangan asid amino ialah tubuh akan mengambil asid amino di otot dan akhirnya otot jadi lemah. Sebab itu ibu mengandung sentiasa lemah dan tidak bermaya kerana kekurangan asid amino.

susu untuk ibu mengandung

 

Asid amino juga boleh diambil pada ayam, ikan dan daging tetapi apabila telah dimasak ia akan memusnahkan sebahagian asid amino dalan makanan tersebut.

Apa yang best sangat ESP ni?

Minuman soya (ESP) ini di perbuat daripada soya Non-GMO. Non GMO ialah soya yang tidak di tukar genetiknya semenjak azali lagi. Yang merbahaya ialah soya yang mengandungi GMO iaitu baja untuk mempercepatkan tumbesaran dan hasil yang lebih banyak. Contohnya ayam karen dan dengan ayam kampung. Ayam karen disuntik dengan hormon supaya cepat membesar dalam masa 40 hari manakala ayam kampung hanya di beri makan jagung dan beras.

Selain itu ESP ini semasa proses pembuatannya ia di basuh dengan air sejuk biasa dan bukannya alkohol. Kebanyakkan soya yang dijual di pasaran selalunya di basuh dengan alkohol kecuali tempe Wak Seman la…  Itu memang sah-sah ori macam ESP.

Minum soya boleh sebabkan anak alergik ke?

Jika korang mengambil soya GMO kemungkinan bayi alergi atau ekzema memang tinggi tetapi ESP adalah soya Non-GMO. Kemungkinan bayi lahir alergi atau ekzema sangat rendah tetapi kebanyakkan bayi ibunya mengamal ESP mendapat kulit gebu putih melepak gitu.

Apakah kebaikan ESP?

  • Memberi tenaga dengan cepat. Kalau mengandung tu tiada lah duduk terbaring sahaja.
  • Sumber protien yang penting sebagai asas pembetukan bayi di dalam kandungan. Apabila sel-sel badan kita sihat maka anak yang di kandungkan insyallah sihat.
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan bada dari selalu sakit
  • Memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.
  • Menaturalkan asid di dalam perut dan melegakan gastrik.
  • Menghalang strechmark semasa mengandung..
  • Kulit dan rambut semakin cantik dan menghasilkan rambut yang sihat dan kuat tanpa keguguran.
  • Sesuai diambil oleh pesakit kencing manis kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah.
  • Selalunya lepas bersalin mesti badan jatuh mengelambir tetapi dengan pengambilan protien/ESP sejak dari kehamilan ia membantu menguatkan otot badan dan mengurangkan kesan mengelambir itu.
  • Luka cepat sembuh dengan cantik.
  • Memberi tenaga meneran semasa proses bersalin nanti.

Apakah kata ibu-ibu yang telah mencuba ESP?

Puan Noraihan Salleh Huddin:

Saya minum ESP sepanjang hamil anak sulung. Tak de ekzema. Kulit anak sihat, tak sensetif.

kulit bayi cantik

Puan Khadija Wiraie:

Anak saya lahir tanpa jaundis yang tinggi even saya darah O… saya pon cam tu gak fikir sebelum ambiul ESP.. tapi bila amik.. kulit anak elok tiada alahan.. berat badan terkawal… strechmark pon tiada lepas bersalin. So minum lah ESP untuk kesihatan. Pasal kalau minum soy based anak kulit putih tu tak betul ;p sebab kalau mak bapak tak cerah mana mungkin la anak cerahkan.. hehe.. Tapi baby saya lahir elok je licin kulit, kulit mengelupas-ngelupas pon tiada.. Masa nak bersalin saya minum ESP.. ada energy nak bersalin.. so tak de la jahit.. alhamdulillah.. beza tau guna preggy ke 2 dengan tak guna ESP masa 1st pregnancy..

kulit bayi cantik

Puan Husnul Khotimah:

Anak sulung saya amalkan. Minum soya… time tu tak tau pasal soya anak jadi putih tapi kulit sensetif. Lahir memang kulit dia cerah tapi agak sensetif. anak ke 3 saya minum ESP, tak ambil soya lai, anak kulit cantik, cerah dan tak sensetif, tiada jaundis. Kalau luka ke ruam cepat je baik.

makanan hilangkan muntah

Puan Jue Amoh:

Alhamdulillah saya pun baru lepas bersalin.. mengamalkan ESP semasa mengandung memang baik sangat.. sebab kulit babay ggebu dan cantik..Lagipun ESp membekalkan tenaga semasa saya mengandung…

senang bersalin

Berminat tetapi harga berapa ya?

RM 150 untuk 1 canister 850 grm. Penggunaannya sehingga 2 bulan.

Cara minum ESP?

Ibu boleh minum terus sahaja atau campurkan bersama Milo, buat ais krim atau smoothies.. Ia sangat enak bila diminum dalam keadaan sejuk!

Tempahan

Hubungi Ain SMS/Whassup/Telegram di 016-6684862 (Ain Ridzuan)